Sunday, July 31, 2011

salam ramadhan


salam semua..
insya Allah umat islam semua akan berpuasa pada esok hari.
tahun ni pertama kali sy berpuasa sbg isteri.
dan pertama kali juga sakit.
lain yang dirancang lain yg jd.
harapnya saya mampu berpuasa.
mampu menanggung segalanya.

cadangnya nak g terawikh ngan hubby.
nmpknya hubby g masjid sorg je la.
tp tahun ni rasa menyambut raya rumah mak saya.. haha..
cam confirm je mc sampai raya..
kepada kwn2 blog sekalian..
selamat menjalani ibadah puasa. :)

p/s - update kebolehan diri sendiri. hari ni melompat pakai crutches dr ruang tamu sampai dapur.
masuk pintu dapur mintak kerusi sebab penat sgt2. selalu sy melompat tak sampai 10 lompatan. ruang tamu ke dapur umh saya jauh o0o0.. selang 1 bilik dan ruang tamu ke 2.
dah krg penat, sambung balik melompat dr dapur be bilik air tuk mandi.. fresh ...

Wednesday, July 27, 2011

tomok oh tomok..

salam..
plannye nak wat wordless wednesday tp x jadi la sbb nak mengomel sket..
plan nak wat entry pasal tomok kawen lepas reception dia.
tp sbb admitted tak jadi.. draft entry pon suda di delete..
sapa yang kenal saya since saya baligh mesti sgt tau yang saya minat tomok since album pertama dia lagi.
since dia rambut belah tengah lagi..
so disebabkan gbr2 kawen dia dah basi korang tengok merata2,
nak copy paste gambar pre wedding dia jek..
sbb pe?
sbb saya suka konsep pre wedding yang camni.
ada sawah padi pasti berkain batik..
back to basic sangat..
muahahaa...

si ini la beberapa keping pic pre wedding dia  yang berjaya di google..

Tuesday, July 26, 2011

jumpa doktor orthopedic (tulang)



salam dear  readers..
baru sampai rumah mak...
pg tadi ada appointment dengan klinik orthopedic(tulang)
pertama kali jumpa dotor tulang sejak discharge from ward.
last week jumpa doktor neurosurgery di PGH.
appointment kul 8 pagi. hubby lak kul 10 pg.
tp biasala kalau dah libat byk org ni mana nak sampai tepat waktunya..
ayah sy 8 lebih br nak kuar umah. nak siap sy lagi..
sampai sebelum 9pg tapi sebab lewat, sy hanya leh jumpa doktor selepas 10pg.

hubby gak yg jumpa doktor dulu.
alhamdulillah hubby getting better. da leh start keje..
yg wife ni  problem.
kaki yg operate tu still bengkak.
lutut xleh bengkok.
kaki pon xleh tergantung macam tu je.
kena diampu.. tapi jahitan di tempat operation dah bukak td.
tak la sakit sangat. kena jumpa doktor balik lagi 2 minggu.
semua pon yang jumpa hari ni asyik dok suruh exercise.

exercise saya adalah melompat dengan kaki kiri dan kaki kanan xleh menyentuh lantai. menggunakan crutches.
bayang la berat badan sepenuhnya bergantung pada kaki kiri.
pastu bila melompat mesti kaki kanan yang operate ni sakit.
seseorang kena berdiri pimpin saya sebab takut saya jatuh ke belakang.
saya mudah pening sekarang. mungkin disebabkan bengkak dan pendarahan pada otak.

MC saya yang dulu habis ari ni. td diorg sambung MC sampai next TCA lak.

jom layan gambar tulang femur(peha) yang sebelum dan selepas operate.
sumber GOOGLE.. femur saya sendiri xde snap pic lak.


ni pic google bukan pic saya. abaikan apa yang tak patut.
ni sebelum operation. peha patah 2 tempat.
di tengah (seperti gambar) dan di atas.


ini pic selepas operate. yg terang tu besi yang dimasukkan dalam tulang peha (femur)
after STO. abaikan pemandangan buruk.. view @ femur. lokasi tulang peha patah 2


sangat susahkan saya nak bergerak?
dengan kaki yang dimasukkan besi perlu berehat sekurang - kurang 3 bulan.
tak boleh bengkok kan lutut.

sekarang hari - hari saya terfikir apa nak jadi nanti..
camna ngan kerja saya, masa depan saya.
sian sangat kat hubby. semua dia kena wat sendiri.
dekat saya pon dia yang watkan. bagi mandi, hidang makan, pakaikan kain, seluar.
semalam dia dok tanya baju raya nak pakai colour ape.
saya langsung tak terfikir pasal raya dan puasa.
saya fikirkan masa depan saya dan apa yang dah lalui.

Saturday, July 23, 2011

kisah 3 julai 2011

salam.. thanks for reading..
disini saja nak mencoretkan apa yang terjadi pd hari kejedian sy accident.
sebagai kenangan pada saya bila baca balik blog ni nanti.. :)

3julai 2011, ahad
sy dan suami keje pagi.. kebetulan dua - dua terjaga lambat.
setelah siap sy turun dulu (umah kami tgkat 3)
sy g keje naik keta. hubby naik moto.
masuk keta start enjin.. try berkali2 tp xleh start gak..
call hubby suruh turun cepat meh tgok keta jap..
try2 still xleh start.. ujan da start turun renyai2..
hubby wat keputusan, dia antarkan g keje..
nanti balik keje mntak kawan2 hantarkan..
sampai depan UITM.. ada traffic light..
lampu hijau hubby jalan.. Avanza nk membelok ke arah uitm jalan gak.
kesimpulannya kami dua2 x sedarkan diri.

sampai kecemasan hospital sy keje..
kawan2 dr wad sy turun dtg bg treatment mana yg leh kat sy ngan hubby.
diorg da pelik sy dtg keje lmbt. slalu 6.30pg sy da smpai. ni kul 7 diorg trima call kata saya kat kecemasan.
kepala saya berdarah. tengkorak kepala retak sebahagian kecil kanan belakang.
tulang peha kanan patah 2 tempat.
mid shaft of femur & head of femur.
tulang peha saya mmg xleh pakai langsung.
kaki bengkak teruk.

saya memang x sedar langsung dr 3hb smpai 10 hb..
sapa yg dtg melawat sy, sy mmg x ingt.
kebetulan mak cakap ramai kawan2 dan sedara datang masa tu.
prosedur apa yg diorg buat kat wad mmg sy x ingt.
nasib baik sy x ingt sbb kalau x mesti sakit gila..
7hb sy masuk operation. patutnya awal lg tp tekanan darah sy rendah.
masuk darah lg.. mcm2 jadi..

hubby lak ibu jari kaki dia retak..
dia lebih ok banding ngan sy. kuar wad seminggu awal dr sy..
sy tinggal di wad 12 hari..
bayangkan dengan pakai pampersnya..
mandi kena org watkan.. malu saya..

kaki kanan sy yg di masukkan besi tu atas arahan doktor xleh nak di letakkan atas lantai.
sy hanya belajar berdiri dengan kaki kiri melompat.
itu saja yg sy leh wat.
masa nak kuar wad tu br je blajar melompat pakai kaki kiri.
malam tu jugak dr da suruh balik. dengan alasan. diorg nak pakai katil.. marah jugak ayah sy.
tp nak wat camne..
dah mmg prosedur diorg cmtu..

baru ni jumpa neurosurgeri PGH.
br sy tau. ada tulang tengkorak kepala masuk bawah kulit..
mmg benjol la kalau pegang..
Dr. cakap tgok lg 2 bulan.. kot2 ada efek pa pe ke..
pastu sy juga xde deria bau lepas accident ni.. bau wangi @ busuk mmg x dpt di kenal pasti..
mgkn sbb efek kecederaan kepala @ ada masalah hidung.
8hb ni br jumpa doktor.
nasib la deria bau.. mata leh melihat, lidah dpt merasa..
so, sekarang ni sy berehat di rumah mak saya bersama suami.
MC sampai jumpa doktor..

ramai sedara jumpa saya dan komen "nasib baik miza tak mengandung kan"
then baru saya sedar. ye kan. kalau tak, tak dapat nak bayang.
even saya ngan hubby mmg nak sangat baby.
mungkin ada hikmah atas semua yang terjadi..
sekian...

ni masa x sedar pe jd.. operate pon belom. muka tembam tak hingat. bengkak dr kepala

masuk operation room

baru sedar apa yg jadi. masa dh 10 hari di wad

Thursday, July 14, 2011

miza accident

Salam.. Miza here.. 3hb july br ni miza accident dgn hubby ms on the way nk ke kje. Alhamdulillah. Skrg da discaj. Miza patah tulang paha 2 tempat. Da selamat operation masukkan besi gantikan tulang peha. Sekarang di umah kna blajar berjalan semula. Br bertatih. Miza mohon smua doakan agar dipermudahkan segalanya.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sunday, July 3, 2011

mari memasak

salam peeps..
masih ingat entry ini tentang saya yang tidak tahu menahu langsung memasak..
sekarang sudah 6 bulan usia perkahwinan bersamaan dengan setengah tahun.
sekali sekala saya memasak..
memandangkan saya dan suami kerja syif masa berjumpa memang terhad.
memang tinggal sebumbung tetapi saya bekerja dalam 3 syif -pg, ptg,mlm
7jam kerja bg syif pg dan ptg manakala 10 jam untuk syif malam dan setiap 2 mgu saya akan bekerja 2 malam berturut - turut.

manakala suami hanya 2 syif. siang @ malam dan sehari bekerja 12jam.
selang sebulan bertukar syif.
sebulan malam sebulan siang.
saya hanya memasak untuk suami apabila dia cuti @ syif siang.
kami akan dinner sesama. itu pun kalau tak pulang ke rumah mak sy @ in law

tanpa asas memasak saya hanya merujuk resepi dan tips2 di internet.
bukan tak mahu bertanya pada mak saya
yang sememangnya handal memasak tapi saya ingin belajar sendiri.

setakat ni saya hanya memasak yang ringkas saja.
suami pon bukan lah jenis makan semua janis makanan.
suami xmakan pedas tp sy suka pedas.
suami suka petai saya benci petai :(

suami orang banjar (betul ke eja), saya plak mamak penang pure.
memang kontra sangat kami berdua.

kebanyakan makanan yg dimasak jadi la.
cuma rasa berbeza.
bak kata saya ''rupa ada,rasa belum tentu lagi serupa"

3 ari lepas masak tomyam..
tomyam mmg plg kerap sy masak sbb favourite sy & hubby.
hubby ckp better dr awal2 dulu.
selama ni masak x nah pon snap pic
tp rini rasa nk snap lak..
sy masak daging black pepper.

ni kali kedua saya masak daging black pepper..
1st time masak komen hubby pedas sangat dan pekat.
kali ni masak sy kurangkan pepper dan lebihkan air..
resipi?  masih dicilok dr internet...

selepas siap masak. masih dalam kuali





sejenis je lauk masak selalunya..
lain2 nanti grg telur @ grg pekasam @ grg ikan bilis je nanti.
hubby tak suka makan dengan berjenis2 lauk.
yang penting ada lauk yg berkuah.
if xde berkuah dia makan ngan kicap je.
kadang2 hubby sy ni simple.
kdg2 complicated..

tak sabar menuggu komen hubby lepas makan nanti

Saturday, July 2, 2011

album kahwin

salam...
seperti yang di ceritakan dalam entry lepas - lepas..
saya dah dapat album dr OP awal jun..
tetapi disebabkan sibuk dengan kenduri abang ipar dan
album kahwin saya bermastautin di rumah mak ayah saya,
maka baru minggu lepas album kahwin saya pulang ke rumah kami.. (rumah sewa. bila pulak beli rumah ni)

dan kesibukkan melampau (alasan standard)
baru sekarang ini berkelapangan nak menaip kedalam blog.

sebelum proceed dengan printing album..
abang Nasir emailkan kepada saya gambar - gambar kami yang di edit mengikut susunan didalam album..
dan muka depan album..
lepas saya setuju dengan editing dan susunan gambar2 itu baru  dia proceed untuk printing,
selepas 10 hari album pun siap dan selamat sampai di tangan bersama frame gambar kahwin kami seperti di entry ini..
so ini email pic2 yg dah abg nasir edit,susun untuk approval saya before printing
dr front page. page 1 sampai 30.. pastu st sendiri combine 3 page untuk masuk dlm blog ni

front cover








ya.. album ini agak lambat siap kot banding dengan pengantin lain yang date kahwinnya lebih kurang saya.
silap saya jugak yang x deal dan tanya ngan OP tentang tarikh album akan siap.
macam sorang kawan saya dia siap - siap tanya kat OP before deal berapa lama amik masa untuk album siap.
OP dia janji sebulan dari tarikh majlis resepsi.
dan dia tanya kalau siap lambat dr sebulan camna?
OP setuju untuk bagi diskaun 50% dr harga asal.
great deal kan? dr price rm19++
dia dapat less than rm1k (sebab OP mmg lmbt siapkan dari waktu yang dijanjikan)

tapi saya memang tak fikir panjang masa tu.
yang saya tau saya dah lama admire pic2 abang nasir.
ape pun jadi sy nak abg nasir jd OP sy..

selain dr tu jenis album kita pon memainkan peranan.
contoh custom @ sticky. sticky lebih cepat siap.
custom take time.. editing picture then nk susun put the quote
then hantar printing..
(berdasarkan apa yang saya tahu)
berbalik kepada cerita album..
jom tengok pic2 (LQ pakai e72 bukan xperia)
the briefcase. berat sungguh kalau nak mengikut kudrat perempuan lemah mcm saya ni

inside
front cover berkaca mcm pre wedding album juga tp ini lebih berat
page dalam


sekian~

Friday, July 1, 2011

6 bulan

salam..
1july...
pe jadi rini?
selain dr tomok nikah.. :P
annyversarry kami yg ke 6 bulan..


hahah..
6 bulan pon nk sebok ke gtau..
mesti la..
sangat bermakna 6 bulan ini..



engagement 20122010

pre wedding

nikah 01012011

tgn hitam tu saya. tgn putih tu dia. beza tul kaler kulit kami.. hahaha

thanks sayang for the great 6th months.. (even my hubby x baca pon blog ini)
thanks sebab bersabar dengan kerenah perangai isterimu ini
moga hubungan kita terus berkekalan dan kekal bahagia selamanya..
amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...