Saturday, June 30, 2012

Gangguan

Salam..
Minggu ni blog saya ketandusan entry. Nak kata sibuk, ada la jugak. Nak kata malas, erm tak pulak. Cuma ada beberapa masalah berlaku pada saya. Tapi Alhamdulillah, walau pun kekurangan entry Nuffnang masih meneruskan pemberian BE pada blog saya.

Saya mengalami gangguan beberapa minggu ini. Bila malam je akan ternampak 'lembaga'. Mula-mula ingat mungkin perasaan saya je. Bila dah kerap ternampak saya beritahu hubby. Lepas tu saya dan hubby kerap bergaduh. Saya mula rasa panas bila duduk sebelah hubby. Dan hubby pun perasan perubahan sikap saya. Kami berbincang untuk berubat. Alhamdulillah semuanya dah selesai. Dan setakat ini saya dah tak nampak apa-apa benda dan hubungan saya dan hubby kembali seperti biasa.

macam melampau je gbr ni. hehehe
Kalau nak ikutkan banyak la versi lembaga yang saya nampak beserta pesanannya. Tapi tak nak la cerita detail di sini. Cukup sekadar cerita ringkas saya. Moga saya sekeluarga dilindungiNya.

p/s - tengah kumpul gambar perkahwinan Irma Hasmie untuk entry esok hari :)

Thursday, June 28, 2012

Jatuh Cinta


Tajuk entry tak menahan.. ekekekke..
Bukan la jatuh cinta pada orang. Saya masih setia pada yang satu ^_~
Saya telah jatuh cinta pada kundasang, kota kinabalu dan lagu Butterfly version Aqasha :) Jatuh cinta pada keindahan landskap kundasang yang di paparkan dalam drama ni. Sempat la saya google landskap dan lokasi dalam DDK yang telah saya jatuh cinta itu :)


Itu saja yang berjaya di google dengan kuasa coverage yang menyumbang sebakul sumpah seranah.

Lot of <3
Miza

Wednesday, June 27, 2012

Tuesday, June 26, 2012

Review novel : Rindu Belum Berhenti

Salam..
Selamat menghabiskan bacaan novel ke dua kak Dhiya semalam.
Novel pertama kak Dhiya genre 'thriller-romance'. Sangat berbeza dengan novel-novel lain yang pernah saya baca. Tak de kisah hero yang romantik, jiwang atau heroin yang lembut lidah. Novel ini di sajikan dengan watak hero yang berubah dari dunia gelap kepada lebih baik dan heroin yang menurut kata juga tabah. Sememangnya hero novel ni dambaan wanita. Walau tak jiwang tetapi sangat protektif. Manakala heroinnya yang sangat setia pada cinta pertama walau sudah bertunang.

Terdapat beberapa kesilapan kecil yang saya perasan dalam novel ini. Contohnya nama heroinnya lain. Tak banyak pun. Satu je kot. Mula-mula baca agak pening sebab banyak lokasi bertukar-tukar. Memang kak Dhiya ada letak di mana lokasi semasa adengan itu berlaku tetapi saya yang tak biasa dengan novel genre sebegini agak kepeningan. Confuse jugak samaada itu adengan semasa atau imbasan semula.

Rupanya kalau imbasan memang kak Dhiya letak masa kejadian. Maklumla saya pembaca amatur T__T genre ini. Ampun Kak Dhiya. Permulaan novel, pembacaan saya agak slow. Dah masuk part heroin di culik saya makin tak sabar nak menyelak ke mukasurat seterusnya. Sekarang tengah gigih membaca novel ke3 kak Dhiya.

Sinopsis

Adni jatuh cinta pandang pertama pada jirannya, Izz Karami sejak berusia belasan tahun lagi. Namun cintanya ditolak dan mendapat berita kematian Izz. Akibat kecewa, Adni menerima lamaran adik Izz, Khairi. Mereka bertunang selama 6 tahun tetapi Adni masih berbelah bagi untuk menjadikan Khairi suaminya shinggalah Adni di culik, kebenaran mula terbongkar sedikit demi sedikit. Apatah lagi Adni bakal mewarisi 25 juta (tak ingat nilai sebenar) beberapa hari lagi.
Siapakah yang menculik Adni? Siapa pula yang mahu melihat Adni mati? Siapakah Zack yang tegar membahayakan nyawanya demi menyelamatkan Adni?
Setelah kebenaran terbongkar dan semua yang bersalah di tangkap Adni masih sendiri. Apatah lagi lelaki yang dia cintai menolak cintanya atas kesalahan lalu. Berjayakah adni meyakinkan dia? Adakah dia kembali ke jalan gelap atau bertaubat?

p/s - makin tiada masa nak menjengah blog. Sangat sibuk dengan paper work dan juga memantau kesihatan ayah.

Wednesday, June 20, 2012

wordless wednesday

Thanks nuffnang ^_~


Tuesday, June 19, 2012

Anosmia

Salam..
Dari kemalangan yang berlaku pada saya tahun lepas saya telah mengalami anosmia. Anosmia ialah hilang deria bau secara total. Dengan hilangnya deria bau, saya juga tak dapat merasa makanan. Hampir sebulan selepas kemalangan baru saya sedar saya anosmia. Itu pun setelah jiran tanya apa yang di masak mak, bau sedap sangat? Then terfikir, ''eh, nape aku tak bau apa pun''. Hubby pun test dengan bawa sebiji durian depan saya dan saya langsung tak boleh bau. T____T

Masa appointment dengan doktor neurosurgery saya mention pasal ini dan saya dirujuk kepada ENT (Ear, Nose Throat). First appointment dengan ENT hidung saya di masukkan kamera. Jangan tanya sakit atau tak sebab memang seksa. Mengalir air mata masa prosedur dijalankan. Dari situ dapat detect yang hidung saya senget sebelah. Saya di beri steroid nasal spray dan juga air garam. Kena tembak masuk dalam hidung pakai syringe. Ini bagi merangsang semula deria bau saya.


Penggunaan steroid nasal spray menyebabkan saya di larang untuk pregnant. Risiko keguguran dan kecacatan janin sangat la tinggi. So, makan hati je la tengok dan baca kisah kawan-kawan yang pregnant. Hampir sebulan saya stop guna spray ni sebab nak pregnant T_T

Steroid akan tamat tempoh penggunaannya Oktober ini dan hasilnya dari anosmia saya kini Hiposmia. Hiposmia ialah keadaan seseorang masih boleh menghidu tetapi berdasarkan sumber bau yang kuat seperti durian. Tapi haram tak bau pun durian depan mata. Yang saya leh bau belacan! Sangat la susah nak memasak bila anosmia ni. Tak tau bila yang di tumis tu dah wangi. Lauk dah cukup garam atau tak pun tak tau. Saya agak-agak je. Hubby pun paham kekurangan wife dia ni.

Sekian sahaja bebelan saya untuk hari ini ^_~

Monday, June 18, 2012

Breast Feeding

Salam..
Minggu lepas saya ada menghadiri kursus tentang breast feeding (BF). So nak share ilmu di sini. Saya highlight kan mana yang penting je.

  • Harus mulakan BF A.S.A.P dan diteruskan sehingga bayi berusia 2 tahun.
  • Untuk 6 bulan pertama, bayi hanya di beri susu ibu. Air masak TIDAK DIBENARKAN
  • Makanan pelengkap bayi di mulakan setelah bayi berusia 7 bulan.
  • 1 - 7 August minggu BF sedunia
  • Selepas baby BF one side of breast, another side kena perah dan simpan.
  • Make sure baby hisap di areola not nipple, kalau tak nipple merekah.
  • Penggunaan pump yang speed kuat juga boleh menyebabkan nipple merekah.
  • Sapu susu ibu selepas BF, susu bertindak sebagai moisturizar.
  • Letak hot towel atas breast bagi mengurangkan sakit.
  • Jangan guna sabun, lotion pada nipple dan breast.

Hospital sekarang melancarkan kempen ''Hospital Rakan Bayi'' iaitu ibu yang bersalin hanyalah memberi bayinya susu ibu SAHAJA melainkan kes-kes yang tak dapat di elakkan. Antaranya menggalakkan ''skin to skin'' iaitu sebaik sahaja bayi di lahirkan, bayi diletakkan terus di atas badan ibu. Antara kelebihannya

  • Dapat tenangkan baby dan stabilkan denyutan jantung dan pernafasan baby.
  • Memanaskan baby melalui kehangatan badan ibu.
  • Bantu stabilkan glukos dalam darah.
  • Membolehkan usus bayi di kolonisasikan oleh bakteria normal di badan ibu.
Cara perah susu dan kaedah penyimpanannya. Saya ceritakan secara ringkas sebab info pasal ni dah banyak di internet.

  • Tuam panas breast selama 3-5 minit sebelum perah. Tenangkan fikiran, bayangkan wajah baby supaya hormon oxytoxin lebih banyak produce.
  • Simpan susu dalam bekas yang bersih, tertutup dan dilabel tarikh dan masa di perah.
  • Guna susu yang di perah lebih awal. 
  • Jangan campur dengan susu yang di perah pada tarikh dan waktu yang lain.

Storage

  • Peti sejuk 2 pintu - susu di bahagian freezer tahan 3 bulan
  • Peti sejuk 1 pintu - susu di bahagian freezer tahan 2 minggu
  • Jika di simpan bahagian cooler tahan 1 minggu
  • Suhu bilik tahan 4 jam
  • Bilik yang aircond tahan 8 jam
  • Jika susu yang di bekukan, kuar dari freezer letak bahagian bawah peti sejuk semalaman. Ini boleh di gunakan selama 24 jam.
  • Susu yang telah di panaskan boleh digunakan dalam masa 1 jam dan tak boleh di simpan balik dalam fridge.
  • Jangan panaskan susu menggunakan microwave atau dapur.

Sunday, June 17, 2012

My weekend

Salam..
Bagaimana hujung minggu anda? Setelah 2 bulan ini lah hujung minggu yang saya dapat luangkan masa di rumah malangnya saya demam sejak jumaat. Memang terkulai la. Tidur je kejenya. Hari ni baru lah larat sikit. dah kurang batuknya. Demam pun dah kurang sikit tapi badan still lemah lagi. Selsema memang makin teruk la. Terfikir macam mana nak keje esok? Macam mana nak menghadap patientdengan setiap 15 minit bersin? Memang malas sangat nak MC. Dengan kekurangan staf memang tak sanggup nak biar senior-senior je bekerja. Dah la saya kerap bercuti beberapa minggu ni atas sebab kesihatan ayah saya.

Bercerita hal demam ni, ramai la yg expect saya pregnant. Owh, tak tahu lak saya bila pregnant akan demam?
Mudah-mudahan masin mulut mereka ^_~

Review novel : Ku Damba Bahagia

Ini novel pertama kak Dhiya tapi karya ke dua kak Dhiya yang saya dah baca. Novel ni penuh konflik percintaan hero heroin. apa yang dapat saya simpulkan setiap perhubungan perlukan persefahaman, kepercayaan dan berterus terang. Watak utama dalam novel ni berpisah kerana salah faham. Ape pun novel ni the best. Tak bosan membacanya. Recommended.

Sinopsis

Alia dan Taufik, masing-masing jatuh cinta pandang pertama tetapi hubungan mereka mendapat tentangan ayah Alia di sebabkan perbezaan darjat. Pelbagai helah di gunakan untuk memisahkan mereka tetapi cinta mereka kuat sehingga mereka di satukan. Di sebabkan salah paham mereka terpisah selama 7 tahun. Mereka bertemu semula apabila secara kebetulan Alia bekerja di syarikat milik Taufik. Segala kerumitan antara mereka terlerai dan Taufik inginkan hubungan mereka seperti dulu dan muncul pula pihak ketiga.

Bagaimanakah akhirnya hubungan mereka?



Saturday, June 16, 2012

Fipper

Salam..
Habis tak de idea la ni cerita kasut pun nak masuk dalam blog.. Hahhaaha.. Asal blog berupdate dan tak bersawang sudeh.. Pada yang tak tahu, Fipper ni jenama kasut murahan yang di jual secara berleluasa di uptown dan pasar malam sekitar Penang ni. Walaupun seliper murahan, sangat selesa di pakai dan tahan lama serta tak menyebabkan ku tersungging jatuh di lantai yang licin.. Ngeeee..

Tahun lepas lagi nampak seliper ni di jual di uptown Bandar Perda ni.  Kebetulan memang nak mencari selipar. Bila dah pakai sedap dan selesa la pulak. Terus beli. Tak ingat pun harga nya berapa. Disini ada 3 jenis. Comfort, slim dan classic. Saya pilih yang Comfort sebab lembut je bila pakai. Siap dapat beg lagi bila beli. Dan colourful. Sedap mata memandang ^_~

itu beg yg dpt dan itu bkn kasut sy.
Setelah setahun guna selipar tu maka lunyai sudah. Saya pergi ke mana pun memang belasah pakai selipar je kecuali kalau pakai baju kurung. Mau tak lunyai dan buruk tapi memang berbaloi la selipar tu tahan lebih dari setahun. Weekend lepas ke uptown beli yang baru. Tapi comfort dah tak de. Tinggal slim dengan classic. Rembat Slim.

sangat buruk T_T

Friday, June 15, 2012

perkembangan ayah saya


Salam..
Di entri INI saya ada mention yang ayah saya akan menjalani operatian bypass seperti dalam entry INI. Rabu lepas saya, hubby dan adik saya gerak ke IJN untuk melawat ayah. Perjalanan bermula jam 8.30 pagi dan sampai jam 1 petang. Sempat tengok ayah di ICU yang waktu melawatnya pada waktu tengah hari adalah 12.30 hingga 1.30 petang. Keadaanya sangat lemah, dengan bantuan oksigen dan ubat tahan sakit.

Tengah hari itu baru di benarkan makan. Sedikit je makan bubur sebabnya dia masih risau untuk menelan. Tapi alhamdulillah walaupun sikit dapat menelan. Rancangan awalnya nak pulang terus tengah hari tu tapi hubby ajak pulang malam selepas waktu melawat. Saya ok je.

Malam tu 9.30 malam gerak pulang dan sampai jam 1 pagi. Dan esoknya saya kerja T___T dan adik saya pulak ada appointment untuk kakinya yang kena mesin potong pokok seperti yang saya cerita dalam entry INI. Dan dia perlu buat wound debridement (WD).

WD ni nak ambil kulit dan isi di peha dan tampal tempat yang luka. Luka adik saya agak besar ~ 8cm. Isi di dalam dah bercantum tapi kulit bahagian luar memang tak dapat selamat masa kemalangan tu. Memang perlu WD. Kalau tak memang buruk la jadinya nanti dan akan melambatkan proses penyembuhan keseluruhan. Tambahan pula dia nak kahwin September ni. Dan pembedahan akan di jalankan pada 21hb ini.

Moga kesemua ahli keluarga saya selamat dan sembuh seperti sedia kala.

Thursday, June 14, 2012

Hiasan makanan yang menarik

Sangat sayang nak makan tapi ada ke manusia yang rajin nak menghias camni?
Tapi sangat bagus la untuk mommies bagi menggalakkan anak makan makanan berkhasiat.


Wednesday, June 13, 2012

wordless wednesday

Kan best kalau ada kat Malaysia


Tuesday, June 12, 2012

Hard Rock Hotel & Night Market

Salam..
Malam minggu lepas hubby ajak g Hard Rock Hotel. Kami pergi sekali dengan kawan-kawan hubby. Ini kali ke dua saya ke sini. Masa datang sini pertama kali ada pesta buih yang sangat meriah tapi malam kali ni cuma ada live band je. Layan juga dengar live band ni walaupun yang menyanyi tu bukan la artis yang terkenal. Tapi suara penyanyi tu sangat superb. macam tak padan je dengan usia nya.

Habis je performance live band tu kami gerak balik. Singgah night market kat batu Feringgi tu. Saja je nak berjalan - jalan. Baru 10 minit jalan, angin kuat sangat. Nak hujan, penjual semua dah bungkus barang-barang.

Tak banyak pun gambar yang tangkap malam tu. Gambar kami berdua pun tak de. Gambar saya la yang banyak hubby tangkap ^_~

tak pernah jemu snap pic lampu-lampu ini.
jatuh cinta dengan kerusi ini. So comfortable
suka sgt gbr ni. Rasa mcm artis. Hhaahhaa

Monday, June 11, 2012

Blood group dan rhesus

Salam..
Di entry yang lepas saya ada mention yang ayah saya akan admit di IJN untuk operation bypass. Dari date yang Doktor bagi, kena admit pada 10.6.2012 dan operation akan di jalan kan pada 14.6.2012. Ahad lepas (10.6.2012)  hubby dan adik saya dah hantar mak ayah saya ke IJN. Pagi tadi mak saya call, katanya kena standby darah untuk ayah masa operation nanti. In case bleeding ++ memang ayah perlukan blood transfusion.


Masalahnya, (yang saya baru tahu) ayah saya blood group O-ve. O adalah kumpulan darah dan -ve ialah rhesus darah. Darah O memang la susah nak dapat sebabnya blood group O hanya menerima darah dari group O tapi tak de la mustahil nak dapat. Bila dah rhesus -ve ni memang la sangat susah nak dapat. Majoriti rhesus darah adalah +ve. Kalau someone yang O+ve nak derma kepada O-ve memang tak boleh. Kalau transfuse jugak si penerima boleh meninggal.

Nak paham lebih lanjut, boleh la semak jadual ni. Saya tak pandai nak taip dalam bahasa mudah.

Saya adalah B+ve. Setahu saya, adik lelaki saya yang ketiga memang O-ve. Tapi dia di Johor. Tak kan nak minta dia ke IJN. Then adik lelaki saya yang ke dua datang cek darah dia. In case dia sama group ngan ayah leh la dia je yang stand by. Malangnya darah dia B-ve. Semakin bertambah pening saya.  Abang ayah saya juga O-ve tetapi IJN tak nak terima darah dari nya sebabnya dah umur 60 tahun.

Tinggal adik bongsu saya sahaja yang belum check. Ingatkan nak check la bila dia balik dari sekolah. Then mak call inform yang operation di percepatkan. So esok 12.6.2012 ayah akan operate. Apa status darah yang saya serabut fikir tu. Mak cakap IJN ada stok darah O-ve. In case ayah perlukan darah, IJN akan guna darah tu. Sebaiknya ahli keluarga yang O-ve ke IJN untuk donate blood sebagai ganti. Tapi ye lah darah susah nak jumpa. Bila dah ada pesakit yang group darah camtu, anak-anak mesti mewarisi group darah tu kan. So bekalan darah IJN berganti la.

Maka hari ni baru saya tahu yang family saya ada rhesus -ve. Nasib la saya ni rhesus +ve. Kalau tak mesti masalah masa nak melahirkan anak nanti. T_T

InsyaAllah rabu nanti baru saya akan ke IJN dengan hubby dan adik-adik. Nak pergi esok, hubby kerja. Saya memang tak berani nak drive jauh, Adik pun belum pernah drive jauh. So adik bongsu saya kena ponteng sekolah.

Kepada yang membaca entry ini saya minta supaya mendoakan pembedahan ayah saya berjaya, berjalan lancar dan ayah akan kembali sihat seperti sedia kala. Amin

Sunday, June 10, 2012

Review novel : Jula Juli Bintang Tujuh


Salam..
Saya membeli novel ni atas review pembaca tegar novel di forum.
Malangnya permulaannya agak perlahan. Agak lama masa saya ambil untuk habiskan separuh buku. Hampir 2 minggu. Tiba di pertengahan penceritaan semakin menarik. Apa yang dapat saya rumuskan pembacaan saya agak perlahan kerana novel ini berkisarkan kehidupan di istana. Rasa jauh sangat. Ye la, saya hanyalah rakyat jelata ^_~

Apabila masuk hubungan hero heroin semakin rapat baru lah rancak sikit. Sudah kurang sikit dari penceritaan hal ehwal istana. Mula-mula terfikir jugak apa la kaitan tajuk novel ni dengan jalan cerita? Dah masuk tengah buku baru tau sebabnya.

Sinopsis

Suria, bekerja sebagai dayang di Istana asyik bertembung dengan Ilham, PA Tengku Aris. Malangnya pertemuan mereka selalunya atas hal yang kurang baik. Suria juga dikenali sebagai Yaya juga gagap kalau berada dalam keadaan gugup. Ilham yang di kenali sebagai seorang yang tegas, garang selalu saja tidak berjaya memarahi Yaya. Ilham merasakan satu keistimewaan pada Yaya sehingga menyebabkan dia tertarik kepada gadis itu dan semakin dapat melupakan Orked, teman wanitanya yang terkorban  dalam nahas jalan raya.

Suria kehilangan ibu bapanya dalam kebakaran rumah mereka di Cameron Highland angkara dengki. Sejak dari itu suria sentiasa di buru dan Ilham bertindak sebagai pelindungnya sehinggalah masing-masing meluahkan perasaan. Siapakah yang memburu Suria? Bagaimana akhirnya hubungan Ilham dan Suria setelah setahun tempoh yang Suria minta telah berlalu?

p/s - Ayah saya admit di IJN hari ini untuk oeration bypass on 14th. Moga dipermudahkan segalanya.

Saturday, June 9, 2012

Wedding BIL - final part

Salam..
Adeh.. tah habis-habis lagi cerita pasal wedding BIL. Ini final, the last one.. Tak de dah nak merepek meraban, tepek gambar merata pasal wedding ni.. Ini masa majlis di kampung hubby. Actually tak banyak pun gambar sebabnya kamera dengan hubby dan masing-masing sibuk buat kerja. Tak de la buat kerja sangat pun sebab semua dah upah orang masak. Sibuk melayan keluarga saya yang datang.

Malam sebelum kenduri ada buat khatam Quran si Along iaitu anak sedara hubby yang sulung. Cucu sulung Mat Desa dan Faizah. Juga buat majlis cukur jambul anak BIL yang lahir 2 bulan lepas. Tak de la exactly cukur jambul sebabnya dah cukur pun tapi memandangkan ni pertama kali si baby itu balik ke kampung lepas lahir buat la juga ikut adat. Cuma si ayahnya mendukung anak keliling yang membaca marhaban. Correct me if i'm wrong. Jom tengok gambar.


budak demam yang merap
sy lg cute. sekian!
meja beradab yg BIL hubby deco


 

Then petang tu akibat kebosanan (walaupun banyak periuk belanga nak basuh) ajak hubby g ban pecah sekali angkut BIL dengan wifenya. Ban pecah tempat rekreasi di kampung ni la. Tak de pe pun sebenarnya tapi dah senja leh la tengok matahari terbenam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...