Monday, October 31, 2011

review novel : 7 lautan kucari cinta




Salam..
How ur days? My day biasa - biasa saja. ^__^
Last weekend pulang ke rumah in law.. Dari jumaat sampai ahad.
Rasanya ni lah tempoh yang paling lama pulang ke sana selain dari tempoh bersanding T__T
Teruk kan? T__T
After wedding I & Hubby gigih bekerja ^__^ Hubby nak cover balik apa yang dah habis masa wedding
Saya lak nak cover balik cuti yang terabis.
So dengan lembabnya broadband celcom coverage di kampung maka saya gigih membaca novel di atas sampai habis. ngeeeee

So.. back to topic ok Miza. pada penggemar novel dan tulisan Nass Alina Noah mesti tau gaya bahasanya
Saya memang suka baca tulisan beliau. sangat sempoi dan tidak skema.
Novel ini dalam list recommended :)
4 bintang saya bagi dr 5 (4/5). Boleh jadi edisi susah letak
Saya senang letak sebab banyak godaan.. ngeeee

SINOPSIS

Cici, anak jutawan dari isteri kedua telah putus cinta dengan Charlie yang playgirl & kaki kikis.
Akibat frust, Cici nak bunuh diri terjun longkang (lawak betul). Armando selamatkan dia. Cici ajak Armando kahwin dengan ganjaran 1 juta & diorang kahwin hari itu jugak.

Cici tak tahu langsung Armando nye background. actually Armando educated, anak jutawan & bakal bertunang. Setelah berkahwin Armando jalankan tanggungjawabnya sebagai suami tetapi Cici masih angau dgn ex-bf. Malangnya Cici dapat tahu yang ayahnya terlibat dengan BPR dan semua harta ayahnya disita.
Ayah Cici lak terlantar di hospital.

Armando berusaha untuk gembirakan Cici dengan pelbagai cara. Cici terus memburu Charlie. Charlie ak ambil kesempatan minta wang dengan Cici dan bla bla bla (banyak lagi benda bodoh yg Charlie mintak)

Sampai Armando dan Cici jatuh cinta tapi masing2 tak sedar. Armando lak kecewa bila dapat satu berita pasal Cici dan tinggalkan Cici. Cici lak baru buka mata pasal Charlie dan sedar dia cintakan Armando tapi dah terlambat~

Sekian, ^__^ tak bestla crita sampai ending,
Sangat berbaloi beli ok!

Friday, October 28, 2011

jom gelak ^__^

happy family :)





melampau okey



kita senasib T__T


alololo.. ciannye

sila menyerah ok!

melampau tau encik bean ni.



confirm gagal ngeee

kalau curi gak tak tau la


ngeee.. kreatif bebudak sekarang


sexy tak saya? ngeeee

sekian...
pic kredit tu SINI
jemput minum petang
T___T


Wednesday, October 26, 2011

kisah birthday 2011 saya

salam..  **panjang kot entry saya ni**

scheduled entry lepas bercerita ttg birthday saya tahun ni.
spt dinyatakan disitu sy menjemput close friend tuk makan2 di rumah  saya.
tgh hari itu saya & hubby ke rumah Kak Ina tuk mengambil kek yg saya order.
actually tak sampai depan rumah pon. di tempat parking saja.
Kak Ina memahami keadaan saya. thanks kak.
siap bagi discount lagi. appreciate sgt..

saya order russian black & white cake
flavour chocolate & cheese. saya mmg suka coklat kek.
sy cuma bg flavour kek yg nak je. Kak ina suggest ambil kek ni. so sy proceed sj.
mmg tak de minta design kek ape pun. sy nk yg simple je. ye la, dah tua kan. ngeee
so ini lah kek nye.. 2.5kg. besar dan berat ok.




ptg tu kwn2 saya dtg.. hidang spageti bolognese, bihun grg, fries dan kek sahaja.
kek tu mmg sedap. tambah2 coklat yang atas tu.
i'm happy dapat lepak ngan my friends even sekejap saja.
dah lama tak jumpa mereka. dpt bertukar crita.
dah la hubby yang hidang makan. siap tolong mak grg fries, bancuh air.
sampai my friends ckp, hubby dah macam suri rumah.
hehehe.. love u sayang.. thanks

plan nak pergi makan seoul garden mlm tu tapi tak nak la membazir.
makanan banyak di rumah dan masih kenyang.
so esoknya (25.10.2011) saya fisio.
appointment jam 9 pg.
akibat keletihan kami berdua lewat bangun. 8.45 pagi baru sedar <(@__@)>
tak sempat sarapan. T___T

fisio habis dekat pukul 12 tgh hari gak (sy sorg je yg fisio lama2) huhu
hubby g beli kek masa saya tengah fisio (kek lagi)
actually saya mmg berniat nak bagi something pada staff wad sy keje & staff fisio.
dah birthday saya, bg kek je la. hubby beli 2 biji kek.
1 untuk staff fisio, 1 untuk staff wad saya keje.
then lg 2 pieces tuk pharmacist yang slalu tolong saya. thanks Josephine Teh ^__^

lepas setel semua hubby ajak g makan kat seoul garden.
dia cakap dia lapar. alalalala.. sian dia..
kan tak sempat sarapan. even minum air pon dia tak sempat. sy je sempat. ngeee
so gerak la kami ke seoul garden Auto City Juru.
staff sgt baik.. tolong buka pintu (standard kot kedai2 buka pintu ni)
dan tolong pegang saya masa nak turun tangga.
saya kan bertongkat. tangga seoul garden tu sgt tinggi ok.
lebih tinggi dr mana tangga saya pernah panjat.
masa nak turun dia pegang bahu saya dan jaga belakang.
hubby lak jaga depan sbb takut saya tersungkur. T___T

mmg nek termuntah saya bila makan kat seoul garden ni.
dah bleh makan tanpa limit kan. tp rasa macam skit je mkn bndg ngan before this dtg,
tak pe la. byr pon 50% je. ^__^
so jom layan gambar :)




dah lama tak tangkap gambar berdua cmni. huhu


tak nampak macam tak leh berjalan pon kan? heheh


hubby tlg pilih mknn tuk wife :)

Monday, October 24, 2011

today

*scheduled entry


salam..
hari ini bertarikh 24th October 2011
genap lah saya berusia 25 tahun (gosh! sudah tua)
apa yang bestnya..

  • pertama kali menyambut birthday bersama suami
  • pertama kali menyambut birthday memakai tongkat a.k.a crutches
  • pertama kali sambut birthday dalam mc panjang (sudah hampir 4 bulan)
hehe.. nice what. bukan semua ada pengalaman macam saya *_*
so last week, sms kepada 10 insan terrapat dengan saya menjemput ke majlis makan2 di rumah keluarga saya
bukan la majlis besar - besaran. just makan2. dan tak de mention pon for my birthday dlm msg tu.
lebih kepada meraikan close friends yang selalu berada di sisi saya ketika memerlukan.
yang reply msg tu 2 org je. tu pun maklumkan diorg tak leh dtg sbb bekerja. really appreciate those yg reply sms & through fb. ^__^
pada yang tak reply - u know who u are- thanks in advance

so far (ketika entry ini ditulis) baru 3 org yang mengsahkan kehadiran T__T
ye la. hari isnin. sapa lah yang nak cuti. lain la teman sekerjaya dengan saya.
kami bercuti hari org bekerja (bukan sabtu ahad)
ye lah. kalau semua nurse nak cuti weekend sapa nak jaga patient :)

saya order kek dari Kak Ina. kek Russian black & white.
tak pernah try lagi. saya mintak kek flavour choc, Kak Ina suggest ambil yang ni.
flavour choc & cheese. my favourite. huhu.
ini order ke3 saya dengan Kak Ina.
sgt recommend ok.
so proceed saya. gtau hubby lepas order. dia cakap dia nak bayar.
hahaha. asalnya saya order untuk jamu adik2 dan yang datang makan. mmg nak guna duit sendiri.
dah hubby cakap nak bayar, layan je :) ngee.. mesti tak tau nak bagi hadiah pe.
sbb tu bayar kek kan sayang. hehehe

rupa paras kek belum tau cmne. ye la entry kan tulis awal.
later dah setel semua saya wat entry lain k. :)
khamis mgu lepas after fisio ajak hubby g giant beli brg nak masak.
ok, bukan saya masak. mak yang masak.
just pk nak wat sppageti saja.
hubby request nak tambah bihun grg sbb dia tak makan spagethi.
ok sayang. so menu 2 saja. spagheti bolognese & bihun goreng.

plan malamnya nak g mkn kat seoul garden tp kalau dah masak spageti
mesti dah kenyang.
tak pe la g makan seoul garden next day je.
hubby kan cuti 2 hari. tak de diskaun 50% pun tak pe.

saya juga jemput kwn adik saya dtg.
kwn rapat dia. selalu pm sy di fb. bila dtg rumah senyap lak. hehehe..
siap pm lg last week tanya nak hadiah pe.
dah tua2 ni tak de rasa nak hadiah pa pe pon.
nak rumah tangga yang bahagia dan murah rezki sahaja.
dan juga kesihatan yang baik untuk mejalankan kewajipan padaNya dan keluarga :)
pray for me k..

Adios~

Sunday, October 23, 2011

novel : valentino nervosa

salam..
minggu yang tak berapa banyak entry.
disebabkan broadband yang super lembap.
penggunaan melebihi dr jangkaan.
usage 4gb/ month
before this berdua je pakai. sekarang 6 org pakai.
laptop pon tak sempat rehat.
lepas sorg, sorg pakai...
haishh.. sudah2 melalut...


back to the topic~
nak review kesah novel ini




saya bagi 4 bintang - 4/5
last 2 weeks lagi dah habis membaca
ok, best ceritanya, kena dengan jiwa saya.
adik saya kata tak best. bukan taste dia kot.




sinopsis


Mariyyah putus cinta dengan Najmuddin masa hari valentine selepas 7 tahun couple.
so, dia macam allergic dgn hari valentine dan digelar valentino nervosa oleh teman serumahnya.
selama 3 tahun dia macam tu.
Then, dia kenal Amer pada hari valentine.
mereka kenal dengan pertengkaran kecil kemudian makin rapat
sehingga berjumpa dgn org tua Marriyah.
tapi hubungan mereka tak lama.
rupanya amer ni dah bertunang dgn teman serumah Marriyah juga.
teman rapat Marriyah lak berkenalan & bercinta dgn abg Najmuddin
tapi merahsiakan dari pengetahuan Marriyah
sbb tak nak dia terluka.
endingnya memang tak sangka~


adeh.. bila baca balik ntah apa apa saya taip..
ngeee.. saya tak tahu nak taip yg mana sbb whole story menarik. rasa mcm tak nak tertinggal satu ayat pon.. T__T


jom la baca!

Saturday, October 22, 2011

their wedding invitation

salam.. pagi tadi ada terima kunjungan
menjemput family ke majlis perkahwinan anaknya. +_+
apa yang buat saya tertarik dengan invitation ni sbb :-

kadnye yang tebal. super tebal ok. kad siap dlm plastik lagi.
bila buka sampul nampak macam kad raya +_+
pastu ada macam poket dgn selit 2 keping kad lagi  X_X
satu kad in english, satu in malay.
dalam kad siap pesan lagi ''jangan bawa hadiah, kehadiran anda adalah satu hadiah buat kami''

owh.. so sweet.. kalau saya, nak tulis ''jangan bawa hadiah, bawa duit, kami xde duit dah. hahha
so ini la kadnye..

kad masih dlm sampul berplastik, tengok sampul pon dah hebat   





mcm kad raya kan? 




anak panah tu la poket yang selit lagi 2 kpg kad 2 version

keduanya yang saya tertarik adalah diorg invite selain bagi kad, sekali bagi doorgift.
erk door gift ke panggil?
ntah la..
1st time dapat invitation beserta hadiah.
kena bawa hadiah ni pergi kenduri ke? hahaha?
tapi kan tulis di kad jgn bw hadiah. ngeee
ingat kami je dpt. pak cik saya juga di invite dan dapat hadiah ni. *_*

siap ber 'ribbon' bagai.  besarkan hadiahnye. isi dalam adalah pasu bunga

so siapakah yang menjemput?
tauke Nasi Kandar Subaidah.
dekat penang ni mesti semua tahu kewujudan kedai nasi kandar ni.
dah banyak cawangannya. loaded kot.
wedding siap ditaja lagi.
saya belum pernah menerima invitation VIP mcm ni.
harusla pergi walau kena naik ferry ke seberang sana ^__^

Tuesday, October 18, 2011

canvas photo

salam semua..
thanks for reading +_+


last 2 week sy sibuk2 kat fb b2b mintak pendapat pasal canvas photo
samada nak order dr 3d canvas photo's atau the perfect canvas (TPC)?
dua company tu saja yang saya tau leh tempah canvas


sy mula2 kenal canvas photo di laman web TPC
pastu this year, lepas kahwin baru tau kewujudan 3d canvas photo.


mcm best je tgok gbr yg diorg upload.
slalu tengok je la.
pastu dlm september bc kat blog TPC yang diorg akan naikkan harga.
T__T
tak sempat nak order, harga sudah naik..


lepas terbuka pintu hati nak order baru la sy compare harga dua2 company ni.
saiz mmg banyak la. tapi saya banding yg kecik ni je k.


TPC
bagi size 18x24 (inch) = RM1++
harga ni belum masuk pos (harga pos tidak dinyatakan) dan yg biasa.
kalau full wrap +RM10


3d photo canvas
bagi size 16x24 (inch) = RM80
harga poslaju +RM 15
full wrap atau biasa tiada tambahan harga.




so selepas pendapat +ve dr fb b2b saya pon terus order kat 3d photo canvas.
emailkan pic
kebetulan nampak owner on9 kat fb, mintak check email & mintak acc no trus bank in.
saya order full wrap 16x24 secara pos. if ambil sendiri free. :))
total RM95
sy bank in hari isnin tgh mlm juga
selepas 3 hari saya bank in, 3d canvas photo tag saya untuk ini

hoyeaahh. sudah siap rupanya..

nak tengok perbezaan antara gambar biasa & full wrap?
3d canvas photo pinjam gbr from ur fb ye. -_-

tengok pic atas ni paham tak?
full wrap - kiri kanan atas bawah semua bergambar
biasa - kiri kanan atas bawah putih je

tengah hari kelmarin (isnin) abang poslaju sudah hantar
canvas itu pada saya.
cukup 7 hari saya sudah terima.
amat bagus. recomended..
dan gambar pon cantik.. ^___^ tengok model la. hahaha
suda siap gantung pun di rumah mak saya..
erk.. actually nk gantung di rumah sewa sy & hubby
tapi memandangkan saya masih belum berkeupayaan
nak menapak tangga tiga tingkat rumah sewa tu
menumpang di sini dahulu.

fresh dr oven ^__^

abaikan rupa paras adikku itu. ngeeee
ok, lengkap sudah pic sy.
OP bg size 16R pic nikah & bertandang.
sy lak wat canvas gbr bersanding.
so cukupla 3 majlis bersejarah +_+
ada duit lebih nak wat canvas gbr tunang & pre wedd lak..


p/s - semua gambar diambil dari fb Canvas Photo's  & koleksi sy

Saturday, October 15, 2011

novel : Grrr... Geramnya!

salam..
short entry.



nak story pasal novel di atas ini.
novel yang paling tak best yang pernah saya baca pada tahun ni.
sama la cam tajuknya.
geram je rasa membeli

menyesal ok beli. rate 2/5
kalau tanya sinopsis ceritanya saya memang tak ingat.
tak de satu pon melekat dalam kepala ni.
mungkin novel macam ni bukan jiwa saya.
sanagat lemau nak habiskan 1 novel ni.
tapi berjaya gak habis sbb dah beli kan.
kalau tak baca membazir lak.

next entry saya review novel ni plak.
baru abis baca semalam.
ok best. tak menyesal beli.
saja baca lambat2 sbb sayang nak habiskan. huhu

Thursday, October 13, 2011

menanti november

sy team jacob tapi edward handsome jugak. T__T

tak sabar menunggu november.
sebab apa? sebab di atas itu..
huhuhu
biarlah bertongkat pon..
akan ku gagahkan diri ini menongkat sampai ke cinema..
sangat lama tak menonton muvie ok..
twilight : breaking dawn adalah senarai wajib filem untuk ditonton satu ketika dahulu.
selain harry potter deathly hallow part 2 yang tak dapat di tengok sebab terbaring di rumah
jom layan gambar2 dari breaking dawn..



geram tengok cincin Bella =_=




alice yg comel
melting ^__^
 cukup lah.. ada yang muntah lak nanti tengok pic yang bersepah ni even google pon ada. ^__^

mesti banyak adengan censored dan malaysia tak allow acene tu.
pastu tak paham cerita.. harus donlod blackmarketnye

Monday, October 10, 2011

novel : setia menanti

salam semua..
setelah berehat dr menail beberapa hari ni kembali nak review cerita novel yang dibaca sepanjang mc dan berehat di rumah ni. ^___^
kali ni nak review novel yang bertajuk SETIA MENANTI karya Fauziah Ashaari
penulis novel yang agak popular.
best seller semestinya OMBAK RINDU yang telah difilemkan..


rate saya untuk buku ni 4/5
memang berbaloi dibeli.
edisi susah letak

REVIEW SAYA

kisah pasal Adrina, jatuh cinta pandang pertama pada Ajmal.
kira jatuh cinta zaman sekolah la.
tapi Ajmal reject. dia pun jauhkan diri dr Ajmal
Ajmal lak kat U bercinta ngan Fatiha.
pasal masalah2 peribadi Fatiha tinggalkan Ajmal tanpa penjelasan.
bila masing2 dah bekerja mak Ajmal kahwin dengan ayah Adrina.
jadi adik beradik tiri.
bila dah tgal serumah slalu jumpa diorg pon fall in love.

dah bertunang tetiba muncul lak Fatiha sepejabat ngan Ajmal.
Ajmal kahwin dengan Fatiha selepas Fatiha jadi mangsa rogol dan Ajmal nak selamatkan maruah Fatiha.
Adrina yang tau hal tu mengelakkan diri dari Ajmal dan berkenalan ngan Zul.
Ajmal & Adrina dah bincang nak putuskan pertunangan
diorg balik kampung mak Adrina untuk maklumkan hal tu.

malangnya diorg kena tangkap khalwat ngan org kampung dan dikahwinkan.
hubungan Ajmal & Fatiha bertambah baik selepas kelahiran Faisal.
manakala hubungan Ajmal & Adrina plak tak ok sbb Adrina marahkan Ajmal yang menduakan dia.
Fatiha lak kna barah otak. selepas dia meninggal Ajmal & Fatiha bahagia menjaga Faisal.

habisss....

actually ada lagi part2 yg best tapi biasa la tak larat taip.. ^__^
sila beli ok kalau berminat membaca novel.
karya FAUZIAH ASHAARI memang tak mengecewakan. :)


p/s - selamat ulang tahun pertama kepada my lovely cousin.. dan selamat menerima org baru tahun hadapan

cousin yang paling rapat & also pengapit saya ^__^


Thursday, October 6, 2011

my progress

salam & hi..

last tuesday ada appointment ngan klinik tulang.
1st g xray dulu. siap xray, film tu saya pegang. dan la tengok, nmpk tulang kaki yg patah tu ada one part yg tak bercantum.
yang patah belah atas dah nampak elok bercantum.
dan cakap kat hubby,
''mesti doc tak bg jalan lagi.
kena tunggu bulan depan lak pastu mesti kena operation lg betulkan fragment tulang tu''

perasaan masa tu kecewa sangat.
pas setengah jam menunggu, no giliran sy dipanggil.
rupanya appointment rini jumpa dgn big boss..
takut ok..

dia pon tunjuk la xray film tu kat skrin & terang kat saya.
sama la mcm saya fikir awal2 tu.
dia cakap ''boleh bagi kepingan tulang ni bercantum balik, kena buang skru besi dalam tulang ni,
lepas buang terus boleh start jalan''

saya  fikir ''OMG another operation''
dia cakap, ''minor operation saja. sekejap lg boleh wat. so, nak tak wat?''
saya tgok hubby, hubby tgok saya. sah la my hubby tak paham langsung dgn muka blur itu..
saya pon setuju nak wat asalkan before kul 2 sebab ada appointment tuk cek hidung lak.
dia ckp sempat, kejap je wat ni..

screw yang dibuang dr besi pada tulang peha saya
pic from GOOGLE

maka, masukla saya dlm bilik tuk minor op tu.
bangga tul sbb big boss sendiri turun padang.. muahaha..
dia cakap ''saya bg bius setempat je. kira bg ubat kebas tempat yang nak potong tu.
tapi nnt dekat tulang tak leh bg ubat kebas.
akan rasa sengal la''
saya pon ok..

masa dia bg bius tu mmg rasa la inject. slow je bunyi. ngah tahan sakit.
nasib dah biasa derma darah. sama je rasa.
pastu dia start lapah potong isi.
memang tak rasa kangsung.
cuma nampak gerakan doktor tu je.
pastu tetiba rasa sengal & keras.
terus jerit saya.. tp xde la org kat luar pon dengar.
dr tu cakap ''saya dah sampai tulang ni. nak buang screw, akan sengal nnt, kalau sakit gtau ye..''
saya pon tahan la setakat yg leh.
pastu dia ckp ''dah buang satu screw, ada satu lagi. tp yg tu dlm skit. kalau awak tak tahan gtau sy bg ubat tidur''

saya dengan confident jawab ''bagi ubat tidur la doktor''
hahahaha.. nampak sangat tak tahan sakit
dr tu kata nk try buang dulu kalau betul tak tahan br bg ubt tidur.
sy pon start la mengucap, bg ayat kursi & semua doa2 yang sy tau.
tak nak bg pikir sakit tu.
mmg sengal dan kebas la rasa kaki tu. cuba thn.
tak nak nangis. ^__^
pastu MA tu gtau ''dah buang dua2 screw.''
spontan saya jawab ''alhamdulillah'' ^___^
pas dr jahit dan cuci segala beserta khidmat pesanan maka beredar la sy.

2 skru yg dibuang dr besi dlm tulang peha saya

jenuh nak bukak pas ni. dah la bulu banyak T___T

dia suruh trus mkn ubt smpai umh nnt.
sy lak dgn jahatnya tak balik umh trus.
g wad sy dulu hantar mc n sembang2 dengan kwn.
then mula la rs sengal..
ajak hubby balik.
hubby lak ajak g hospital yg appointment kul 2.
sy ckp ''mmg tak thn sakit ni. kita balik amik ubt je pastu gerak mai sini balik''
dia pon ok.

2.30 ptg jpa dr bhgn ENT lak untuk masalah deria bau saya.
rasanya sy dah mention yg sejak kemalangan sy hilang deria bau.
Dr tu sgt baik.. so soft spoken.
dia bg ubt sprat dlm hidung untuk merangsang deria bau sy balik.
siap pesan lg hope lepas ni jumpa balik awak dah bleh bau.. ^____^

sampai umh mmg sungguh la sakit.
gerak skit pon sakit.
tak dpt describe sakit cmne.

mlm cuba la berjalan pakai tongkat. sy byk heret kaki yg patah tu je.
sbb rs lembut lutut nk pijak. dengan sakit lagi.
mmg rasa lembut kat bahagian yg buang screw tu.
sampai je dapur saya dah tak tahan sakit.
tapi gedik gak nk terus sampai ke toilet.
sudahnye merambu air mata.
adik saya tgok je. speechless trus tgok kakak dia nangis.
ms mlm nk tdo tak leh. sengal je rasa.
cuba gak bengkok kaki sbb tak mau jd stiffness mcm dulu.
sekali lagi air mataku merembes..

pd pembaca blog sy ni, doakan sy kuat, tabah untuk menghadapi dugaan saya ni.
doakan saya leh berjalan semula dengan normal nya.
doakan kesakitan saya berkurangan.
T________T

Wednesday, October 5, 2011

wordless wednesday

''Hang jgn dok ckp kl ngan aku... Mak hang branak kat mana?" Haha

Tuesday, October 4, 2011

beli novel lagi

salam..
setelah habis membaca novel2 yang dibeli tempoh hari
saya kembali membeli novel baru lak.
kebetulan adik sy ajak ke jusco.
mcm tau je kakak dia ni dah abis stok bacaan.
sy mmg ada wat senarai novel yg nak dibeli. tp 2 buah je.
bila sampai popular langsung xde buku yang disenarai tu.

so, sy sambar la mana2 buku yg rasa best bila bc blurrpp..
so ini buku yang di beli..



ms nak bayar tau total smua berapa?
rm 93
uish.. mahalnye..
dah pakai kad popular pon cmtu erk harganya?
rupanya 3 buku teratas je ada  dikaun. tu pun 10% je
biasa 20%..
buku bawah xde dikaun langsung.
dah le mahal. :(
pastu dpt boucar rm5..
leh guna untuk next belian ^__^
sekarang ngah baca buku ni.

baru bab 2..
bila google cari gambar diatas baru tau yang buku ni dah wujud dulu.
penulis yang sama. bezanya kulit dan publisher je.
sy pun tak ingat samaada dah baca ke belum novel bawah ni.
sbb mmg familiar bila tgok gbr bawah.
tapi bila baca sinopsis tak sama lak ngan yg atas.
bila dah abis bc baru leh komen sama ke tak.


 p/s - rini jumpa doktor. moga dah leh guna kaki untuk berjalan ^___^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...