Sunday, August 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

salam semua..
majoriti sudah pulang ke kampung dan tak de internet connection..
so tak ramai dah yang menjadi pengunjung blog..
cek kat nuffnang tadi berapa kerat je visitor.. huhu

so kesempatan yang ada ni
saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf pada pengunjung blog ni
andai kata saya terkasar bahasa, tersilap kata.
maaf juga andai ada komen saya tak balas..
tersalah pandang le tu..
maaf zahir batin ye..
pada yang memandu pulang ke kampung berhati - hati ye..
even memandu ke rumah sanak saudara pun hati - hati.
makan tu jgn byk sgt especially b2b dan diri sendiri.
nanti dpt penyakit lak..

tahun ni kali kedua sy kena kuarkan duit raya.. huhu
lebih bertambah bilangan yg kna bg bila dah berkahwin ni.
sy dan suami ambil jalan selamat berkongsi duit.. hahahaha..
ok la kan, kurang skit bajet...
sekian..

jom layan pic di bawah ni hasil editting tgn sendiri yg x berkemahiran ni.. :)


Thursday, August 25, 2011

persiapan raya

salam..
beberapa hari lagi mau raya.
persiapan raya saya?
paling ala kadar tahun ni.
patutnya besar - besaran la dah pertama kali raya sebagai isteri.
atas faktor kesihatan saya.
saya dan suami wat keputusan jimat cermat
dan pakai saja apa yang ada.

baju raya saya pakai baju hantaran kahwin.
baru je pakai 2x kot.
suami lak pakai baju raya tahun2 lepas.
kuih raya tak de sebab menumpang rumah mak.
bedal je yang mak punya :))

langsir ke sofa ke xde kena mengena sebab tahun ni totally beraya rumah keluarga saya.
sya tak mampu nak panjat tangga ke tingkat 3 rumah kami.
pagi raya saja balik ke rumak family in law.
tengah hari bergerak balik rumah family saya sebab ayah wat open house sampai tgh mlm.
rutin saban tahun.
suami lak hanya bercuti raya pertama.
raya kedua, ketiga sudah kerja..

mungkin tahun depan baru dapat merasa nikmat macam mana beraya sebagai isteri sepenuhnya.
insyaAllah panjang umur boleh menyambut ramadhan dan syawal tahun hadapan.
itu pun kalau tak bekerja :(


kaler tema kami laki bini tahun ini & baju raya yang suami akan pakai :))

p/s - temujanji fisio pagi ni kul 9. then kena setel hal motor yang accident hari tu di kedai pastu ke rumah family in law. hope tak sakit badan hari ini. :)

Wednesday, August 24, 2011

info

salam..
saya copy paste info ini dari teman..
pertama kali membaca..
harap dapat membantu reader lain..


Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda
daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkannombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini. Sebarkan~

wordless wednesday

sampai hati tomok  TTT_TTT

mute wednesday


Tuesday, August 23, 2011

novel~

salam semua.. selamat petang..
aktiviti saya tatkala kebosanan melampau
semestinya online, tengok tv.
sampaikan saya dah tgok drama yang sama di astro ni.
dah bleh hafal dialog2 pelakon..

selain dari aktiviti tu sy membaca novel..
stok2 novel saya mmg benyak. tapi semua kat atas rumah.
nak kena suruh adik amik.
tu pun kalau dia ingat.
kalau x, wasssalam la..
so saya pun belek2 forum cari novel apa yang menarik.
yang memang suggest by other readers tuk baca..
so, selepas abis godek2 forum
saya pun wat keputusan tuk beli novel ni..



nak suruh siapa beli? husband saya?
x mungkin dia nak masuk POPULAR pastu nak belek2 cari2 novel ni kat rak buku.
silap2 dia bg senarai buku saya nak kat cashier je suruh cari.
adik2 saya? lelaki sama la gak perangai.
yang perempuan kena ada org bawa dia pegi br dia leh cari.
sapa lak nak bawak dia?
ayah saya yang busy semedang? mak yang xtau drive?

last2 saya order online saja pada kak fadzilah owner blog online ni.
saya memang pernah order novel kat akak ni.
tp dulu la zaman belum kahwin.
yg busy semedang. nk g popular pun xde masa.
sejak kahwin sy beli sendiri je, lagipun xde masa sgt nk membaca.
lepas contact kak fadzilah, transfer duit ke akaun dia (nasib ada m2u)
sehari lepas tu dah dpt buku.
thanks akak sbb kasi pos laju.
saya order pos biasa je.
sbb pos laju mahal  TT_TT

buku tu sampai xde lak snap pic. teruja nak membaca je.
1 buku da selamat abis baca. serius best buku tu..
next entry lak sy crita sinopsis crita tu (even da bersepah orang lain cerita)
adios~

Saturday, August 20, 2011

persamaan?

salam...
nak tengok tak sesuatu?

handsome nyee tomok :) hubby tetap dihati :)

pic blur. sbb gbr edit bg kecik saiz





ehhh.. sama la background..
hahaha... gigih tak...
wat entry pasal persamaan tomok je.
dah la sama wallpaper je..
muahaha.. mau gelak husband tersayang kalau tau ni..
saje je belek gambar kahwin tomok kat fb MoM.
sekali perasan pic tomok yg berlatar belakangkan wallpaper yg sebijik macam rumah family saya.
nak tengok lagi wallpaper rumah family saya? jom jamu mata asal jangan muntah..
serius bosan tahap gaban sebab tu wujudnya entry ni..
:)




Friday, August 19, 2011

comelnya



tau korang dah tengok gambar ni merata - rata dan lama dahulu
tapi nak letak gak.. :)
sebab gbr SMS pakai bju merah & baby mmg sy dah tgok lagi satu tu belum.
gbr SMS, Dr Halina & baby (apekah namanya, lupa..) dengan menyanag kaki serius comel..
comel amat sampai berangan nak shoot cmni gak..
hahhaha.. pregnant pon blum macam - macam angan mat jenin..

Thursday, August 18, 2011

keyword nuffnang lagi!

salam semua...
18 ramandhan sudah..
kejap je rasa..
sementara menunggu waktu berbuka...
sy yang boring ini belek la akaun nuffnang saya..
tau jumpa pe?


seriously masa tengok je keyword ni memang tergelak.
ada jugak insan - insan nk search kat google pasal saya.
siap nama penuh lak tu.
saya tak pernah mention nama penuh saya di blog ini mahupun facebook.
surely kawan- kawan sekolah atau sedara mara saya.
tak pun teman sekerja..
ape pun thanks... :)

p/s - nuffnang tak nak bg BE kat saya ke? mana yg bagi kekal seminggu je. tak dan nak tambah earning banyak - banyak.

iftar

salam my dear readers..
semalam (17/8/2011) buat pertama kalinya saya berbuka puasa di luar.
ye lah, sejak kemalangan ni saya hanya keluar untuk ke hospital.
selebihnya masa saya di dalam rumah.

ayah terima jemputan iftar di Hotel Ixora, Perai.
hotel baru.
saya pun belum pernah sampai.
hidangan buffet..
sebagai org yg 'kurang upaya' saya di beri layanan istimewa oleh ahli keluarga
mak yg ambilkan makanan.
lil sis amikkan air dan desert.
my lit bro macam biasa la ganti tugas hubby menolak wheel chair saya.
hubby tak join iftar sebab kerja malam..

ramai sgt jemputan. saya yang pertama kali berada luar rumah ni sedikit tak selesa.
badan saya mmg sejak kemalangan cepat sakit. lenguh2. kena kerap ubah kedudukan.
saya memang dah siap2 bawa bantal untuk sandar.
rasa x selesa sy ubah je kedudukan bantal.

saya memang jadi perhatian pada mana yang mengenali keluarga saya.
semua datang tanya perkembangan kesihatan saya.

yang tidak mengenali pulak pandang je (ke saya perasan)

masa nak lalu memang semua bagi laluan, ubahkan kerusi mereka.
thanks..

dulu kalau ke mana - mana saya mesti wajib ambil gambar.
sekarang macam dah hilang hobi tu.
tapi sempat la juga tangkap 2 pic.
nak mms pada hubby sebenarnya tp hp dia tak leh mms lak..
so sy letak kat blog je la dulu.

sy mkn ni je. yg pntg ada sotong.. huhu
ok, sy suda tembam. hari2 pon tidor je. abaikan wheelchair. huhu

Wednesday, August 17, 2011

wordless wednesday



mood : nak  kawen  shoot wedding lagi :))

Sunday, August 14, 2011

mood rajin

salam ahad..



hari ini kerja saya dari pagi tadi menggodek blog je..
dr berjam - jam jugak la..

banyak benda yang di buat..
antaranya...
  • tukar header baru ( nk edit dapat saiz muat2 nk cover gbr blkg tu pun 2 jam)
  • tukar font & colour
  • tukar setting supaya blog ringan & mudah loading
  • tukar setting blog archieve
  • letak widget 'bape org dtg blog aku' :))
  • letakk nuffnang between entry (godek cara nak wat je 2jam )
  • buat scheduled entry tuk next week
  • tukar gbr profile (10 minit sbb tenet lembab)
  • letak widget LInkWithin
  • disable right click my pic :)
  • blog akn gelap pas sminit :)) hahahha.. xtau nk describe camne
tu je kot.. ade gak letak salji turun - turun tapi loading lembab. makanya delete sudah..

p/s - masih belom setel upload gbr kahwin untuk diletakkan di sidebar.. mood malas sebenrnya..

Friday, August 12, 2011

aktiviti minggu ini

salam..
minggu ini penuh dengan appointment di hospital.

teringin sangat nak shoot pic kat sini padang ragut upm.. ihsan pic dr GOOGLE


Isnin ke Hospital Bukit Mertajam, jumpa dengan pakar hidung.
Saya tak ada deria bau sejak kemalangan.
Doktor masukkan kamera dalam hidung saya.
Hidung sy tiada bendasing. Cuma ada congestant skit.
Keputusan doktor, SAYA HILANG DERIA BAU SELAMA - LAMANYA
sebab masa kemalangan, kepala saya berdarah.
Otak yg control bau cedera.
Sebab tu saya xleh bau. kecederaan otak mmg kekal selamanya.
Keputusan ni memang dah saya jangkakan sebab saya memang dalam bidang perubatan,
cuma mak ngan ayah saya je macam tak leh terima.

ok berita buruk untuk saya..
sekurang-kurang sy bersyukur sebab masih boleh melihat, bercakap, mendengar dan merasa.
dan yg plg penting umur sy masih panjang.

Hari selasa, sy berjumpa dengan doktor tulang lak.
untuk kecederaan kaki saya.
wat xray, tulang yg patah masih belum bercantum sepenuhnya.
tp sy nmpak progress yg baik..
cuma doktor mintak wat senaman banyak bg lutut saya leh bengkok balik.
ok i try doktor.. everyday sy mengangkat bagi bengkok lutut sy.
sapu minyak segala. tp lutut saya yg berat ni masih keras.
kaki sy juga bengkak. masih bengkak tp tidak bertambah.
tapi kalau banding ngan kaki kiri memang nampak sgt ketara..
mintak datang semula ke klinik lepas raya dengan xray batu.
kaki kanan masih tak leh digunakan untuk berpijak.
melompat lagilah :(

hari rabu temujanji dengan fisiterapi pula.
fisio mmg appointment every week.
sbb sy staff dan kaki sy memerlukan byk fisio sbb dah keras lutut tak leh nak bengkok.
aktiviti senaman rini takde yang extreme.
sama je cam sy wat kat rumah.
mungkin sbb ramai patient kot.
stgh jam sebelum balik diorg gantung kaki saya pakai spring tuk bengkok kan lutut saya.
x byk sgt pon leh bengkok..
br leh 30 degree je.
tp ok la dr mgu lepas ms g fisio. kaki sy langsung xleh bengkok.
ampu pakai tongkat bila duduk atas wheel chair.
before balik akak fisio suruh sy balik praktis meniarap.
minggu depan nak wat fisio sambil meniarap.
katanya lbh byk senaman leh wat kalau meniarap.

so semalam hubby pon menolong saya meniarap
yess... berjaya meniarap.. even sakit nak mampos lutut ngan kaki ngan peha..
adoooii tak dapat nak di gambarkan...
harapnya kaki saya tak keras - keras dah minggu depan...
huhuhu

Sunday, August 7, 2011

i need a shoulder to cry on

really need a shoulder to cry on.
so sad
wanna cry.. cry.. and cry...

Saturday, August 6, 2011

keyword nuffnang

salam semua..
aktiviti wajib sy bila online adalah belek akaun nuffnang
kot - kot ada campaign baru ke & cek jumlah visitor.
tadi macam biasa la wat rutin harian,
belek kat keyword muncul ni..


sila lihat yg bertanda merah?
hehehe cam lawak je search album kahwin lambat siap..
ok memang album kahwin saya lambat siap..
hahahah..

Thursday, August 4, 2011

save the date

salam..
tengok tajuk, xde kaitan ngan saya yg dah 7 bulan kahwin.
tadi belek FB, CST PRODUCTION  post video kat wall diorg.
video save the date..
ending nye sangat la comel..
terasa macam nk hire je CST wat STD video saya lak..
hahaha.. berangan.. berapa kali mau kahwin..

nak tengok ending videonya camna?
nak?

jom sekodeng... :)

unik kan?

Monday, August 1, 2011

1 ogos = 1 ramadhan = 7 bulan

salam..
selamat menjalani ibadah di bulan ramadhan..
berpuasa, berbuka, bertarawikh dan bersahur..
:)
ptg td bc blog Puan Lynda a.k.a Hazlynda Kushairi..
o0o0 br teringat yang genap 7 bulan sy berkahwin..
sy dan Pn Lynda berkongsi tarikh. :)
selalu awal2 lg sy dah wat entry..
ntah kenapa bulan ni lupa lak..

to hubby happy 7th months annyversarry..
thanks sayang..
tuk segalanya..

hubby :)

dah lewat sehari ke? hehe.. x pasan la wedding ticker.


rini sy start senaman dgn fisioterapi hospital.
si jaga kaunter mmg kurang hajar.
nasib la rini puasa. malas mau pjg crita.
tgu no giliran pgil, si fisio cek kaki sy camne.
pastu start wat senaman.
kata fisio tu lutut saya dah stiff (keras)
sbb tu xleh bengkok.
tp td byk exercise wat. dr kul 9 pg smpai 11 lebih.. rasa mcm sy je plg lama dok situ.
mentang2 staf kan.. heheh..
ada la student kat situ replace kwn dia instruct sy dok suruh sy meniarap.
pastu dok query napa x bengkok kaki, napa sakit.
haish.. dah sakit nk wat cmne. tu pon byk dok thn.

last nk balik ms sy naik wheel chair fisio tu suruh sy bengkok gak kaki.
xnk bg pakai crutches lapik kaki.
mmg sy bengkok tp sgt sakit. kuar je pintu fisio mmg menangis sy sbb tak tertahan sgt sakit kat peha.
hubby letak balik crutches bg kaki sy bengkok.
thanks sayang.

so rini di rumah dok saja2 wat exercise je bg contract balik muscle kat peha.
nak bengkok lutut xleh lak. langsung xleh.
huh. cmne nk p appointment minggu depan ni.

crita pasal puasa lak.
1st day puasa.  mak dr smlm dok tanya nak puasa ke tak.
saya kkata mesti lah nak kalau boleh, tak nak ganti puasa banyak2.
tambah lak sejak accident ni sy kerap sgt minum air. makan lak skit tp kerap.
ms g fisio hubby ckp kalau tak tahan nnt bukak
sbb nk fisio nk exercise.
nnt melompat - lompat tak tahan lak.
masuk je keta serius mmg penat, lapar, dahaga dan SAKIT.

ckp kat hubby xnak bukak puasa sbb dah tgh hari.
balik umh rest nnt ok la.
alhamdulillah. berjaya jugak sy tamatkan puasa hari ni.
dan yg bestnya bersahur dan berbuka sekeluarga + hubby.
sungguh tidak sangka.
ingt tahun ni ngan hubby je xpun ngan family kalau hubby kerja.
ada hikmah atas apa yang jd rupanya.
alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...