Monday, July 30, 2012

Rindu

Salam..
Saya rindu untuk memasak (padahal dulu sangat menyampah nak masak), mencuba resepi baru, dan makan sepuasnya tapi malangnya sekarang saya tak mampu untuk melakukan semua itu. Apa yang saya boleh buat, pegang laptop dan cari resepi untuk di cuba nanti. Saya harap sangat lepas raya nanti saya sudah mampu untuk melakukan perkara yang saya rindu itu.

Antara yang saya teringin nak masak dan makan. Gambar di ambil dari Google

begedil kentang dan daging
black pepper chicken chop
bihun singapore
ayam masak kicap
daging goreng
spaghetti bolognese
spaghetti olio
mashed potato with gravy
cheesy wedges
megi goreng

Terliur plak tengok gambar makanan ni. Ngeee.. Kebanyakan makanan di atas saya pernah masak. Dan ada yang belum cuba.

Sunday, July 29, 2012

Nil

Salam dan Hi...
Sejak 2, 3 menjak ni kurang entry. Maaf kepada pembaca setia (ada ke :P) dan stalkers sekalian (u know who u r). Banyak masalah yang berlaku kebelakangan ini. Ditambah dengan tahap kesihatan yang kurang memuaskan. Laptop memang tersadai. Alhamdulillah hari ni rasa ok skit. Tapi tak ambil masa lama sebab banyak lagi benda nak di selesaikan.

Walau kesihatan tak berapa ok, Alhamdulillah masih mampu berpuasa. InsyaAllah saya akan kembali update sekiranya semua kembali seperti sediakala. Doakan yang terbaik buat saya :)

Monday, July 23, 2012

Dugaan Ramadhan

Salam Ramadhan..
Short entry.. 
Ramadhan kali ini sangat banyak ujian bagi saya.
Dengan tak seleranya, dengan muntahnya. Belum sampai seminggu lagi T_T


Review novel : Jauh Kau Pergi

Salam..
Hujung minggu yang lalu berjaya habiskan pembacaan novel Kak Dhiya yang ni. Dah bulan puasa, xde pe nak buat, khatam la. Cerita pun makin best. Memang tak sabar nak menyelak muka seterusnya. Pendapat saya novel kali ni memang complicated. Tabik pada kak Dhiya yang mampu olah story macam ni. Memang luas pemikirannya. Apa pun hasil kali ni seperti hasil yang lepas, tidak mengecewakan. Rasanya ini yang terbaik setakat ni.


Sinopsis

Afi tinggal bersama abangnya yang juga kembarnya Nazmi setelah kematian ibu bapa mereka. Nazmi meninggal dunia semasa menjalankan tugas sebagai komando. Sejak dari itu Afi di jaga oleh teman baik abangnya seramai 4 orang. Sehingga Afi terpaksa berkahwin dengan teman abangnya Rif apabila Afi sentiasa di ekori dan hampir di bunuh. Apabila Afi di masukkan di hospital akibat cubaan membunuh dan Rif sedar siapa yang cuba membunuh Afi maka rahsia semakin terbongkar dengan pertemuannya bersama Cooper yang bekerja bersama Tengku Azhar. Cooper di arahkan untuk membunuh Afi kerana maklumat yang mereka percaya ada bersama Afi. Siapakah Cooper? Apakah maksud nota yang Nazmi tinggalkan untuk Afi? Bagaimanakah perasaan Afi apabila mengetahui yang Rif mengahwininya atas tugas dan siapakah Nadia? Apakh kesudahan hubungan mereka berdua? Bagaimana nasib tengku Azhar?

Tuesday, July 17, 2012

Ramadhan bakal tiba

Salam..
InsyaAllah hari sabtu ni umat Islam akan berpuasa. Pertama kali saya dan suami berpuasa sebagai suami isteri walaupun ini tahun ke dua kami berkahwin. Tahun lepas sebulan berpuasa di rumah keluarga saya, Saya baru sebulan kemalangan masa tu. Memang tak menjalankan tugas sebagai isteri pun. Baik bersahur dan berbuka. Tarawikh pun tak dapat. InsyaAllah tahun ini nak tebus balik apa yang tak dapat buat tahun lepas. Nak bersahur, berbuka dan bertarawikh bersama suami.

Banyak yang saya risaukan. Dengan puasanya, kerjanya dari 7.30 pagi sehingga 4.30 petang. Mujur klinik di batalkan sepanjang bulan puasa ni. Selama ni bila puasa saya kerja syif. Dari 7 pagi hingga 2 petang. Banyak la masa rehat di rumah. Tak pun 2 petang hingga 9 malam. Waktu berpuasa semasa kerja pendek sedikit, tak pun kerja malam, 9 malam hingga 7 pagi. Balik kerja banyak tidur dari buat aktiviti. Dan masa itu saya belum berkahwin. Tak payah masak, membeli juadah. Tolong hidang dan bancuh air je.

Moga Allah permudahkan urusan saya buat Ramadhan kali ini. Moga dapat sempurnakan puasa selama sebulan. Sesungguhnya Ramadhan kali ini amat bermakna buat kami suami isteri. InsyaAllah

Monday, July 16, 2012

Parking

Di China, di sediakan parking khas untuk wanita. Siap colour pink lagi tu. Kat Malaysia tak nak buat ke? Tapi kalau buat takut lak perogol, pencuri, penjenayah, tunggu siap-siap di balik tiang. Kena sedia guard lak jaga ~_^

Sunday, July 15, 2012

aktiviti hujung minggu

Salam..
Hujung minggu ini hubby kerja malam. Alhamdulillah saya tak demam, Selalunya hujung minggu je saya demam. Buat la kerja rumah mana yang mampu. Konon nak bangun lambat semalam. Azan subuh je mata dah celik tak nak lelap. Bangun solat dan setel keje rumah.

Mula menyapu, buang sampah, sidai kain baju iron baju, lipat baju, kemas ruang tamu, dapur, basuh pinggan, periuk belanga, top up air dalam peti, Keje tak banyak pun tapi saya ambil masa yang lama sebabnya bila berdiri lebih 15 minit saya rasa nak pitam.  Rest jap. Bila dah ok baru sambung kerja semula.

abaikan mana yang menyakitkan mata T_T

settle lipat sebakul baju sambil menonton TV

Dah keletihan buat kerja mula la malas nak masak. Tapi lapar nak makan. T__T Maka saya buat la hidangan yang simple dan mana yang boleh tekak saya terima. Baru nak google resepi T_T

Saturday, July 14, 2012

Cool Blog


Lately asyik nak menda alah ni je. Kalau boleh nak minum tetiap hari. Tambahan pula kiosk coolblog baru di buka di area perumahan saya ni. Memang balik kerja terus singgah beli. Siap-siap beli 2. Kot habis nnt nak sambung minum malam. Buruk perangai betul.. ngeee...

Flavour favourite chocolate plus pearl. Kalau hubby yang beli dia mintak extra pearl. kiosk di area rumah saya ni harga pun x terlalu mahal. Biasa saya beli di Mall harga mesti lebih RM5. Maybe sebab sini area student. Harga murah + lebih pekat. Tapi ok la, berbaloi dengan harga.

Petang ni nak g beli. Bankrupt suda T_T

Thursday, July 12, 2012

Review novel : Rindu Untuk Dia


Kebelakangan ni sangat lemau nak menghabiskan pembacaan.
Novel ini saja hampir sebulan saya menghabiskannya.
Bukan kerana jalan penceritaan yang bosan dan tak menarik.
Serious novel ni jalan ceritanya menarik tapi virus M dan L menular dengan jayanya.
Seperti biasa novel kak Dhiya penuh suspen dan thriller.
Memang nak tau endingnya bagaimana.
Yang bestnya ada Izz Karami :)


Sinopsis

Amie Najla melarikan diri seminggu sebelum majlis pernikahannya dengan Jad.
Untuk menutup malu, Jad terpaksa bernikah dengan Suraya sebagai ganti tempat Amie.
Selepas 5 tahun Amie dan Jad bertemu semula dan malangnya
Amie kemalangan semasa pertemuan mereka dandia hilang ingatan untuk 5 tahun kebelakang.
Kemudian Amie dapat mengingat semula dan dia mula fobia kepada Jad.
Sejak dari itu Amie sering di timpa kecelakaan.
Dia dipukul, diugut, hampir dilanggar sehingga Jad mengupah bodyguard.
Apakah yang menyebabkan Amie melarikan diri 5 tahun lalu? 
Siapakah yang cuba memburu Amie?
Bagaimana Jad boleh berkahwin dengan Suraya?
Bagaimana kesudahan hubungan Jad dan Amie?

Wednesday, July 11, 2012

Tuesday, July 10, 2012

Majlis Pernikahan Ella

Salam..
Akhirnya ratu rock Malaysia menamatkan zaman bujangnya.
Jom skodeng gambar majlisnya yang saya ambil dr fanpage OP majlis tersebut
iaitu MoM


Majlis Berinai 



Majlis Pernikahan

rasanya Ella lebih cantik kalau sanggul rambut :)


credit photos to Oh Artis


ini dari Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography


Saturday, July 7, 2012

not feeling well

Baru 2 minggu lepas demam, batuk, selsema selama seminggu. 
Dan hujung minggu ni demam lagi.
Hidung memang tersumbat je bila malam. Batuk ++.
Tak bestnya. Ingatkan weekend ni leh la kemas rumah, iron uniform stock seminggu.
Ni leh baring ngadap tv dan laptop je.
Harap Isnin ni dah sihat. Nak pergi keje dengan sihatnya untuk mencucuk orang :)

Thursday, July 5, 2012

Trick Art Museum

Muzium di Korea yang di penuhi lukisan lucu dan pelik. Memang sesuai bagi yang suka mengambil gambar tricky. Teringin gak nak pegi sini. Comel je gambar-gambarnya :)

Kat Malaysia tak nak ke buat macam ni? ^_~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...