Monday, December 31, 2012

Review novel : Lamaran buat Syifa



Salam dan salam sejahtera.
Novel ni dah berminggu habis baca tapi baru ada masa nak update review di sini. Saya beli novel ni bukan kerana recommend dari sesiapa atau forum, laman web memana tapi rasanya saya beli masa pergi bookfair sebab baca blurb belakang novel dan cover dia cantik. Penulisnya dari Singapore. Banyak la words yang saya tak familiar  dan tak paham. Lepas tu agak childish sikit story nya. Mungkin sebab heroin masih kebudakan.

Sinopsis

Syifa, 18 tahun telah jatuh hati pada Sufyan dan kerap skodeng lelaki itu di facebook tetapi wasiat kakaknya telah merubah kehidupannya apabila dia harus menjaga 2 orang anak kakaknya. Kemudia hadir Syairy melamar Syifa. Syairy adalah sepupu Syifa yang memang telah lama jatuh hati padanya dan menggunakan alasan untuk meringankan beban Syifa menjaga anak buahnya. Syifa menerima lamaran itu dengan syarat hubungan mereka hanya di ketahui oleh ahli keluarga mereka dan bukan temannya di pusat pengajian. Sufyan mula mendekatkan diri dengan Syifa tetapi Syifa hanya melayannya sebagai teman biasa kerana masih tahu tanggungjawabnya sebagai isteri walaupun dia belum jatuh cinta pada Syairy.

Ok, saya malas nak taip dah. Banyak benda jadi dalam novel ni. Konflik mereka suami isteri. Syifa bawa diri ke Malaysia. Syifa hampir di rogol dan banyak lagi. Dapatkan di pasaran.

Friday, December 28, 2012

Mom and Baby Expo

Salam..
Owh, bersawang sudah blog ini.. Ngee.. Entry basi pun baru nak update. Actually banyak benda nak story tapi diri ini sangat malas nak pegang laptop dan taip entry. So, berbalik kepada tajuk. Awal Disember lepas saya heret hubby ke PISA untuk jengah Mom and Baby Expo. Selalu baca je kat blog mommy yang borong barang baby di expo. Kali ni giliran saya pula. Siap-siap survey dan listdown barang yang nak beli dan harga-harga barang yang nak beli. Gigih betul. Sampai sana tengah hari gak lepas makan kenduri. Parking nun jauh hujung alam. Mula-mula jalan-jalan dulu. Lepas tu baru shopping. Memang banyak booth cuma booth yang saya aim banyak yang tak de. Shopping mana yang ada je la. Ya, harga memang banyak yang less compare dengan harga pasaran + setiap barang yang beli dapat free gift. Tak semua la tapi mostly. Ini barang-barang yang saya beli. 

ini barang dalam beg orange tu. Register then g claim beg ni


Barang dari Babylove. Nursing Pillow - RM59
Set 4 Rompers + 4 socks - RM29
Pillow + bolster set - RM28
 
 
Dari booth Pureen Disposable breast pad (78pcs)- RM30
wet tissue 4x100 - RM18
mitten + booties + boonet = RM8
3 pasang baju (harga tak ingat dah)
2 botol head to toe dpt free

pampers 1 bag RM25 free gift pants kot 4 helai

pampers RM15 per bag
depan tu semua gift yang dapat dari booth babylove

set rompers carters RM35 kot. Lupa harga

Mandian herba. Nak beli beli 2 kotak je tapi price sekotak lagi mahal
dari kedai kat umah ni. Tapi kalau beli 6 kotak terus lebih berbaloi
dan dapat extra 2 pack

Itu je barang-barang yang saya beli. Tak guna pun resit untuk cabutan bertuah. Orang sangat ramai. Pening sangat. Ni pun banyak stop duduk jap then jalan balik. Hubby pun demam. Dengan pembelian ni semua hampir 90% barang sudah lengkap. InsyaAllah kalau rajin saya update checklist yang saya guna untuk kelengkapan barang baby ni. Sesi mendobi pula dan packing bag nak ke sepital. T_T

Tuesday, December 25, 2012

Journey 2nd trimester

Minggu ke 13 - 21 - Loya setiap kali berus gigi. Masih belum ada selera makan.

Minggu 22 - 23 - Kurang sikit loya + muntah bila gosok gigi lepas tukar jenama ubt gigi / berus gigi. (kadang-kadang muntah gak) Berjalan je penat. Tambah-tambah kalau naik tangga. Dah la rumah tingkat tiga T_T Cramp kaki setiap malam especially waktu hujan adalah wajib T_T

Minggu 24-28 - Kembali muntah setiap kali gosok gigi dan kumur. Tercungap-cungap, penat dan mengah setiap kali berjalan jauh, naik tangga. Masih cramp kaki. Bermulanya sakit belakang, pinggang. Perlu support di pinggang masa drive, menonton tv dan tidur.

Thursday, December 13, 2012

Shopping Barang baby part 2

Salam..
Nak update barang-barang baby yang di beli.
Memang aim nak cari yang termurah.
Ada yang dapat plg murah, ada yang tak.
Tapi benda dah beli kan.

Di bawah ni barang yang di beli di Jusco dan 
kedai menjual barang harian area rumah.

 Mandian Herba TYT (2x40g) - RM 6.50
Disposable panties (12 pcs) - RM 6.90
Socks (5 pcs) - RM 10
Mitten booties (3 pcs) - RM 1.90 - RM 2.50
Minyak Telon - RM 4.60
Blanket - RM 9.90

Dan ini pula barang-barang yang di borong di Mydin

Kotex Overnigt Wing (prefer pad biasa dari maternity pad) 36 pcs - RM 11.90
Baby towel (2 pcs) - RM 8.90
TYT minyak urut - RM 5.90
Minyak Telon  Baby Mestika - RM 5.00
Baju lengan pendek sepasang - RM 9.90
Baju lengan panjang 2 pasang - RM 18.80

gambar dari GOOGLE
param sariayu. Lupa harga T_T

Monday, December 10, 2012

Review Novel : Duri


Karya FA menarik, tidak mengecawakan dan membosankan.
4 Bintang saya bagi. Novel pun nipis je. Kejap je dapat habiskan.

Sinopsis

Sufi berkahwin dengan Muzaffar untuk menutup malu keluarganya. Adiknya, Nuri ke luar negara seminggu sebelum majlis perkahwinannya. Sufi sudi berkahwin dengan Muzaffar dengan niat untuk membalas dendam ke atas keluarga suaminya di mana ibu mentuanya menghina ibu nya semasa Sufi bercinta dengan adik Muzaffar, Hazim. Sufi tidak di layan sebagai isteri dan menantu di rumah mentua nya kecuali layanan baik oleh ayah mertuanya sahaja. Muzaffar yang masih mencintai Nuri meminta bantuan Sufi untuk menjejaki Nuri di luar negara. Sufi sedia membantu tetapi dengan syarat, dia di benarkan bekerja di syarikat keluarga mentuanya. Dengan kebolehan Sufi dan kepercayaan ayah mentuanya, semua syer ayrikat milik ayah mentua nya menjadi milik Sufi dan ini menambahkan amarah ibu mentuanya yang mengesyaki suaminya mempunyai hubungan dengan Sufi. Keluarga Muzaffar mula ditimpa masalah apabila ayahnya keluar dari rumah dan menceraikan ibunya. Ibunya pula di timpa kecederaan. Hazim pulang ke Malaysia dan cuba menggoda Sufi manakala Sufi meneruskan rancangan untuk menyakitkan hati ibu mentuanya. Kepulangan Nuri telah merubah segalanya. Di saat hubungan Sufi dan Muzaffar mulai jernih, kebenaran kisah Hazim di perantauan, ayah Muzaffar berkahwin lain, nenek Sufi dilanggar. Adakah Sufi di ceraikan mengikut perjanjian mereka suami isteri apabila Nuri pulang?

Sila beli untuk mengetahui kesudahannya.





Sunday, December 9, 2012

Happy Birthday Hubby


Selamat Hari Lahir Sayang.
Thanks sebab selalu ada apabila di perlukan,
Thanks sudi menjadi pendengar setia, luahan perasaan isterimu ini,
Thanks sanggup bangun tengah malam bila isteri cramp kaki,
Thanks sudi buat kerja rumah,
Thanks menjaga isteri yang sakit,
Thanks sanggup susah senang bersama,
Thanks menerimaku seadanya.
Thanks sudi memandu ke mana saja arah tuju yang isteri nak pergi,
Thanks for being a great husband, lover, spouse, friend and shoulder to cry on.

I LOVE U, WE LOVE U
Semoga di panjang kan umur,
di kurniakan kesihatan yang baik,
di murahkan rezeki.

Saturday, December 8, 2012

Scan 2D


Salam..
Ni hasil dari scan 2D beberapa minggu lepas di private klinik.
Memang tujuan ke GP untuk tau gender baby sebab 
KK memang takkan layangender segala bagai ni.
Dapat info pasal klinik dari mulut ke mulut. 
Kata mereka yang pernah dapat service di situ bagus dan murah.
Waktu menunggu lama sebab ramai pesakit.
Memang benar la apa yang di kata tu.
Kebetulan masa saya ke sana tiada pesakit.
Lepas register terus masuk.
Tanya kat kaunter berapa price untuk scan, RM25.
Sangat murah.
Doktor pun sangat soft spoken.
Mesin scan sangat clear kalau nak banding dgn KK
Monitor ada depan doktor dan hujung kaki kita.
Memang Doktor explain everything.
Cuma katanya, dia belum boleh confirm Gender baby sebab kedudukan baby songsang.
Dia minta saya datang lagi 4 minggu.
EDD lambat seminggu dari kiraan awal.
Berat baby just nice.
Di kaunter dapat date untuk next appointment.
Dan bayaran hanya RM20.
Next appointment saya story lagi InsyaAllah.

p/s : weekend ni nak scan 4D (`_`)

Friday, December 7, 2012

Resepsi Ella dan Azhar

Tak banyak photo yang ada.
Ini je yang dapat dan nampak elok sikit.
Pelamin gojes, hubby Ella nampak serabai,
Ella nice.

Credit photo to Mukhriz Latif Photography





Monday, December 3, 2012

5th Antenatal Check up

Salam..
Minggu lepas g KK untuk antenatal checkup yang ke lima. Peneriksaan untuk 24weeks. Patut pergi hari Khamis sebab saya luar kawasan tapi hari tu hubby kerja. Hubby nak pergi jugak teman wife dia walaupun dia tak pernah masuk bilik rawatan tu. Saya call KK mintak postpone ke minggu depan tapi diorang tak bagi. Katanya biar awal dari lambat. Maka saya pilih hari Isnin. Hari yang hubby cuti. Tak de yang penting pun check up kali ni. Tak perlu jumpa Doktor. Jumpa JM je. Hasilnya.

Berat : naik 500 gram (kena bebel manja)
BP : 100/70 mmHg (normal)
Urine - negative protein, negative glucose
Hb - 11 
Fundal height - Normal, sama seperti POG
Fetal heart rate - Normal

Kat lab, perbualan saya dengan staff situ

Saya : Tak check Hb ke?
Staff : Belum cukup sebulan. Tak perlu check.
Saya : Dah 2x tak check ni. TCA lepas pun tak check. Kali ni belum cukup sebulan sebab saya request datang awal.
Staff : Ni ada tulis Hb TCA lepas, 11.7
Saya : Tu saya yang tulis. Saya check sendiri FBC saya, sebab saya pening.
Staff : Result FBC lebih tepat dari check HB hujung jari tu.
Saya : ye, saya tau. Tapi FBC tu bulan lepas punya bukan hari ni. Sekarang nak check ke tak Hb saya?
Staff : Adik, check HB (dia suruh student cek Hb saya)

Saya tahu KK nak cut cost budget segala bagai tapi bukan macam ni caranya. HB sangat penting untuk ibu mengandung. Anemia sangat bahaya. Hinggakan vitamin haematinic yang untuk tambah darah, farmasi tak akan saja-saja bagi kalau tak mention Hb berapa. Kalau staff lab tak cek Hb camna orang awam nak tau Hb dia. Bukan semua pesakit tu cerdik pandai. Mai yang jujur, memang terpedaya camtu je la. Dah klinik kerajaan kenapa perlu nak cut cost kalau memang tujuan penubuhan nak membantu rakyat? Panjang lak saya bebel T_T

Sambung cerita, lepas settle cek semua-semua yang wajib tu, setelah sejam menunggu, masuk la dalam bilik JM. Dia pegang perut, katanya dah rasa kepala baby. Lepas tu bagi nasihat pasal penyusuan dan next appointment kena jumpa doktor nak scan kedudukan uri dan 2nd dose injection ATT. Saja la sembang dengan JM tu, kalau saya scan skrg dah leh tau gender ke. Katanya depend pada kepandaian doktor tapi di government adalah satu KESALAHAN inform kepada ibu jantina anak. Huhuhuhuu...

Sunday, December 2, 2012

Saturday, December 1, 2012

1 Disember 2012


There is no feeling more comforting and consoling than knowing 
you are right next to me
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...