Friday, January 27, 2012

Review novel : Aku Pilih Dia

Salam..
Hari ni nak review kisah novel ini.



Semalam dah habis baca. Just nice ceritanya.
20% awal cerita kinda boring..
Then dah start menarik. Sampai jadi susah nak letak.
Asyik nak membaca je..
Rasa thrill macam nak selak page belakang je nak tau heroin pilih siapa.
Saya bagi 3.5 bintang dr 5 bintang.
Tapi biasala novel melayu ni hero heroin mestilah sempurna.
Tiada cacat cela. Handsome dan cantik confirm dah.
Penuh sifat terpuji sampai terbuai perasaan bila membayangkannya.
^_^

SINOPSIS

Johana seorang wartawan yang kematian tunangnya 3 bulan sebelum majlis pernikahan.
Dia agak down bertahun-tahun.
Menutup pintu hati pada mana-mana lelaki.
Dia berkenalan dengan Raif. Seorang businessman yg meneruskan perniagaan keluarga.
Raif yang suka mendampingi wanita tetapi tahu bezakan halal haram.
Johana dan Raif berkawan baik.

Macam-macam la terjadi kepada Johana dan Raif sentiasa ada membantu.
Kemudian muncul Ian Redza. Abang Raif yang tinggal di Scotland selama 10 tahun
pulang ke Malaysia untuk membantu Raif di syarikat mereka.

Ian jatuh cinta pandang pertama dengan Johana.
Begitu juga Johana. Mereka bercinta tetapi tanpa pengetahuan Raif.
Bila Raif tahu dia marah, cemburu dan mengelak dari mereka berdua.
Then baru Raif sedar yang dia juga cintakan Johana.
Sehinggalah Ian dan Johana decide untuk kahwin lagi 6 bulan.

Tetapi langit tak selalu cerah. Ian kemalangan, pendarahan otak dan koma.
Saat ini baru Raif sedar yang cinta Johana pada Ian memang tak dapat ditandingi.
Selama 10hari Ian koma, Johana tekad untuk terus bernikah dengan Ian
jika Ian sedar.
Bila Ian sedar, Jo orang pertama yang dicari.
Sebulan lepas Ian keluar dari hospital mereka bernikah.
Raif pun dapat terima hakikat yang Johana buakan untuknya.

Tamat..
Macam skema je apa yang ditaip ni.
Tapi itu lah yang saya dapat ringkaskan dari jalan cerita novel ni.
bila masuk tengah jalan ceritanya saya rasa macam persamaan dengan novel
Sweet Sour. Bezanya SS abang playboy, adik jujur.
APD lak adik playboy, abg jujur.
Ending dua-dua novel memang tak sama la.
So penggemar novel melayu cintan cintun ni, leh la beli novel aku Pilih Dia.
Berbaloi k.

Wassalam

Thursday, January 26, 2012

Saya dah MRI ^_^

Salam..
Lama rasanya tak menulis..
Tak la sibuk sangat pun tapi tak de mood nak menulis.
Semalam 25.1.2011 saya dah buat MRI.
MRI - Magnetic Resonance Imaging macam Xray tapi more detail.
Fungsinya untuk melihat struktur dalaman badan.
MRI lebih bagus dari CT Scan dan Xray.
MRI mengambil masa lebih kurang 30 ke 60 minit.
Saya punya hampir 60 minit.




Entry yang lepas saya ada mention dari last appointment yang
Ortho detect femur saya osteoporosis.
So diorg decide untuk MRI.
Saya tak tahu kenapa perlu MRI untuk kes saya.



Biasanya masa saya kerja patient yang nak MRI perlu puasa.
Tapi takde pesan pa pe pun kat saya masa ambil appointment.
Saya assume tak payah puasa. ^_^
Appointment jam 2 petang.
Tetapi saya sampai jam 2.20 petang.
Mujur tak ramai. Sekejap je tunggu dah kena panggil.

Kena masuk bilik rawatan dulu untuk masukkan jarum.
Urat saya kecil. Staff nurse tu tak berani buat (ke sebab saya staf?) ^_^
Then dia mintak Doktor masukkan.
Alhamdulillah, sekali masuk je berjaya.



Pastu masuk ke bilik MRI.
Saya diarahkan untuk tinggalkan semua barang - barang ni -
Handphone,  rantai, cincin.
Akan bagi kesan nanti sebab mesin tu sangat kuat menarik besi.
Then staf tu tanya saya seluar ada zip tak di poket belakang.
Saya tak dibenarkan bertongkat masuk ke dalam bilik prosedur.
Maka naiklah saya wheel chair ^_^

Then masuklah dekat mesin tu.
Saya sebut dekat mak masuk dalam terowong.
Sempit ok dalam tu.
Setelah dipakaikan semua kelengkapan termasuklah headphone
dan microphone in case ada masalah berlaku pada saya dlm tu.
Maka masuk la saya dalam terowong cerah dan sempit tu.
Sangat bising dalam tu.
Berbagai bunyi ditukar2 dalam masa 5 minit (agak-agak je)
Bunyi machine gun, bunyi drill dan lain-lain.




After 45 minit saya ditarik keluar.
Perghh.. Lega rasanya dah habis..
Tapi malangnya TT_____TT
Diorang nak masukkan ubat iaitu contrast atau pewarna supaya scan lebih clear.
Sangat sakit bila diorg push ubt di jarum saya tu.
Selalu buat kat patient tak hirau pun kan.
Sekarang padan muka sendiri.
huhuhu.. Cam tu la patient rasa rupanya.

Dalam 15 minit maka berakhirlah MRI saya.
Macam-macam saya rasa selama 60 minit tu.
Sejuk, lapar, nak buang air ^_^
Yang saya buat tak putus-putus baca ayatul Qursi, Al-Fatihah dan ayat-ayat lain yang saya ingat.
Takut gak saya kalau rasa apa-apa.
Tambahan lak dalam femur saya ada besi.
Mula-mula macam rasa ada short kat jari kaki.
Sekali tu je rasa.

Then buang jarum da boleh balik.
Sengalnya jarum sampai sekarang rasa lagi. Makan hari gak nak baik ni.
Keputusan MRI belum tahu. Siap selepas 5 hari bekerja.
Appointment saya 30hb ni. Memang tak sempat la.
So hari ni kena ke klinik semula minta ubah appointment hari lain.
Patutnya leh je g semalam lepas setel MRI.
Tapi nanti doktor tak de sebab saya perlukan MC baru.
MC yang latest sampai date appointment je.
If ubah tarikh MC perlu extend.
Kalau tak banyak masalah nanti.
Harap keputusannya nanti +ve
Huhuhuhu.. That's all..
Wasalam

Sunday, January 22, 2012

Dating ^_^

AMARAN : ENTRY INI PANJANG DAN PENUH GAMBAR

Salam dan holla..
Seperti yang diceritakan dalam entry lepas yang saya nak buat
entry sambungan cerita selepas ke wedding classmate hubby.
Kitorang janji dengan kawan hubby nak jumpa balik lepas asar.
Sempat la hubby rest jap.
Hubby keje malam sebelum tu.
So lebih 24 jam dia tak tidur.
Takut gak la sebab dia nak drive nnt.

Kawan hubby ajak ke Bukit Bendera (BB).
Kami pon proceed sbb sejak BB renovate lom g lagi.
Malangnya on the way nak ke sana dapat info yang BB closed.
Tetttttt.. Then saya suggest ke Tropical spice Garden (TPC)
Tempat idaman nak shoot potraiture.
Tapi belum kesampaian hajatnya.
Malangnya kami tak tahu jalan.





Ni la rupanya tempat idaman nk wat potraiture photoshoot
Photo credit to google



Picture bawah ni lak credit kepada Dee LaPena
 


Yang di bawah ni pulak dr NuzulTaufiq

Cantik kan? 



Berpandukan GPS kami sesat.. T_T
Hehehhe... Rupanya GPS tunjuk short cut yang belit-belit jalannya.
Then pusing-pusing rupanya jalan yang sama je kami guna nak ke Batu Feringgi.
TPC atas sikit dari Batu Feringgi.
Bila dah sampai sana sudah jam 7 malam.
Gelap je sekeliling. Fikir yang tempat tu dah closed.
G tanya guard, rupanya buka sampai 11 malam.
Yang bukanya restoran disitu saja. Restoran namanya Tree Monkey.
Tempat yang cantik tu tak buka dah. Huhuhuhu.





Maka kami ber4 yang kelaparan ni order la makan..
Sebelum tu dok snap picture je non stop.
Waitress dok tgu je bila kami nak duduk nak amik order.. ngeeeee
Tengok menunya... Arrrrkkk..
Nama menu pelik ok. Nasib ada gambar.
Dan harganya leh telan air liur berkali-kali.. T_T

Nasi Grg Belacan RM14.80++

Pineapple fried rice RM 16.80++

Phad Thai RM 16.80++

 
Makan-makan, snap sana sini, chatting maka gerak la kami dari Tree Monkey.
Kami singgah di Hard Rock Hotel di Batu Feringi.
Yang girls teringin nak bergambar dengan gitar gedabak..
Hubby je tak heran sbb dia pernah mai dah.
Banyak sangat  spot untuk shoot di sini.
Yang bestnya di swimming pool ada parti buih..
First time tengok parti buih, memang jakun sungguh.
Tambah lak mat dan minah salleh je yang menari.
Memang leka la. Sampai lenguh kaki berdiri.







Setel snap photo di Hard Rock kami ke Padang Kota lak.
Tak lama di sana sebab diorg janji nak jumpa kawan2 lain.
Then ke RnR Bagan Ajam lak.


Kawan2 hubby buat BBQ malam tu.
Dah macam gathering la jadinya.
Majoriti mereka dari sekolah yang sama.
Lepak sana, tgok gelagat org, sembang-sembang, makan-makan
dan mengambil angin laut. RnR ni sebelah laut.
Jam 3 pagi gak baru kami gerak balik.
Itu pun sbb kwn hubby keje pagi nanti dan hubby keletihan.
Dan keesokan harinya kaki saya sakit dan bengkak selama 2 hari.
Huhu...
Wasalam

Friday, January 20, 2012

Wedding Siti

Salam...
Entry ni kisah sabtu minggu lepas..
Kami ke wedding classmate hubby bersama 2 org lagi temannya.
Sebenarnya selain g wedding kami ada ke tempat lain..
Tapi panjang kot kalau cerita dlm satu entry.
Sebabnya kami keluar dr tgh hari sampai la jam 3 pagi..

Maka saya devide jd 2 entry.
Entry ni kisah ke wedding je.
Actually saya pun tak kenal classmate hubby ni.
Memang tak pernah jumpa. Both bride and groom adalah classmate mereka.
Tapi yg lagi 2 org tu sya kenal la pernah jumpa before kahwin dulu.
Sorg dari classmate hubby ni dtg dr KL.

Kami gerak selepas zohor.
Sampai sana kebetulan pengantin ngah makan beradab.
Yang bertuahnya tuan rumah persila kami sekali makan dengan rombongan pengantin.
Alhamdulillah.. dapat makan sedap sikit lauk. ^_^

 

Habis makan masuk dalam umh dan posing dalam billlik pengantin
Sementara tgu pengantin bersalaman dgn tetamu.





Then bergambar dgn pengantin di pelamin, biliknya pastu sembang-sembang
pastu terus gerak balik.




Then lepas asar gerak ke destinasi seterusnya..
Itu akan saya ceritakan di entry seterusnya.
Wassalam

Thursday, January 19, 2012

Sofa baru



Salam dan hola +_+
Entry semalam ada mention skit yang saya menanti sofa baru.
Ohh ya.. Memang selama ni rumah kami takde sofa.
huhuhuhu..
Duduk di lantai sahaja pabila menonton televisyen.
Pengantin baru le katakan (baru lagi ke) ngeeee
Semestinya rumah kami tidak complete perabotnya.
Memang la segan bila tetamu datang kena duduk di lantai.

So saya ajak hubby mencari sofa.
Plan nak beli lama dah tapi budgetnya ngak ada.
Dah dapat dividen ASB ni leh la melabur sikit.
Dengan harapan sofa tak melebihi harga rm500 T_T
Hehe.. gila save...

Ruang tamu rumah kami tidak la besar mana.
Maklum la kami tinggal di Pangsapuri.
Saya dan hubby decide tuk ambil L shaped sofa atau 3 seater je..
Ada la dalam 5 buah kedai perabot kami jelajah.
4 kedai pertama harganya melampaui bajet.
Dan kebanyakannya hanya boleh sampai di rumah selepas CNY.
Ada yang saya berkenan, hubby tak berkenan lak.
Ada yang sama-sama berkenan tapi cash and carry.
Cash and carry tu sendiri bawak balik.
Kedai tak sedia transport.

Di kedai terakhir kami masuk ada la yg sy berkenan.
Hubby pun cam 50-50 sebab bukan leather.
Hubby nak yang leather, tak kotor katanya.
Dari pemerhatian saya yg leather semuanya hampir 2k.
Dan sofa ini sarungnya boleh dibasuh dan ditukar colour.
Tapi kena order dengan tuan kedai ni la yang colour lain.
Dan kami sepakat amik sofa ni + coffee table.

Kami mintak hantar sofa esok sebab hubby keje malam ni.
Tuan kedai pun okay.
Then bila malam kul 10 hubby inform yang diorg nak hantar
malam ni gak sebab esok banyak delivery yg jauh-jauh.
Maka sampailah sofa baru kami malam semalam juga.
Mesti abang yang hantar sofa tu menyesal
sebab nak sampai rumah kami je kena mendaki tangga 3 tingkat
sambil mengangkut sofa ^_^
Jom tengok gambar sofa yang saya ambil

AMARAN KERAS!!!
''ABAIKAN WATAK-WATAK TAMBAHAN DALAM GAMBAR YANG MENCACATKAN''

^_^


Ni masa first naik hantar ni dulu


 2kali daki tangga je dah habis angkat

Taraaa... setelah berhempas pulas membuang semua plastik
Abaikan mana yang buruk dalam gambar tu ye

Kecik je pun sofanya. Dah itu je yang mampu buat masa sekarang.
Tapi saya suka designya. sangat comfort. Colour dark so bila kotor tak nampak ^_^
Ni pun dah bersyukur sangat dah ada penambahan perabot di rumah kami.
Sekurang-kurangnya bila family saya atau family in law datang 
tak yah la diorg nak duduk di lantai lagi.

Itu saja ngomelan saya =_=
Wasalam..

Wednesday, January 18, 2012

wordless wednesday

Spagethi Olio
dinner malam ni
sambil menunggu kedatangan sofa baru +_+

Sunday, January 15, 2012

Saya masih tak tahu masak T_T

Salam semua..
Masih ingat dengan entry ini?
Entry yang menceritakan saya tak pernah memasak
dan masakan pertama saya pada En. Hubby.
Sudah setahun berkahwin, saya masih belum pandai masak. ngeee
Tapi cubaan makin banyak la.
Walau cuba masak benda yg sama je.
Dan hubby pon cakap ada peningkatan.
Alhamdulillah.

Ni dah MC lama.. 6 bulan ++ dah dan 
sejak berpindah semula ke rumah kami saya bertukar menjadi surirumah tangga (SRT)
Hubby memang tak paksa saya buat kerja rumah.
Dia langsung tak bagi saya buat pon.
Tapi wifenya ni degil ^_^
Mana yang mampu saya buat la.
Takkan nak biar semua hubby buat tapi saya just duduk tgok tv, main internet dan baca novel.

Setakat ni saya buat mana mampu dan larat je.
Itu pun sudah diceritakan dalam entry ini
Entry ni nak cerita menu yang saya dah try masak.
Semuanya yg simple saja.
Kari belum pernah masak sebab hubby tak suka makan curry.
Menu wajib setiap minggu mesti sup sebab kami berdua suka Sup.


Hakikatnya hubby lagi pandai masak dr saya.
Kuew teow grg basah hubby sedap.
Selalu saya masak 1 atau 2 lauk je.
Kalau hubby rasa nak makan menu lain dia masak sendiri je.
Sup dan Tomyam hubby masak pon best.
Ini antara menu yang kami masak.
Ada yang tak snap pic. Lapar sangat, makan je terus. heheheh

 daging black pepper saya masak


 Paprik ayam saya masak
Sup ayam hubby masak


 Mashed potato 1st try


 Sup lagi? Saya mmg suka sup.
Kali ni versi letak daun limau purut


Keli dan bawal grg bukan saya dan hubby masak
^_^ 
makan di kedai



Dan ini menu paling sedap..



Domino Pizza =_=

Simple sungguh menu saya masak dan kategori tak mencabar langsung.
ngeheheh..
Asal kenyang sudah la...
Wasalam..

Saturday, January 14, 2012

Review novel : Awak suka saya tak?

Salam..
Dah lama tak review pasal novel yang dibaca.
Sebab saya ambil masa yang sangat lama untuk menghabiskan novel ini.



Novel ni sangat tebal. 1056 muka surat.
Bila dah tebal mesti la mahal. RM32
Biasa novel dlm ± RM20

Dah lama tak membaca novel tebal camni.
Saya mendapat review dari penggemar novel di FORUM CARI
yang novel ni sangat best dan berbaloi untuk dibeli.
Ya, novel ni best. tak bosan walaupun tebal.
Cuma kekangan masa menyebabkan saya tak berjaya menghabiskan bacaan
novel ni secepat mungkin.
Dan disebabkan bukunya tebal, lenguh tangan saya nak memegangnya. +_+

Pendapat saya novel ni tebal sebab penulisnya cerita sangat detail.
Sampaikan apa yang watak ni buat setiap hari di ceritakan.
Tapi bukan la benda yang sama.
Banyak benda baru yang explore.
Watak heronya sungguh la perfect dalam novel ni.
Dengan handsomenya, peribadi mulia.
Tak jumpa cacat cela la.

Novel ni memang penuh ilmu.
Paling banyak ilmu tentang Islam.
Memang banyak perkara baru yg saya dapat melalui novel ni.
Novel ni memang berkisar tengtang couple tapi mereka sangat menjaga batas-batas
perhubungan dalam islam.
Juga ilmu tentang kuda.
Heronya minat menunggang kuda.
So memang detail la hal kuda dalam novel ni.
Saya cerita secara ringkasnya la tentang novel ni.

SINOPSIS

Puteri Intan Zulaikha, anak orang kaya, muslimah jatuh cinta pada Hilman Yong Abdullah.
Hilman, jejaka chinese convert ke Islam sejak remaja.
Memang warak. Juga jatuh cinta pada Intan.
Untuk mengelakkan berlaku perkara tak elok Hilman ajak Intan berkahwin.
Tapi Intan tak setuju. Dia perlukan masa untuk lebih mengenali Hilman

Berbagai masalah mereka hadapi. Perhubungan mereka putus selama 2 tahun.
Kemudian mereka bertemu semula semasa Intan berkursus di Terengganu.
Pada fikiran Intan, Hilman adalah suami Balqis kerana kali terakhir mereka
berjumpa semasa hari pernikahan Hilman.

Intan belajar menunggang kuda di Terengganu dan Hilman yang mengajarnya.
Intan kemudiannya tahu yang Hilman masih bujang.
Mereka kembali bercinta. Intan berkenalan dgn family Hilman.
Mereka ambil keputusan untuk bernikah secara ringkas.
kedua-dua keluarga setuju.

Dua hari sebelum majlis nikah Hilman kemalangan.
Jatuh dari kuda. Diselamatkan oleh Intan.
Malangnya Hilman hilang ingatan. Dia tidah tahu dia Islam
dan sudah bertunang dengan Intan.
Then berusahalah Intan untuk mengingatkan Hilman kembali.
Then Hilman ingat semula dan mereka berkahwin.
They live happily ever after ^_^

Sebenarnya banyak sangat perkara jadi dan watak sampingan lain.
Kalau nak cerita memang tak larat la.
Tetapi secara ringkasnya macam di atas la.
Saya bagi 3.5 dari 5 bintang.
Ye berbaloi untuk dibeli. Tetapi mungkin tidak kepada yang kurang gemar novel tebal.
Banyak part meleret dan macam saya kata watak lelakinya terlalu perfect.
sesungguhnya nobody perfect.
Saya lebih suka membaca novel yg realistik.
Sekian...

Friday, January 13, 2012

Majlis Pertunangan Puteri Chichi

Salam..
Siapa Puteri Chichi ni?
Katanya artis. Serius tak kenal.
Ampun..
Tapi saya tertarik dengan Majlis Pertunangannya.
Baju dan pelaminnya cantik...
Jom tengok gambar jom.

Kredit pictue to PhotoSignature


Ini hantarannya pula. Cantik juga


Ni pula gambar yang diambil dr website Budiey


Have a nice weekend :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...