Friday, November 30, 2012

Breast Pump

Salam dan Hai (^_^)V

Jom nak update sambungan cerita menyambut kehadiran orang baru lak. Saya tak tau nak mula dari mana sebenarnya. Maaaf andai entry saya nanti kelam kelibut. Huhu. Awal-awal tahu saya preggy saya cari list barang-barang yang perlu di beli. Berbagai sumber saya dapat. Saya edit, tambah, tolak sesuka hati mengikut bajet dan keperluan. Thanks to KINA. Blog Kina memang paling kerap saya rujuk untuk list persiapan barang. Saya download file dari blog Kina. Thanks pada yang reka document.

Breast pump adalah barang pertama yang saya beli untuk menyambut kehadiran baby. Masa tu saya dah 16 weeks. Mungkin ada yang berkata ''awalnya''. Ye, saya mengaku memang awal tapi tengah promotion masa tu. Tak kan nak tunggu saya dah 30++ weeks above baru nak beli dan masa tu saya dah tak dapat harga macam ni. Terus saya ralat dan menyesal tak beli awal-awal. Yaaa, anything can happen, saya redha IF anything happen dan HOPE sangat NOTHING HAPPEN. NON STOP saya berdoa.

Berbalik kepada Breast pump yang saya beli.  Saya beli di Kedai Avent Murah (KAM). Memang dalam banyak-banyak page yang saya survey online dan kedai-kedai saya walk in ini yang TERMURAH saya dapat. Kebetulan masa tu ada offer.



Saya beli Manual Breatpump with Milk Storage Cups seperti gambar di atas. Sebenarnya yang dapat bottle pun ada. Sama harga je dua-dua. Saya pilih ini sebab dapat banyak lagi benda extra. Bagi saya lebih berbaloi beli ini. Ini yang saya dapat.

1 x Manual Breast Pump
2 x Pre-sterilised VIA cups with lids
1 x Newborn Flow Teat
1 x Teat travel pack
2 x Spare parts
1 x Disposable breast pad sample pack
Lepas tengok dan fikir sehabisnya serta berjalan-jalan di blog teman lain maka saya pun nekad nak sambar ni. Jalan-jalan tengok album lain nampak lak promotion ni.

+ lagi RM40 saya dapat cooler bag, storage bottle dan ice pack. Memang niat nak fully BF baby sampai 2 tahun dan saya bekerja. InsyaAllah. Maka, cooler bag sangat penting bagi saya. Lepas bincang dengan hubby (walau dia tak paham pun ape saya cerita), dia bagi green light. Maka selamat sudah sampai benda alah ni 2 hari selepas saya bank in. Service sangat bagus dan pantas.





Kenapa saya beli Manual BP? Sudah tentu Madela Free Style idaman saya seperti orang lain juga. Sebenarnya saya tak tahu production Breast milk saya nanti macam mana. Jalan terbaik saya ambil yang Manual dulu dan Avent adalah saranan orang sekeliling dan review dari blog adalah yang terbaik. Kalau production breast milk saya bagus,InsyaAllah saya akan beli yang elektrik pula bagi menjimatkan lagi masa. Saya tak nak la beli semua yang mahal-mahal, at last satu pun tak pakai. InsyaAllah nanti saya review pasal bottle pulak.

Saya tambah sedikit info. Mungkin berguna untuk yang baru saja mengetahui dirinya hamil. Info ni memang banyak boleh dapat di blog lain. Tapi apa salahnya berkongsi ilmu.. Info mengenai Breast Pump (BP). 

1) BP ada 4 jenis

Manual
Menggunakan kudrat tangan untuk pam. Agak letih, sakit, ambil masa yang lama tetapi harga lebih murah dan boleh digunakan bila-bila masa.

Bateri
Guna bateri yang recharge. Kiranya cas bateri lepas tu leh guna la. Kurang la guna tenaga kita. Kena charge la bateri tu. 

Elektrik
Sambung suis pastu pam. Jimat masa dan tak letih tapi kalau takdak letrik tak boleh pump.

Bateri dan elektrik
Dua-dua leh guna. Kalau nak kuar jalan charge siap-siap, dalam kereta pun leh pam. Ada sumber letrik leh direct cas dan pam. Semestinya harga lebih mahal bila dah canggih.

2) Lepas tu BP ada yang leh pump sebelah je atau di panggil Single pumping. Kiranya, lepas pump sebelah breast, kena tukar pump sebelah lagi lak. Ambil masa lebih la sikit. Yang manual biasanya single pumping. 

single pump

Nak jimat masa beli yang Double Pumping. Dalam satu masa leh pump dua-dua belah breast. Lebih jimat masa dan semestinya harga lebih mahal dari yang single.

double pumping
Antara brand yang popular dan menjadi pilihan ramai seperti di bawah ni. Berbagai range harga ada. Dari mampu milik sehingga terkedip-kedip biji mata melihatnya. Apa pun tepuk dada tanya selera. Tak semestinya yang murah itu tidak bagus dan yang mahal itu perfect. BP yang sesuai dengan orang lain  mungkin tidak sesuai dengan anda. Yang penting rajin la survey dan bertanya.

Medela


Avent

 Spectra
spectra dew 300 electric

spectra 3 electric
dan berbagai lagi jenama yang berada di pasaran.
Selamat membuat pilihan.
(^_^)

Wednesday, November 28, 2012

Monday, November 26, 2012

Boy or Girl

TANDA HAMIL BAYI LELAKI 6/15

• anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
• degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
• anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
perut anda kelihatan bulat sempurna
• bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
• bentuk perut condong ke arah bawah
sukakan makanan yang masam dan masin
suka makan daging dan keju
tapak kaki selalu berasa sejuk
• tangan selalu kekeringan
• suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
• anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
• hidung tampak lebih mekar
selalu sakit kepala

TANDA HAMIL BAYI PEREMPUAN 4/15

mengalami morning sickness di awal kehamilan
• merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
• payudara kiri lebih besar berbanding kanan
• rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
• bentuk perut condong ke arah atas
• perut tampak agak lonjong
• mengidam makanan yang manis
• sukakan buah-buahan
suka minum air atau jus yang bersifat masam
• anda lebih cerewet semasa hamil
mudah moody berbanding sebelumnya
• kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
tidak suka makan roti bersama kulitnya
• payudara kelihatan mengembang
• suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur
 Masa blogwalking jumpa ni. So gatal tangan nak check saya mengandung boy ke girl. Dari 15 tanda-tanda untuk setiap gender tu macam berat pada boy je. Boy 6/15, girl 4/15. Tapi tak banyak pun beza. Tak pe, kita tunggu tahun depan girl ke boy yang kuar.

Sunday, November 25, 2012

Pre wedding KFCM dan Leuniey

kredit photo to The Photolicious
So sweet dan mereka sangat sepadan



Saturday, November 24, 2012

Dating

Salam dan selamat petang.
Lambat plak up entry hari ni.. Huhu.. Biasa la weekend berperang dengan kerja rumah. Sampai terkelepek jadinya. Huhu. Malam ni nak dating ngan Hubby tengok wayang. Lama dah tak pergi menonton. Demi Edward dan Jacob, Hubby rela mengikut kemahuan wifey ni walau dia langsung tak minat menonton twilight. Thanks sayang. Nanti kita g tengok Lagenda Budak Setan 2 lak ye (~_^)

OMG Jacob sungguh handsome! MELTING
p/s - kalau rajin saya review. Macam malas je

Tuesday, November 20, 2012

Aneka Crepe


Salam..
Hujung minggu lepas, saya order crepe dari Kak Su. Selalu tengok je dia post tanya sapa nak order dan berderet la orang tanya dan order bertubi-tubi. Tapi malam tu teringin lak nak order. Selalu yang sold out Durian Crepe tapi tekak saya tak berapa lalu sangat kalau Durian. Malam tu dia buka order untuk Durian, Jagung, Strawberry dan Blueberry. Selain tu ada gak flavour mangga, pisang, kiwi

Saya order Jagung Crepe (JC). Satu pek je order. Takut tak lalu makan lak nanti. Membazir nanti. Hubby memang tak kan makan. Petang tu pergi collect la JC. On the way nak balik rumah saya dah separuh habis saya kunyah. Nasib tengah drive, kalau tak memang semua saya habiskan. 1 pek ada 8 pcs. Itu untuk jagung la. 1 pek RM10.  Memang sedap. Nanti nak order lagi.

Gambar di ambil dari FB Kak SU


Monday, November 19, 2012

Shoping barang baby part 1

Salam..
Last week saya telah berjaya meng'shopping' barang baby uat pertama kalinya. Ngeee. Sebelum ni ada dah beli tapi online. Rasanya sesuai dah shopping barang sekarang. Tawakkal saja. Sementara tengah ada duit. Nak tunggu dekat due baru nak berjalan beli memang tak sanggup la. Dengan kuar duit selambak, pastu comfirm la letih. Ni yang perut tak besar pun dah letih bagai nak rak, nanti-nanti lagi la. Saya beli berdasarkan checklist yang saya kumpul merata-rata dari blogger mommy lain.

Saya beli barang-barang ni di Manjaku, Parit Buntar dan kedai sekitar tu. Rasa habis murah dah ni. Apply Manjaku member card, ada la beberapa barang yang dapat discount. Tak banyak pun beli. Sebab dah aim nak g PISA bulan 12 nanti. Lagipun tak tau gender lagi. Beli yang asas je. Tu pun 3,4 kali tawaf kedai nak compare harga termurah sampai hubby penat.

Yang dibeli pampers, changing mat (large) mitten, booties (2 pcs) dan Disney napkin. 
Gigih amik 8 helai napkin tu walau harga mahal (RM27.90) padahal ada je yang murah harga 10 pcs lagi tapi  napkin printed tu memang idaman. 
Ada satu lagi barang idaman tak de stok dah. Kalau tak sambar gak biar pun harga mahal.

Yang best nya apply member kad dapat free gift. Saya suka barang percuma. Muahahah



Paling saya ralat dan menyesal tak beli nursing pillow. Masa tengah hari tu pergi Billion, tengok nursing pillow RM55. Murah sangat. Yang termurah saya jumpa. Tengok barisan nak bayar punya la panjang. Fikir nanti nak balik baru singgah beli. Bila petang nak gerak balik singgah manjaku. Nursing pillow My dear RM 59.90 untuk member. Lain-lain brand Bumble bee, baby love price RM 79 - 89. Ingat nak ambil yang My dear tapi macam not comfortable je. Corak pun tak de yang cantik. Hubby cakap nanti kita g Billion. Sudah nya lepas borong barang terus je balik Penang. Menyesalnye rasa. Lastnya nak bagi sedap hati. Lain kali balik kampung hubby leh g beli (sekali harga mahal padan muka). Tak pun ambik je yang My dear sebab promo harga tu hingga Disember. Lepas tu fikir lagi nak sedap hati, kot nanti kat PISA dapat yang better. 

ada yang plain je. Butterfly tak de kat Manjaku

Thursday, November 15, 2012

Cashout nuffnang

Salam..
Setelah bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia blogging ni, akhirnya saya berjaya cashout nuffnang saya. Muahahahah.. Macam poyo je ayat. Padahal tak de la banyak mana pun income. Ok la kan, bukan buat kerja susah pun. Up entry je pon. Lama dah nak cash out sebenarnya. Bila dah RM50 dah boleh cashout tapi rasa macam seciput je. Maka saya tunggu sehingga mencecah 3 angka. Alhamdulillah cek sudah sampai di tangan saya. Cuma belum cheque deposit je. Tu kerja hubby. Ngeee.


Sebenarnya ni kali ke dua saya cashout, pertama masa nak raya. Konon dapat duit raya la nanti tapi masalah dalam payee name ke error apa ntah. Sebulan tunggu tak sampai-sampai cek. Hantar tiket ke nuffnang lepas betulkan semua salah kena cashout sekali lagi baru dapat cek. Maka lepas 2 kali casout sampai la cek tu. Makan masa sebulan lebih gak.

InsyaAllah duit yang tu akan di gunakan untuk beli barang baby nanti =)




Wednesday, November 14, 2012

Tuesday, November 13, 2012

Pre wedding Dato' Lee Chong Wei

Gambar di ambil dari LCW official fans club
Gambar semasa wedding dinner juga boleh dilihat di fanpage beliau.
Saya tertarik dengan gambar pre wedding mereka.
So sweet (^_^)

Pre wedding





Kad kahwin



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...