Friday, November 25, 2011

review novel : Kasih bersulam cinta


Salam..
yup nak review novel diatas.
first masa tgok kat rak buku popular sudah jatuh hati dgn cover novelnya.
so comell...
Novel ni saya ambil masa tak sampai 24jam untuk habiskan.
mula kul 4 pagi. 12 tgh mlm tu dah abis baca.

Buku ni memang kategori susah nak letak bila dah start baca.
walaupun dalam tu bahasanya skema katak yg bukan jiwa saya tp tetap jd edisi susah letak.
yg tak bestnya ada la jumpa beberapa typo error..
lepas tu asyik guna nama full watak perempuan tu.
dah la nama panjang, guna nama panggilan sudah la.
pastu diawal pembacaan macam menyampah dgn penulisnya sbb banyak sgt adengan yg tak kira halal haram.
dah masuk separuh buku baru tau kisah sebenar kenapa..
meroyan lak.. ngeee ^__^
Saya bagi 3/5 (3 bintang dr 5)

SINOPSIS

Anis Razikin, belajar kolej, belum pernah bercinta. Dikelilingi dgn 3 org teman baik yg msg2 ada kisahnya.
Anis ni anak yatim piatu. ada mak tiri dan 2 adik tiri. mak tiri busuk hati. gila harta ayah dia.
Di kolej Anis rapat dgn Azhar dan Hakim. Azhar teman sekampungnya yg dianggap sbg abg dan Hakim teman baik Azhar yg slalu ikut Azhar balik kg diorg.

Actually Hakim dan Anis ni terpaksa kahwin sbb kena tangkap khalwat angkara ibu tiri Anis.
Hakim yg sering bertukar gf ni tak nak status diorg didedahkan di kolej.
Dan msg2 pun mmg tak suka. Tapi at last after 2 years diorg jatuh cinta jugak.
Tapi hubungan diorg still dirahsiakan dr family hakim dan teman sekuliah.
Hubungan mereka diuji lagi bila papa Hakim dapat tau. Anis dihina yg dia nak kikis harta mereka dan Hakim buat keputusan pertahankan hubungan mereka dan dia diusir dari rumah.
Then anis pregnant. So, terpaksa la dia bocorkan rahsia tntgg hbgn dgn Hakim.
dan beberapa konflik lain yg berlaku antara mereka.

Dapatkan di pasaran d '_' b

P/S - weekend yang panjang o_0

Thursday, November 24, 2011

Home sweet home

Salam..
Thanks for reading my blog :)
Hari ni genap seminggu saya dan suami tinggal semula di rumah kami.
Sejak kemalangan tanggal 3.7.2011 saya dan suami menetap sementara di rumah keluarga saya.
Alhamdulillah, selepas 4bulan ++ keadaan saya semakin baik.
Beberapa minggu lepas kami pulang ke rumah kami.
Tujuannya nak tengok saya mampu ke mendaki tangga ke tingkat 3 rumah kami.
Yess, saya berjaya walaupun sangat lambat dan banyak berhenti.

Sebelum accident pun saya akan tercungap - cungap bila sampai tingkat 3.
Setelah accident lagi la. Tambah lak saya naik tangga dengan bantuan tongkat.
Then saya dan suami decide untuk tinggal semula di rumah kami.
Lebih privacy ^__^ ngeee..
Lebih bebas bagi kami berdua.
Kami boleh tidur pukul barapa yang kami nak.
Kami boleh pilih nak menonton channel astro mana yang kami nak.
Kami boleh keluar rumah jam 2 pagi semata - mata nak makan rojak :)

Keadaan mungkin agak sukar bagi saya berbanding sebelum ni.
Dengan menggunakan tongkat kerja rumah apa sangat yang boleh saya buat.
Saya boleh melipat baju, menyimpan baju di almari, membasuh baju (sbb guna mesin) :-P
Tapi nak bawa bakul baju ke penyidai saya perlu tendang. Owh buruk dan tak sopan betul bunyinya.
Dah tangan saya dua - dua belah pegang tongkat, hanya kaki yang boleh guna.
Memasak? Sebelum pulang ke rumah kami lagi suami dah cakap saya tak perlu masak. ^__^
Dia akan beli sebelum ke tempat kerja.

Yup, dia kotakan janjinya. awal - awal memang dia beli. Tapi larat ke nak makan luar je.
Saya cuba juga memasak. Saya masak nasi :-) hehehe..
Lepas tu saya goreng dgn perencah buat sendiri. Itu pun berjam2 masa saya ambil.
Saya terketar - ketar kaki bila berdiri lama.
Banyak ke ruang tamu je berehat.
Husband cakap buat yang mampu je. ^__^
Lastnya yang saya mampu buat basuh pinggan. heheh..
Letih berdiri saya duduk, kemudian sambung basuh.

Petang semalam husband masak sebelum dia pergi keje.
Dia masak, saya sidai baju, lipat baju dan kemas almari baju.
Nak tau dia masak pe?

Tomyam campur + ikan bilis & cabai melaka goreng

Kami berdua bukan lah jenis yang kena ada 4,5 jenis lauk masa makan.
Diluar pun kami order Tomyam atau sup daging + telur dadar
Hari ni saya nak try lak memasak.
Minta - minta lah saya mampu berdiri lama2. Amiiinnnn

Wednesday, November 23, 2011

wordless wednesday

Siti Sumayah Darwishah
3.12kg
19.11.2011 at 9.58 a.m

Tuesday, November 22, 2011

Review novel : akhirnya aku kahwin!



Salam..
Review novel lagi. ngeee ^__^
Novel ni cepat je saya baca. 2 malam dah habis baca.
Sebabnya dok rumah sendiri minggu lepas.
Hubby keje malam. So banyak la masa terluang.
Dan novel ni quite interesting.
Edisi susah letak. Dan yang bestnya penulisnya tulis watak novel ni di Penang.
So rasa dekat sangat dgn diri sendiri bila baca. ^__^
Lepas tu novel ni memang kena dengan jiwa saya.
Sangat sempoi. Tak de la skema katak ^___^
Saya rate 3.5/5

SINOPSIS

Mengisahkan tentang Diana, senior supervisor di sebuah kilang. Big size. Anak tunggal.
Baik, rajin membantu, tidak berdendam dan loyar buruk.
Satu hari tu dia terlanggar seorang lelaki, Shafik.
Dia bawa Shafik ke hospital then bawa pulang ke rumah parent nya atas kebenaran ayah dia.
Start dari hari tu, Shafik jd anak angkat keluarga dia & also jadi abang angkat dia.
Shafik anak org kaya, anak sulung dr 3 beradik.
Kebetulan pula rupanya Shafik ni CEO kilang Diana keje.

Hubungan diorg dirahsikan di tempat kerja atas permintaan Diana.
Penghujung ramadhan ibu bapa Diana kamalangan & meninggal dunia.
Diana menumpang kasih pada family Shafik tapi dia tidak di senangi oleh adik bongsu Shafik.
Then dia kenal dgn adik kedua Shafik, Shafizi.
Shafizi suka kutuk Diana dan loyar buruk juga.

Lepas Shafizi habis belajar, dia gantikan Shafik di Penang. Manakala Shafik pindah ke KL.
Shafizi lak request pada ayahnya untuk lantik Diana jadi PA dia.
So lagi teruk la Diana kena buli. Rupanya Shafizi suka kat Diana.
Dia usik2 dan buli Diana sbb suka tengok muka blushing Diana dan dgr Diana mengomel.
Selepas kejadian Diana dipinang oleh kawan sekolah dia, Shafizi lak pinang dia.
Dia terima. Dan jadi la beberapa kejadian yg bolehkan mereka makin rapat.
They happily married.
Sekian. Sila beli para penggemar novel.
Berbaloi untuk yg minat bahasa santai.

Monday, November 21, 2011

photoshoot

Salam..
Berfikir - fikir nak buat photoshoot?
pre wedding atau post wedding?
Tiada idea yang menarik?
Apa kata buat shoot kereta rosak.
Hubby @ tunang lak buat2 repair kereta.
Jom layan pic yang berjaya di google. thanks google









p/s - abaikan aksi2 yang tak sepatutnya dan tak memenuhi syariat. Sekian

Sunday, November 20, 2011

review novel : Gulai Pisang Ikan Masin



Salam..
Selesai sudah menghabiskan novel di atas ini.
2 minggu di perlukan saya nak menghabiskannya.
Slow kan saya? Novel ni sangat tak kena dengan jiwa saya.
Ayatnya yang skema macam buku teks BM.
Saya lebih prefer novel yg santai. Menggunakan kata ganti diri 'aku' berbanding dengan 'saya'
Permulaan cerita sangat la slow. Banyak kisah hal kampung dalam novel ini.
Org kampung lepak di warung kopi la. Asal usul nama warung tu la.
Asal usul panggilan org kampung kepada si polan - si polan la.
masuk pertengahan baru macam menarik sikit.
Lebih laju saya membaca bila dah menarik.

Saya bagi 2/5 bintang TT___TT
tak berbaloi beli. rasa nak jual balik saja

SINOPSIS


Kisah pasal Ipin, pemuda kampung yg lembab zaman persekolahannya dan sentiasa di buli teman2.
Latifah and the gang yg slalu back up dia dan kdg2 join buli gak.
Dia terpaksa berhenti sekolah pada darjah 6 sebab nak bantu mak dia meninggal.
Ayah dia di sihir org sampai gila. Dari kecik dia dah belajar mencari rezeki dgn keje sawah dan ambil upah orang kampung.
Sampai dia besar, kehidupan mereka masih sama.
Pemborong yg slalu beli ikan yg ditangkap Ipin ni suggest dia untuk buka kolam ikan.
Kolam ikan berjaya diusahakan Ipin dgn bantuan kewangan dr kerajaan.

Latifah berjaya jd lawyer dan menaruh hati pada Ipin. Ipin pun sama.
masalahnya ayah Latifah, Long Deraman yang tak sukakan Ipin sekeluarga
sebab Long dulu syok kat mak Ipin tapi mak Ipin kahwin dgn bapaknya.
Dan tanah yang Long Deraman bina rumahnya tu milik ayah Ipin.
Dia belum settle bayar hutang tanah tu lagi.
Dan Long juga manusia yang bertanggung jawab mengsihirkan ayah Ipin sampai gila.

Satu malam tu ribut, pokok kelapa tempat Long Deraman tanam tangkal yg bg ayah Ipin gila dah tumbang.
Ayah Ipin pon sejak dari tu semakin sihat. Long Deraman plak rasa bersalah dan mengaku semua salahnya pada keluarga Ipin.
Ipin yang marah, berpindah dari kampung tu.
Latifah lak masih tak jemu pujuk Ipin.
bla bla bla..
tak larat taip dah. ngeee..
happy ending. Ipin kahwin dgn Tipah.
sekian

p/s - hari ni 20.11.2011.. sekian ^___^

Saturday, November 19, 2011

november yang hebat~

Salam

Saya mengantuk. T___T
Semalaman saya tak tidur. Awalnya meneman sepupu saya ber'sms'
Dia pregnant anak sulung. Dah 2 hari dia kesakitan.
Saya sangat kesian. Hari pertama (17.11.11) Mulanya di tumpah darah dan mula berasa sakit.
Saya suruh dia ke hospital. Dia di Jitra. Saya di Butterworth.
Mungkin jarak gov hosp jauh, dia ke private.
bukaan baru 1cm. Dia kena balik ke rumah

Kemudian semalam (18.11.11) dia tumpah darah lagi.
Sakit makin kuat. Saya suruh di ke gov hospital saja.
Mungkin dah makin besar bukaan. Tapi AIr ketuban belum pecah.
Tengah malam dia msg saya. Katanya bukaan belum buka langsung.
Tapi contraction dah ada. Dia siap kena marah dengan Dr lagi sbb buka buku merah di private.
Dia tanya saya, mmg tak boleh ke. Serious saya tak tahu.

Katanya nak g KK hari ni buka buku merah lain.
Sabtu xde KK yang buka sayang.
Jam 7.30pg tadi (19.11.11), saya sms dia tanya keadaan dia.
katanya sakit makin kuat. Setiap 5 minit akan sakit.
Saya nasihatkan terus ke hospital. Dia takut kena marah lagi. T__T
Saya nak sangat berada disisi dia saat itu.
Saya dan dia sangat rapat, Kami membesar bersama. Dari kecil sampai remaja, kami sentiasa berdua.
Sehingga masing2 dah berkahwin.

Jam 10 pg tadi, husband dia sms saya.
Katanya dah selamat bersalin jam 9.50pagi tadi.
Alhamdulillah. Lega sangat saya rasa.
Rasa macam nak terus ke Hospital Alor Setar je.
Tapi kami masih banyak urusan di sini.
Hubby saya keje malam semalam. Dia balik keje jam 8pg tadi terus inform yang kakaknya
dah selamat bersalin jam 11.38malam semalam.
OMG dalam masa 2 hari berturut - turut saya dah dapat 2 anak sedara.
My SIL bersalin anak yg ke4 dan anaknya perempuan.
So happy sebab 3 anaknya semua lelaki. Cucu ke 4 untuk in law saya ^___^
Dan anak cousin saya adalah cucu sulung dalam Mahmud & Fatimah family ^__^

So I got double happiness today ^__^
Saya dah melawat SIL & baby pagi tadi. Nasibla my SIL bersalin di hospital saya kerja.
Mudah sikit nak masuk. Tunjukkan pas kerja saya saja even diorg tak percaya masa saya cakap saya staff.
Ar la, tak kan bertongkat kiri kanan staff kan. T___T
Kemudian ke majlis nikah my fren.
Lepas tu ke service centre, hubby pergi renew road tax, insurance & service kereta kami.

Kami sampai di rumah jam 2 petang.
Dah la kami berdua ni belum tidur dalam masa 24jam.
Sampai je rumah memang pengsan la kami berdua.
Saya sedar jam 6 petang. Tu pun hubby kejut katanya nak g keje dah.
Ek.. Saya mamai sudah ingat sudah subuh.
Ish.. teruk punya isteri...
Kesian my hubby. tidur baru beberapa jam, nak keje lagi mlm ni.
Malam esok pun keje. Balik keje esok pengsan juga semestinya.
sebab tu la Isnin depan baru nak melawat my cousin & baby nya.

So nak introduce our new family member from my hubby side ^___^
Baby girl my SIL

nama belum reveal lagi :)


Sekian saja entry yang banyak dan penuh kemengantukan ini

Thursday, November 17, 2011

jom perabih duit

salam..
hahahha.. tajuk tak leh blah..
di hujung tahun tatkala ekonomi kecundang ni ada hati nak membeli belah
TTT____TTT
tapi nak wat camne hati tak tahan tgok..
pastu anasir jahat yang cakap nanti tak grab xde stok dah.
kna order online. pastu lagi banyak duit bazir
hubby lak cakap tak pe ambil la..
tak cukup duit dia tambah..
wawawaaa.. amik la jugak..
huhu..

tau apekah bendanya



buku yang dibeli haritu lom abis baca dah beli buku baru..
pang sekali...

Wednesday, November 16, 2011

my progress

Salam..
maaf entry ini mengandungi banyak gambar
dan memungkinkan anda lambat loading
especially pada yang dah cukup kuota bb nya
macam saya TT___TT



july 2011
kaki saya langsung tak boleh bengkok



august 2011
selepas fisio, leh bengkok sikit






september 2011

30 degrees kot


september 2011
da boleh bengkok 90 degrees


sekarang november 2011
120 degrees ^__^

Saya bangga dengan diri saya atas pencapaian ini
walaupun agak lambat
tetapi saya mampu
chaiyok2
ngah usaha nak bagi bengkok lutut sepenuhnya.
normal bengkok kaki saya sepenuhnya 125 - 135
kebolehan bengkok kaki ni depends on size peha dan badan
lagi kurus dan cikedingnye org tu lagi banyak dia leh bengkok
spt gbr di bawah
 sebulan selepas accident saya start fisio setiap minggu
setiap minggu ok,, tanpa jemu..
sampai kenal dah semua staff dan kebanyakan pesakit di situ
di fisio saya buat senaman ini bagi membolehkan saya membengkokkan
kaki spt sediakala


 3 bulan pertama saya accident inilah kenderaan rasmi saya


dan sekarang ini teman baik saya



Tuesday, November 15, 2011

wedding BBF - Anna Syaza

Salam..

Lambat kot saya wat entry ni..
pulang ke kampung suami bb xde connection lgsg
lepas tu pulang ke rumah kami, operasi mengemas rumah
InsyaAllah nak pulang dan tinggal semula di rumah kami :)
Moga dipermudahkan segalanya

Last saturday (12.11.11) saya ke wedding BBF.. :)
excited kot.. hahaha.. first time attend wedding BBF & before ni tak pernah berjumpa.
bersembang via FB & blog je
wedding Anna Syaza di Merbok, Kedah..

Jumpa di Petronas Laguna Merbok slps Plaza Tol SPU
Makanya berkonvoi la kami bertujuh.. (kalau tak salah kiraan)
Berpandukan peta & GPS maka sampai lah kami ke rumah pengantin
Alhamdulillah tak de masalah sepanjang perjalanan.

Cuma terlepas simpang masuk ke rumah sahaja..
Salam2, makan berhidang (special skit), gusip2, bergambar
lebih kurang 2 jam disana kami bergerak pulang..
Ape pun best sangat..

Dah lama kot tak BLIND DATE camni..
hahahaha.. ade ke panggil blind date..
Jom layan gambar yang berjaya di'snap' oleh my hubby
menggunakan Handphone burok kami

Lupa nak cerita.. ^__^
BBF yang join wedding ni Zariza, Fariza, Scha Nur & Farrah
Lupa nak snap doorgift T__T
**M nak caption. ampun TT___TT




masing2 update fb.. ngeee




Saya dan Farah.. maaf Farah, tak larat buang tongkat dah

Saturday, November 12, 2011

review novel : sayangku casper


Salam..
entry ni berkaitan dengan cover novel di atas.
sudah selamat habis baca minggu lepas..
sangat best. edisi sangat susah letak.
rate saya 4/5

SINOPSIS  (berdasarkan bacaan saya)

Novel ini mengisahkan pasal Tia Adila, anak jutawan Ahmad Fakhrul
yg super busy. Tia tinggal bersama dgn ibu tiri & kakak tiri.
Dilayan macam org gaji. memang macam cerita Cinderella part ni.
Tia belajar di kolej bersama dgn kakak tiri dia & dia minat bidang fesyen.
Tapi belajar bidang bussiness atas arahan ayah dia.

Tengku Rafique dr france ke KL atas arahan granny nye untuk mencari
cousin nye Adelia de Casper yg hanya berbekalkan gbr Adelie sms berusia 5 tahun.
Beberapa kejadian buatkan mereka kenal & berjumpa.
Tia bantu Rafique untuk kesan Adele.

Emak tiri Tia buat keputusan untuk tunangkan Tia dgn anak dato yg Tia tak suka.
then dia dikurung. Tia berjaya larikan diri dgn bantuan bff nye & larikan diri ke france.
Kebetulan Tia & Rafique 1 flight.
di France Tia hilang beg. Rafique lak tolong Tia.
bla bla bla bla

tak larat type dah.. hahahahah....

sila beli.. recommended ok

p/s - pulang ke rumah in law hari ni dan meneruskan sesi mengurut

Friday, November 11, 2011

hujung tahun yang busy

Salam..
Nice date kan today 11.11.11
Ramai jugak yg menamatkan zaman bujang today.
Selamat pengantin baru pada yang nikah hari ni..
Moga Berbahagia hingga hujung nyawa.

Tahun lepas saya nak sangat kahwin date ni sbb tarikhnya.
Dan of course mudah diingati bila date cantik.
Tapi mendapat bantahan dari parents sbbnya date yg cantik
harusla ramai lagi nak bernikah kan.
Kadi, khemah, kerusi, meja, catering, photographer dll pasti fully book
dan harga akan meningkat dr biasa.
Saudara mara pun ssh nak dtg bila byk majlis.

Maka saya dan suami decide nikah 1.1.11
nice jugak  ^__^  dan  mudah diingati.
Dah penghujung cuti sekolah. kadi, catering, kerusi, meja, khemah dll sng book
Alhamdulillah
Itu cerita basi 10 bulan yang lalu..


Dah penghujung tahun ni banyak la jemputan kahwin yang saya terima.
Baik panggilan dari kad, facebook, sms, call dan mulut ke mulut..
Yang bertindih tarikh pun ada.
Tu belum masuk yang sama tarikh dgn adik saya bertunang.
InsyaAllah akan usaha untuk hadiri yang mana di utara ni.

Masalah saya 1 je. My husband.
Dia hanya cuti weekend selang seminggu.
Saya tidak boleh ke mana - mana tanpa dia.
Bukan dia tak bagi kebenaran pergi sendiri @ dgn org lain.
Keadaan diri saya agak merumitkan. TT__TT
Tak nak menyusahkan orang.
So, weekend yang dia cuti je saya leh pergi kenduri rakan2. ^___^
Saya minta maaf sangat pada sesiapa yang saya tak dapat attend wedding tu.

sebahagian wedding card yg dpt

dr fb event

p/s - my bff dah pregnant setelah setaun berkahwin. hadiah 1st anniversarry. congrats dear. jeles ok. (^__^)

Thursday, November 10, 2011

Hukum Memakai Cincin bagi lelaki

Salam..
One of my friends query about this.
This n3 for u dear (^__^)/




credit from HERE
Cincin kawin boleh saja dipakai oleh seorang lelaki muslim asal bukan terbuat dari emas, kalau terbuat dari emas maka hukumnya Haram. Hal ini berdasarkan hadits riwayat Imam Muslim, dari Ibnu Abbas ra. bahwa Rosululloh SAW melihat cincin dari emas di tangan seorang lelaki, maka Rosululloh melepasnya dan membuangnya. Kemudian Rosululloh bersabda, “Seorang di antara kamu sekalian sengaja mengambil bara dari api neraka dan meletakkannya di tangannya.” Setelah Rosululloh pergi, seorang sahabat menyuruh lelaki itu mengambil cincin yang sudah dibuang Rosululloh agar cincin tersebut bisa dimanfaatkan. Tetapi lelaki itu menjawab, “Aku tidak akan mengambil cincin itu selamanya karena itu sudah diharamkan oleh Rosululloh SAW.” (DR. Musthofa al-Khin. al-fiqh al-Manhaji: III/94-95)

 credit from HERE
Meski demikian, bila mahar itu mau diberikan dalam bentuk cincin, pada hakikatnya tidak ada larangan. Bahkan meski terbuat dari emas sekalpiun. Asalkan cincin emas itu tidak dipakai oleh pengantin laki-laki.
Sebab laki-laki dalam Islam diharamkan memakai perhiasan yang terbuat dari emas. Rasulullah SAW telah melarang emas dan juga sutera bagi laki-laki baik saat menikah atau sehari-sehari.

Dan hasil google yg lain juga memberi jawapan yg sama.
untuk lebih yakin, tanyalah pada ustaz2 ye.


Sunday, November 6, 2011

Friday, November 4, 2011

shopping

Salam semua..
Jumaat sudah.. Ahad Hari Raya aidiladha.
seperti aidilfitri lepas saya beraya di rumah ibu bapa saya.
bukan tak kesian pada husband tapi husband bekerja.
dr semalam sampai isnin.
dia pun lupa bila hari raya sebenarnya.
cuti pun tak banyak dah.
saya pun ok saja. 

dari kecil sambutan hari raya aidiladha tidak semeriah Aidilfitri
kecuali masa tahun yang keluarga take part majlis korban.
mungkin pulang ke rumah mertua sekejap ahad malam
husband pulak bekerja dr 7 pg sampai 7 malam.
entah larat ke tidak dia nak drive pulang ke kampungnya kemudia bekerja pulak
kesokkan hari.

berbalik kepada tajuk entry
last week punya weekend kan pulang ke rumah mertua 3 hari 2 mlm
hari ahad kwn2 hubby ajak main bowling. 
hubby je la main. saya menonton je
lepas tu saya ajak ke popular ^__^
tempat wajib lawat kalau ke shopping complex

hubby tak bagi T__T katanya jauh nak berjalan 
nanti saya penat & shopping complex tu agak lama 
& krg safety
dia janji nak bawa saya je Jusco. 
katanya popular sana lebih besar & lebih selamat.
ada lif. sng saya nak bergerak.
ok..
di bawah ini buku yang selamat di shopping
3 je yg berkenan.
skrg sy beli novel berdasarkan recommend by others
masuk forum & org komen buku tu berbaloi nak beli
saya shortlist the beli.

tapi masa g jusco last week tak sempad update senarai buku nak beli lagi.
so belasah je amik mana yang best dr bacaan saya pada bluuurp
tapi yang lagi 2 tu beli sbb cover dia cun
^__^
meleleh tengok
heheheh



p/s - hujung tahun yang penuh dgn jemputan kahwin. 
  adik saya pun nak bertunang juga hujung tahun ni ^__^

Wednesday, November 2, 2011

wordless wednesday

cinta kamu sampai mati~

Tuesday, November 1, 2011

bad day


10 bulan sudah~

Salam...
Setiap bulan saya wat entry camni kan? Mesti bosan membaca kan?
ngeeee...
Dah MC ni memang banyak waktu lapang..
Mengadap laptop je setiap hari.. Ngadap FB, Blog
Balik - balik itu je yang di buat



So sudah 10 bulan usia perlahwinan saya
Sekejap saja rasa.
Perkahwinan memang indah. Tetapi perlukan persefahaman, tolak ansur & komunikasi.

Suami saya tidak romantik ^__^
Jangan mimpi untuk dapat hadiah sejambak bunga ros atau teddy bear darinya.
kalau diminta baru dapat. hahahaha (nampak sangat hadiah roses & bear sebelum ni dimintak)
Apa yang dia tau bawa makan atau tengok wayang.
Tapi permintaan saya jarang ditolak kalau kena waktunya dan logik ^__^

Lepas accident nanti badan selalu sakit. bila hujan kaki sengal.
Bila gitau dia dan minta sapu minyak di belakang atau kaki akan di buat.
Padahal boleh je buat sendiri  ^___^
Dan lepas kemalangan ini jugak saya bertambah sayang padanya.
Bukan sebelum ni tak sayang. tapi nampak sangat dia risau akan saya masa saya separuh sedar di hospital
(tau bila saya skodeng di fb nya selepas sedar)
dia sanggup mandikan saya, cuci kaki saya, sental dengan berus, pakaikan kasut pada saya,
lap selipar saya..

Bagi saya memang nampak kurang ajar kalau sua kan kaki pada suami.
Inikan pula nak dipakai kan kasut.
Tapi disebabkan saya sukar tunduk dan tiada kekuatan untuk berdiri dia sanggup buatkan.
Sanggup jua ambil cuti untuk temani saya ke hospital dan setiap minggu ke fisio.
Awalnya ayah dan mak yang bawakan saya.
Dia kata saya tanggungjawab dia sekarang bukan mak dan ayah lagi.
Memang terharu sangat dengar

Bila dia syif malam memang tak tidur semalaman. Pulang kerja jam 8.30pg
Terus bawa saya ke bilik air untuk mandi kemudian ke hospital.
Tengah hari baru selesai jumpa doktor.
Kalau saya memang dah pening kepala tahan mata dari tidur..
Tapi suami saya sanggup demi isterinya.

Adeh, banyak lak bebel hal suami ni..
Nanti ada lak yang muak membaca..

 
143 sayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...