Saturday, March 30, 2013

Breastfeeding journey

Salam..
Rasanya dalam sesi berpantang ni breastfeeding (bf) yang paling mencabar. Memang dah niat untuk bf Anas sehingga umurnya 2 tahun sejak dari pregnant lagi. Saya kan anggota kesihatan, takkan nasihat orang awam je untuk bf tapi diri sendiri tak buat >_<
Saya melakukan persediaan sejak dari preggy lagi dengan membeli breast pump, botol, sterillizer dan warmer. Juga membaca dari pelbagai sumber untuk remind semula apa yang belajar dulu. Alhamdulillah, sebaik sahaja Anas di lahirkan kolostrum keluar dan seterusnya susu. Anas juga boleh menghisap cuma 'latch on' kadang kala tak betul hingga menyebabkan kedua-dua nipple luka pada 2 minggu pertama. Yang teruknya lagi fresh blood menitis-nitis ke baju Anas. Sibuk la saya push hubby pergi beli nipple shield dan nipple cream. Tapi penggunaan kedua-dua nya mengambil masa juga untuk luka tu sembuh. Memang menitis air mata semasa bf. Saya pam susu tetapi masih sakit sebab suction dari pam tu seperti baby suck, sudahnya saya mermet. Alhamdulillah tak sakit tetapi cabaran untuk bagi Anas bottle feeding pula. Setelah cubaan ke dua baru Anas mahu bottle feeding.

Menginjak ke minggu ke4 berpantang bf journey makin baik walaupun adakalanya pernah terniat untuk mencuba fm apabila Anas bf setiap 2 jam dan menjadi makin sukar waktu malam. Biasa la mama Anas ni kalau tak cukup tidur memang bad mood tapi demi Anas ku gagahkan jua dengan bantuan 200% dari hubby. Thank sayang. Moga saya di permudah kan dan di kuat kan semangat untuk meneruskan

Thursday, March 28, 2013

Props Newborn Photoshoot

Assalamualaikum
Saya memang suka photo shoot. Ngeee.. Sekarang Anas lak kena jadi mangsa mama. Hasilnya hubby kena ikut kerenah bini dia ni. Bila dah dapat date untuk czer terus book OP untuk shoot baby. Gigih tak? Gigih sangat sebab masa mengandung 4,5 bulan dah mintak quotation dari beberapa OP. Sudahnya yang mintak quotation tak hire tapi hire yang lain. Huhu.. Dah yang bagi quotation harga melampau. Nak pakej shoot n burn je pun. Bila dah confirm OP, dia suruh sedia props. Memang saya dan hubby asyik google je cari props yang sesuai. Weekend g mall cari barang tapi haram tak beli. Tapi best sebab hubby take part kali ni. Selalu bila inform nak photoshoot dia buaat tak tau je. Kali ni dia excited nak shoot gambar hero dia *_* Ini antara props yang berjaya kami sedia dalam masa yang suntuk.

1. Crochet hat
Saya beli dekat sini. Memang recommend dan affordable. Tempahan siap memang cepat. Dan harga lebih murah dari lain-lain tempat yang saya survey. Masa plan nak buat photoshoot memang saya ada survey blog, fanpage yang jual crochet design burung hantu. Tak tau kenapa tapi berkenan sangat. Nampak comel je baby pakai.
ni yang Anas punya ^_^


2. carpet
tak tau panggil pe. Saya panggil carpet je. Hahaha.. Belasah la. Janji maksud sampai.
Bajet nak buat camni

comfy je nampak

3. Pashmina / shawl
Yang ni ada yang nak bagi pinjam, tapi saya memang nak beli juga untuk kegunaan masa hadapan. Maka ada banyak pilihan colour.

Hajat nak buat camni


4. Raga / bakul
Saya nak yang camni tapi merata cari tak jumpa. Time nak memang selalu tak jumpa kan? Aci tak guna raga buah masa hantaran kawin dulu je?


Itu je props yang kami gunakan. InsyaAllah ada masa nanti saya share gambar-gambar Anas masa photoshoot

Monday, March 25, 2013

Nama anak

Assalamualaikum
Antara perkara yang excited untuk ibu bapa yang menanti kelahiran anak sulung semestinya memilih nama anak. Begitu juga saya dan hubby. Mula-mula saya senyap-senyap je cari tak inform hubby pun sebab masa tu awal sangat lagi. Baru 1st trimester. Awalnya saya decide nak huruf awal nama anak A dan M. A untuk nama hubby Azlan dan  M untuk nama saya Miza. Lepas tu terfikir kenapa bukan S? Nama penuh saya kan mula huruf S. Dan kami sekeluarga semua nama huruf S. Terus tukar nak A dan S sama macam rantai di ENTRY INI.


Masa pilih-pilih nama tak tahu gender anak lagi. Main senarai je nama yang mula dengan huruf A dan S. Dah buat senarai tunjuk kat hubby. Satu pun dia tak berkenan. Cehhh.. Penat mak google cari maksud segala bagai. Hubby kata biar dia je cari nama.

Saya bagi beberapa syarat kat hubby untuk nama anak kami.
  1. Nama depan nak 4 huruf je.
  2. Nama tak leh sama dengan nama saudara mara lain, sepupu, anak sepupu, anak buah dll.
One day tu dia inform dia dah dapat nama anak. Kerja saya cari maksud je. Masa tu tahu dah gender. Then saya join group Nama-nama Indah yang Bermakna dan tanya Kak Nhazz maksud nama tu dan combination nama tu sesuai ke tak. Alhamdulillah katanya sesuai dan OK. Inform hubby dan proceed nama tu untuk anak kami. Mula la kami berdua panggil nama tu masa belum bersalin lagi dan dia pun macam paham je tu nama dia. Behave je bila nasihat urut-urut perut. Tapi kami ada juga spare nama untuk baby gurl. Kot la in case yang kuar girl bukannya boy.

MUHAMMAD ANAS SYAUQI 




Wednesday, March 20, 2013

Pengalaman Bersalin

Salam..
Nak share pengalaman saya bersalin walau dah 2 minggu saya bersalin. Walaupun czer, sekurangnya ada memori untuk di ingat nanti. 

28 Februari 2013 (Khamis)

Saya di arahkan untuk 'check in' ke wad untuk czer keesokkan harinya. Siap-siap dalam kul 10 pagi dah nak gerak ke hospital tetiba dapat call dari hospital. Doktor call tanya kenapa belum sampai. Erk, kena pergi awal ke masuk wad? Sampai je pergi dewan bersalin (LR), daftar masuk wad tapi kena tunggu prosedur di LR dulu. Tukar baju pink, jumpa doktor, di beri penerangan tentang prosedur pembedahan, sign surat kebenaran pembedahan, scan, check denyutan jantung baby, ambil darah, masuk branula  (jarum). 3 petang baru masuk wad, dapat baring atas katil.
4 petang, di panggil oleh Doktor bius untuk sesi temuramah dan sign surat kebenaran bius. Doktor explain komplikasi yang akan jadi dari bius, saya akan di beri bius spinal iaitu bedah separuh badan, dari pinggang ke bawah kebas, atas dari pinggang boleh rasa macam biasa. Dari situ saya giliran yang ke 3 untuk operation esok. Dalam tengah hari mungkin dah boleh czer itu pun kalau tak de kes emergency selit masuk. Kalau ada, kes saya mungkin akan ditunda keesokan harinya.
10 malam di maklumkan oleh nurse untuk berpuasa jam 12 tengah malam nanti. 6 pagi kena siap-siap mandi dan tukar pakaian operation dan di masukkan air (drip). Sebelum ke dewan bedah akan di masukkan tiub kencing (CBD). Malam tu husband siap beli nasi goreng dan saya minum milo tepat jam 12.

1 Mac 2013 (Jumaat)

7 pg - mandi, tukar baju operation dan di masukkan air.

12 tengah hari - di panggil untuk 'skin prep' dan kemasukkan CBD. Saya menjadi mangsa eksperimen student nurse. Memang sakit hati dan sakit ''di situ''. Puncanya cikgunya yang B*;^%$. Malas nak ingat banyak yang nyatanya lepas pada tu saya menanggung sakit ya amat di bawah hinggakan urin saya bertukar menjadi merah. Bila hubby inform nurse, doktor cek, bahagian tu dah luka. Nak tak nak kena tahan sakit juga sebab memang prosedur pembedahan perlu untuk masuk CBD. Hubby menemani saya yang kesakitan. Memang tak dapat sembang dengan dia. 12.30 pm hubby pergi solat jumaat dan saya minta dia bawa hp. Saya yg sakit memang rasa hp sangat menyusahkan.

1 ptg - saya di panggil ke dewan bedah. Tak dapat nak inform hubby T_T

2 ptg - masuk dewan bedah. Saya di bius separuh badan. Memang saya nampak dan dapat rasa segalanya (mata kurang nampak sebab mata rabun). Saya rasa diorang gosok, lap dan paling rasa masa di tekan bahagian atas perut masa nak keluarkan baby.

2.27 ptg - Dengar dah baby nangis. Alhamdulillah. Lepas pada tu prosedur kuarkan uri dan menjahit. Nurse letakkan baby atas dada saya lepas dibersihkan untuk 'skin to skin' (kalau tak silap). Nurse suruh saya sebut gender baby. Belum breastfeeding lagi, operation masih belum selesai. Yang nyatanya saya sangat sejuk walaupun ada warmer hingga BP saya drop dan pitam sekejap.

3.30 ptg - Operation selesai, saya diletakkan di recovery untuk pemerhatian. Nurse letakkan baby atas dada saya untuk breastfeeding. Semua dengan bantuan mereka. Saya masih menggigil kesejukan dengan selimut haba dan bahagian bawah masih kebas. Baby pandai menghisap, kolostrum pun dah keluar. Alhamdulillah.

4 ptg - Saya ditolak ke wad semula. Sepanjang perjalanan pulang ke wad mata saya meliar kiri kanan (walau rabun) cari hubby tapi tak jumpa. Confirm dia tak tahu kat mana dewan bedah czer. Sudahnya masa nak masuk pintu wad saya nampak dia di koridor. Sempat bersiul panggil dia (itu komunikasi kami berdua di khalayak ramai. Dengar bunyi camtu masing-masing paham)

Masuk wad, saya di tukarkan pakaian, diberikan selimut dan diminta berehat kerana kesan bius akan hilang dalam masa 6 jam selepas di bius. Uri di berikan pada hubby. Sejam selepas itu saya dah mula rasa sakit di bahagian perut dan kaki saya mula kebas. Sakit memang sangat - sangat sakit. Saya di tawarkan ubat tahan sakit oleh nurse. Pada mulanya saya dapat tahan lagi sakit. Tapi bila sakit tak tertahan memang saya terpaksa minta tapi umpama tak di cucuk pun. Langsung tak de kesan pada saya. Sakit hingga saya mengalirkan air mata.

Sapa yang datang melawat masa tu memang nampak saya yang menanggung kesakitan. Sebarang soalan memang saya tak jawab. Sudahnya saya pejam mata je. Biar diorang ingat saya tidur. Hingga ke malam sakit tu masih terasa sehingga susah untuk saya bf baby dan perlukan bantuan nurse.

2 Mac 2013 (Sabtu)

Doktor buat lawatan CBD dah boleh di buang dan perlu bergerak (ambulation) hari ni untuk menggalakkan peredaran darah. Tengah hari baru saya cuba untuk bergerak ke tandas. Memang mengambil masa yang banyak dari baring ke duduk kemudian turun dari katil. Berjaya turun dari katil saya mula pening. Saya hanya minum milo dari malam semalam hingga ke tengah hari. Kemudian slowly berjalan ke tandas. Memang membongkok dengan tangan ampu di perut. Sungguh rasa macam nak tanggal perut masa berjalan. 

3 Mac 2013 (Ahad)

Saya dan baby di benarkan pulang.

Itulah serba sedikit pengalaman yang masih saya ingat.

Gambar pertama baby kami sebaik sahaja keluar dari bilik bedah
hadiah dari hubby selepas saya selamat bersalin. Thanks sayang :)


Wednesday, March 6, 2013

Wordless Wednesday

Presenting our new hero ^__^
Muhammad Anas Shauqi Bin Mohd Azlan
Sama tak? 


1/3/13 14:27
Berat  : 2.68kg
Panjang : 51cm
Lilitan kepala : 34cm

Sunday, March 3, 2013

Review Novel - Ruang Rindu

Assalamualaikum.
Novel ini dibeli bukan atas sarana sesiapa tapi saya beli kerana penulisnya. 2 hasil penulisan beliau saya pernah baca dan tidak mengecewakan. Jumpa karyanya yang lain terus rembat tanpa fikir panjang. Mungkin ini antara karya awal penulis jadi banyak kekurangan di sana sini. Bagi saya ok je, asalkan ceritanya logik dalam penceritaannya lain dari yang lain.

Sinopsis

Camelia gadis tomboy di paksa bertunang dengan Halil atas tipu daya keluarganya. Untuk menjaga maruah keluarganya, dia meneruskan pertunangan itu. Tambahan pula Halil anak kepada gurunya semasa sekolah dahulu. Halil, anak emak yang menurut perintah untuk ibunya mencarikan bakal isterinya tetapi dia sebenarnya playboy. Camelia dan Halil tidak pernah sebulu. Namun dalam tidak sedar, Halil senang dengan sifat Camelia walaupun pakaiannya tidak seperti perempuan lain. Hinggalah rahsia Halil yang kaki perempuan di ketahui Camelia dan terus pertunangan mereka diputuskan. Dalam masa yang sama Camelia berjumpa dengan bekas teman lelakinya, Tuan Amir. Mereka berpisah kerana ibu Amir yang tidak menyukai perwatakan Camelia satu ketika dahulu. Adakah ibu Amir menerima Camelia sekarang? Adakah Camelia akan berubah? Adakah jodoh Camelia dan Halil kuat?

Novel ni berjaya habis baca sebelum deliver. Sempat la coret di sini. Harapnya lepas deliver sempat lagi curi masa membaca novel dan review di sini. InsyaAllah

Saturday, March 2, 2013

Journey 3rd trimester

Salam..
Ini scheduled entry. Saya set untuk publish hari ini (2/3/13) 1 hari selepas saya di jangka untuk czer, InsyaAllah jika tiada aral, masalah dan kes kecemasan yang lain AnS junior will born. Doakan moga kami berdua selamat :)

Ini antara yang sempat saya catat apa yang terjadi masa 3rd trimester. Tak larat nak separate by week macam entry yang lain.

  • Sakit belakang, pinggang
  • perut asyik mengeras.
  • Kerap membuang baik air, angin, kecil, besar
  • Sakit di bahagian bawah start 30 weeks. Sakit tu menyukarkan nak tidur, tukar posisi, bangun dari tidur dan berjalan.
  • Sakit di tulang peha yang patah. Memang tak tahan sangat.
  • Selera makan bertambah tapi tak leh makan banyak, rasa sesak nafas.
  • Sakit di rib. Tanya yang experience kata nya badan siap sedia untuk milk production tapi kenapa belah kanan je sakit?
  • Perut lebih besar dengan ketaranya compare dengan trim lepas tapi rata-rata yang jumpa saya assume saya preggy 5 bulan, padahal menghitung hari dah pun
  • Braxton hicks contraction atau false labour berlaku hampir setiap malam selepas 36w. Memang sedia pen kertas catat time contraction. Belum ke hospital so far sebab saya mampu tidur sampai ke pagi. Ngeeeeee. Yang nyatanya kalau saya tidur mengiring perut kurang mengeras tapi kalau terlentang memang asyik keras je. Lenguh ceekkk...
  • Mengah ++ especially bila mendaki tangga ke tingkat 4 umah ni. Harus stop banyak kali ambik nyawa

Friday, March 1, 2013

11th antenatal check up

Assalamualaikum
Check up ke 11 dan terakhir. Hooyeeaaahh.. gedik tak? Next week leh peluk baby dah (ini dalam fikiran masa check up, padahal ni entry basi yang lebih lambat dari masa kejadian).

Sampai klinik lambat. Selalunya 1.30 pm dah sampai. Ni 1.30 pm baru habis meeting. Susah betul jadi orang penting ni. Huaahahaah.. Gila berlagak. Di minggu terakhir bekerja banyak la benda nak kena settle, pass over segala bagai. Ok, kembali pada tajuk entry. Kali ni check up untuk 37w. Hasilnya :-

Urine - negative Albumin dan glucose
Berat - Sama seperti check up lepas
BP : 100/70 mmHg (normal)
Fundal Ht - 37cm (normal)
Fetal heart beat - 138 bpm (normal)

Jumpa nurse tak de isu apa. Sembang biasa-biasa je. Diorang bagi sample pampers NB.first time dapat *_* Kena jumpa doktor untuk scan. Scan semua pun ok. Air ketuban cukup. Berat baby dah 2.8 kg.. Ini yang saya paling risau. Takut baby underweight bila deliver nanti terus kena tahan NICU sampai berat cukup. Dari scan pun estimate je. Komen doktor ''perut awak kecik'' kali ke 787 juta dah saya dengar benda tu T_T

Kemudian balik, sekian +_+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...