Monday, April 29, 2013

Stroller oh stroller

Salam dan selamat sejahtera

Stroller adalah barang baby yang saya plan nak beli lepas confinement. Tapi sekarang saya macam menyesal sebab tak beli awal-awal. Sebab nya masa pantang kami banyak ke klinik dan hospital. Anas ada masalah sikit dan sampai sekarang masih berulang alik ke hospital cuma kekerapan dah kurang. Kalau ada stroller mungkin lebih mudah bagi hubby. (Sebab hubby yang pegang Anas bila kami keluar). Bila dah habis pantang ni mula la nak ke mall beli barang dapur, pampers segala bagai. Susah kot nak shopping kalau takde stroller ni.

Dari preggy lagi saya dan hubby survey stroller dari segi harga, featured, review dan lain-lain lagi lah. Mula-mula plan nak beli SCR. Yang nombor berapa tak decide pun sebab baru survey kan dan review dari BIL cakap SCR bagus dan affordable. Masa tu memang tengok SCR je. Brand lain tak survey pun. Bila dah terdedah pada brand lain mula la rambang mata dan buat list ciri-ciri stroller.

Reversible handle yang boleh facing baby
Recline sampai 170 darjah
Affordable -under bajet kami
Muat masuk boot Swift
Ringan (leh saya angkat, kot nak shopping berdua ngan Anas je nanti ^_^)
Fully padded
Senang nak handle / guna
Senang nak lipat
Tahan lasak
Selamat, stabil dan lain-lain yang sewaktu dengannya
Stylo (colour merah dan 3 tayar) Gedik kan kami? hahahaha

Setelah melompat ke merata website saya sangat berkenan dengan yang di bawah ini


Halford Zuzz


Tapi boleh berangan je la, over budget, berat, kat Penang belum jumpa brand ni. Kena order online. Dah tengok webpage yang leh order online price + shipping RM 1k++. Lari budget, nak beli car seat lagi. Sudahnya kami kembali pada brand awal yang kami idamkan SCR. Dah decide nak ambil SCR 6. Last week kawan saya beli kat Jusco dan ada discount. Price asal RM689 after discount tinggal RM458. Kawan saya beli hari Jumaat, kami pergi hari Ahad, malangnya takde rezeki Anas. First pergi Jusco Queensbay, sold out. Patah balik ke Jusco BM, last unit baru je di beli 30 minit yang lalu. Sungguh kecewa masa tu.

Memang terdesak kot masa tu, saya nak ambil SCR 9 je. Price memang dah lebih bajet. Pastu nampak car seat ada discount. Car seat pun nak ambik tapi duit cukup untuk stroller. Hubby lak cakap tak yah ambil lagi dengan Anas meragam. Maka, stroller mahu pun car seat kami belum beli. Nanti dah beli saya buat entry lain.

Friday, April 26, 2013

Review Novel : Bunga Syurga

Novel di saya mula membaca sebaik sahaja tamat sesi berpantang. Karya penulis ni memang kena dengan jiwa saya. Gaya bahasa yang bersahaja dan tidak terlalu berat. Jalan cerita yang menarik memang buat tidak sabar dan meneruskan pembacaan tetapi dengan kehadiran si kecil memang tak dapat nak habiskan pembacaan dalam masa yang singkat seperti dahulu.

Sinopsis

Riffki kehilangan kekasihnya, Laila semasa kejadian pengeboman di Bali. Selepas kejadian itu dia berubah menjadi keras hati, panas baran, mempermain kan perasaan wanita dan memberontak. Kemudian dia bertemu Hijjaz dan menyangka kan Hijjaz seperti wanita lain yang boleh dia permainkan. Akibat salah sangka, Riffki telah mengambil syarikat tempat Hijjaz bekerja untuk menguruskan galerinya. Riffki sedar perasaan nya berlainan ketika bersama Hijjaz dan Hijjaz mulai jatuh hati pada Riffki walaupun Riffki melayannya dengan kasar. Hijjaz meminjam wang dari Riffki dan sebagai balasannya dia harus mengikut telunjuk Riffki termasuklah menyamar sebagai teman wanita Daniel, abang tiri Riffki yang tidak mahu di jodohkan dengan anak kenalan umi nya. Daniel yang sememangnya mengenali Hijjaz atas urusan perniagaan telah jatuh cinta pandang pertama pada Hijjaz dan melamarnya. Hijjaz dalam dilema antara Riffki dan Daniel tetapi Riffki telah menyatakan hanya Laila di hatinya. Kehadiran Hazmin Iskandar untuk meruntuhkan empayar perniagaan keluarga Daniel dan memecahbelahkan keluarga mereka telah membuka rahsia yang hanya di ketahui oleh ayah Daniel dan Riffki. Apakah rahsia tersebut? Siapakah pilihan Hijjaz? Bagaimana hubungan Daniel dan Riffki selepas Hijjaz membuat keputusan memilih calon suaminya?

Saya beri 4.5/5 bintang untuk novel ni. Pembacaan saya lebih cepat untuk novel ni. Memang menarik ceritanya cuma kena fokus sebab penulis campur adegan semasa dan flash back. Kalau fokus tak de la confuse kan? Dan banyak watak dalam ni. Boleh juga sebabkan confuse. Selamat membaca.

Wednesday, April 24, 2013

Tuesday, April 23, 2013

Pesta Buku 2013

Salam dan selamat sejahtera.

Teringin sangat nak pergi Pesta buku. Dah bertahun-tahun simpan angan-angan nak pergi. Tahun lepas tak pergi sebab pe ntah. hahahhahhaha. Tahun ni? Ntah la. Dah cakap kat hubby. Sementara masih bercuti ni nak la amik kesempatan pergi kan. Hubby cakap kereta lum service lagi dan bla bla bla.... Huhuhuhu. Macam tak dapat pergi juga je. Bila ada anak ni nak berjalan atau kuar memana fikir banyak kali. Dah la belum beli stroller dan car seat. Tak larat kut nak pegang je. Dalam kereta tangan saya lenguh pegang, kat luar tangan hubby lenguh pegang. Sudahnya saya pergi serang Popular atau Hasani je cari novel dalam list.


Monday, April 22, 2013

Review breast pump : Avent manual

Salam dan selamat sejahtera.

Lama dah entry ni dok dalam draft. Yang dalam draft tu tajuk entry je, isi nye belum taip lagi. Tunggu waktu free yang entah bila sebab masa taip tajuk tu masih dalam pantang yang memang tak de masa sangat nak update. Dah habis pantang ni dan dah biasa dengan kehidupan berdua dengan Anas baru lah ada masa nak blogwalking, follow blog dan sambung entry dalam draf. Saya rasa perlu entry review pasal breast pump (BP) ni terutama sekali cara nak menggunakannya. Mungkin akan berguna pada first time mommy macam saya.

Dari pengalaman saya sendiri, first time nak guna BP ni memang fail. Dah la masa tu breast bengkak teruk, nipple cracked dan pengetahuan saya tentang penggunaan BP ni 'zero'. Meleleh air mata masa tu. Husband pun tolong saya guna masa tu tapi memang hasil nya 'zero'. Terus stop dan start google blog mana yang ada review cara guna BP avent manual untuk rujukan. Jumpa beberapa blog dan terima kasih sangat pada blogger yang review cara guna BP, memang sangat membantu.

Seperti yang saya pernah cerita di ENTRI INI, saya beli BP Avent Manual with milk storage cups seperti ini


First time guna saya basuh dan sterelize dulu semua part BP ni, lap kering kemudian pasang balik. Tak banyak pun part BP ni dan mudah je nak pasang semula. Kalau tak tahu nak pasang ada buku manual di sertakan gambar untuk memudahkan. Cara nak guna, ini apa yang saya amalkan.
  1. Position kan silicone (yang muncung depan) kat breast, biar nipple berada tengah-tengah lubang tu. 
  2. Tarik dan lepas handle (pemegang) laju-laju, dalam 4 ke 5 kali. 
  3. Tarik dalam beberapa saat dan lepas. Kalau dah ada susu yang kuar teruskan cara camtu. Kalau susu memancut, tarik sampai susu stop memancut then lepas. Baru tangan tak lenguh. Kalau susu masih tak keluar, mula balik step 2.

Selain dari itu, sekarang saya buat cara ni. Dah ready BP, saya urut breast dari atas ke nipple dan picit sehingga ada susu menitik. Dah ada susu keluar baru saya masukkan silicone seperti step 1 di atas dan terus ke step 3. Step 2 skip sebab bila saya buat step 2 tu nipple saya sakit.

Permulaan saya guna BP ni saya tak tahan sakit pada nipple, pedih sangat dan leceh sangat nak basuh every part setiap 3-4 jam. Sudahnya saya mermet je. Kemudian anak saya buat perangai, letak je nangis. Kena pegang selalu. Camna nak mermet? Saya start guna BP semula dan tanderm. Dan sekarang dah balik rumah sendiri, lepas pam saya letak BP dalam tupperware dan masukkan dalam fridge. Tak perlu basuh. Malam sebelum tidur baru basuh.

Keburukan BP ni pula :-

  1. Bila pam susu macam banyak bazir je. huhuhu. Terperangkap di silicone tu. Banyak lak tu. Bila tarik silicone atau nak betulkan position meleleh je susu kuar.
  2. Leaking bila sengetkan BP. Mula-mula tak tahu yang BP ni tak leh senget, dah tanderm nursing memang susah la nak pegang straight berdiri betul BP ni, tengok-tengok lencun dah kain. Banyak lak tu leaking. Rugi je susu T__T
  3. Kena guna avent bottle atau storage cup je. Lain-lain storage bottle tak muat nak masuk. Buang masa lepas pump kena transfer masuk storage bottle br simpan dalam fridge.
Itu je la keburukan yang saya rasa dari BP ni. Bagi saya berbaloi beli BP Avent Manual, tak sakit nipple dah dan  tak lenguh tangan. Harap entri ini dapat memberi rujukan pada new mommy dan mommy to be lain.

Thursday, April 18, 2013

Life after confinement

Salam..
Hujung minggu lepas tamat sudah sesi berpantang saya dan kami dah pulang ke rumah kami. Saya dan suami belajar menguruskan anak kami tanpa bantuan sesiapa. Isnin lepas bermula lah cabaran saya menguruskan Anas seorang diri. Memang mencabar. Anas tidur paling lama 15 minit. Mana nak sempat saya nak masak, makan, mandi, pam susu dan lain-lain lagi. Sudahnya saya mandi laju-laju daan masih dengar Anas menangis masa mandi. Tambahan pula rumah kami memang sangat semak dengan barang dan habuk di mana-mana. Ingatkan nak la mengemas sementara tidur tapi... Anas hanya tidur lama bila saya baring sebelah. Saya berginjak je sikit mula la dia menguekkkk (ada ke word ni?) Dah tu camna nak buat kerja rumah?

Antara penyelesaian yang kami suami isteri buat untuk elakkan masalah adalah :
  • Saya masak, mengemas segala bagai masa malam dan hubby jaga Anas. 
  • Hubby beli buai untuk Anas memandangkan Anas tidur kat katil sekejap sangat. Dengan buai ni Anas tidur dalam sejam ke dua jam je. Tapi ok la, sempat saya selesai banyak kerja rumah dan boleh update blog ~___~ Banyak perpektif pasal bagi anak tidur buai ni dan saya antara yang pandang negatif hal ni tapi bila dah hadap masalah ni sendiri baru saya tau perlu atau tak buai. Saya tak nak komen panjang lebar isu ni. 
  • Saya mermet. Dapat la sikit hasil dari biar breast bengkak.
Misi saya lepas berpantang dan dah balik rumah sendiri adalah nak mula buat stok EBM walau fridge ku hanya 1 pintu yang freezer EBM tahan 2 minggu je. Nak praktis pam ikut schedule so that insyaAllah production maintain, train Anas biasakan bottle feeding waktu siang. Alhamdulillah untuk sesi kumpul EBM ni nampaknya kurang masalah. Masalah nak pam ikut schedule. Sudahnya saya banyak mermet dan waktu memang tunggang langgang. Malam yang patut bangun 3 kali jadi sekali je bangun.

Sekarang ni baru seminggu saya habis berpantang dan menjalani kehidupan bertiga kami dan ini adalah antara cabarannya sebagai ibu bapa baru. Mungkin tak seberapa bagi orang lain tapi besar impak nya pada kami berdua. Ye lah, 2 tahun hidup berdua, tetiba jadi bertiga. Memang dah prepare mental sebelum ni tapi bila sendiri hadapinya lain dengan yang di bayangkan.

Moga saya lebih banyak masa nak update blog ^__^

Saturday, April 13, 2013

Review novel : Street Vendetta

Assalamualaikum

Novel yang mengambil masa yang lama untuk di habiskan. Saya memulakan pembacaan ketika admit hospital untuk czer.  Bila dah bersalin memang tak sempat la nak meneruskan pembacaan. Sehingga habis pembacaan novel ni saya masih tak tahu kenapa tajuk novel ni street vendetta. Saya memang tak tahu maksud street vendetta dan apa kaitannya dengan jalan penceritaan novel ni. Kena tanya kak nita ni.

Sinopsis

Anabella gadis yang berasal dari kampung tetapi berubah bila bekerja di KL. Menyamar sebagai anak orang kaya dan menjalani hidup yang mewah hingga terikat dengan hutang dan membawa kepada pertemuannya dengan Kojie yang di tugaskan untuk menarik kereta Anabella. Kojie yang lurus menjadi mangsa tipu helah Anabella hingga membawa mereka ke Cherating untuk Anabella bertemu dengan Iqbal, lelaki yang telah lama di cintainya tetapi merancang untuk bertunang dengan Mira. Namun majlis pertunangan Mira dan Iqbal di batalkan setelah rahsia zaman persekolahan mereka terbongkar dan Iqbal melarikan Bella untuk tujuan keselamatan Bella dari Mira dan Kojie ditinggalkan. 5 bulan berlalu, Bella bekerja semula di syarikat lama setelah perselisihan paham antara mereka selesai dan dia ditukarkan ke cawangan lain. Di situ dia bertemu Fakruzi yang seiras Kojie. Mulanya Bella menyangka Fakruzi adalah Kojie tetapi setelah di siasat mereka adalah kembar dan Kojie telah meninggal semasa kemalangan. Dan Bella mula menyedari yang dia telah menyukai Kojie sejak di Cherating lagi.

Takat tu je? Tak la.. Banyak lagi plot menarik tapi takkan nak cerita semua di sini kan? Novel ni dah lama di pasaran. Seingat saya dalam 2009 kot. Pernah nampak kawan beli dan baca tapi tak terasa nak baca pun sebab tajuk cam pelik dan cover tak menarik. Saya kan suka 'judge a book by its cover'. Kemudian lepas mengenali penulis novel ni terus order semua karya penulis yang saya lum ada. Konon nak baca masa sesi berpantang. Nan hado! satu novel je berjaya khatam masa confinement.

Kesimpulannya 'Don't judge a book by its cover'

p/s : Hari ni last day pantang :-P

Friday, April 12, 2013

Apa yang perlu ketika berpantang?

Kain batik sedia banyak helai. Masa pantang ni sehari tukar 2,3 kali kain anak kencing la, pad bocor.

Nursing bra wajib ada untuk keselesaan semasa bf. Dalam 5 helai dan lebih especially yang suka bf sambil baring.

Disposable panties penting masa minggu pertama berpantang sebab darah nifas banyak

Niple cream perlu untuk first time mommy. Baby belum pandai bf dan mommy belum ada experience bf.

Disposable breast pad untuk lapik masa susu menitik-nitik bila breast engorge tak pun masa bf one side.

Breast pump untuk pam susu yang melimpah ruah dan elak dari demam akibat dari breast engorge. Kalau tak mampu belajar teknik mermet siap-siap.

Toilet duduk sangat penting baik bersalin normal atau czer.

Pelawas supaya tak sembelit. Saya pilih twister :)

Sebotol besar air masak ikut la nak jenis mana letak tepi katil. Waktu berantang sangat dahaga.

Stokin panjang tebal beberapa helai.

Sweater, cardigan untuk memanaskan badan yang memang sedia  berpeluh.

Suami yang memahami dan ringan tulang


itu sahaja yang saya ingat buat masa sekarang. Taip cepat-cepat Anas buat perangai

Tuesday, April 9, 2013

Menu Berpantang

Salam..
 
Sedikit coretan tentang menu berpantang untuk rujukan saya di masa depan dan mungkin juga boleh membantu pembaca lain yang memerlukan info (walaupun apa yang saya dapat hasil carian google). Untungnya saya yang memang sedia tahu akan czer, maka sempat la mencari ilmu, info tentang czer walau menu untung berpantang czer takde beza pun dengan bersalin biasa.

Hari pertama selepas czer saya masih di hospital, akibat kelaparan jamah la apa yang hospital hidang. Seingat saya hidangan waktu itu ayam masak pedas, kangkung tumis, sup bayam dan buah tembikai. Saya hanya jamah nasi dengan secubit ayam. Waktu pantang nafsu makan saya membuak-buak. Lapar sangat-sangat. Nasi memang 3x ganda dari sebelum mengandung. Risau berat naik T_____T

Ni antara yang saya makan ketika 2 minggu pertama berpantang.

ikan haruan
ikan yu
ikan siakap
ikan bawal putih
sayur bayam
sayur sawi
ubi kentang
carrot
daging
ayam kampung

Itu je la yang mak masak hari-hari selama 2 minggu cuma tukar cara masak je. Sup, masak asam, goreng. Mak letak banyak halia, bawang putih. Lada hitam belum letak sebab masa tu Anas jaundis.

Minggu berikutnya saya dah mula makan ayam. Mula makan sikit je dulu. Tak de gatal dan Anas pun ok maka terus la makan hari-hari. Ayam adalah favourite saya nak bandingkan dengan ikan yang memang saya tak berapa gemar. Hari-hari sup ayam pun tak de masalah. Masa berpantang rumah FIL. MIL buatkan lada hitam + bawang putih + air asam jawa. Gaul-gaul makan dengan nasi panas-panas. Memang sedap. Rasa macam makan nasi dengan sambal belacan ^_~ Lepas tu balik rumah suruh mak buat camtu gak.

Buah-buahan jangan lupa. Bagus untuk elak sembelit dan penyembuhan luka tapi saya ni memang dari anak dara bukan lah penggemar buah. Maka saya minum air twister je. Memang tak sembelit cirit terus 

Amalan pantang larang masa berpantang yang maka saya suruh amalkan :-
Nasi jangan bertambah. Lapar camna pun jangan tambah. Lepas sejam repeat makan lain T__T
Nasi yang di makan kena panas-panas, kira yang baru lepas masak tu.
Makan kena minum air suam. Lagi panas lagi bagus T_T
Makan jangan lewat. Makan tengah hari jam 12, malam jam 6. Tapi tak ikut pun, tak sempat.

Sarapan dan minum petang saya milo panas, horlick, nescafe dan coco crunch. Biskut kadang-kadang kalau lapar gak. Masuk 30 hari berpantang saya dah makan bubur ayam mcD, spagheti bolognese dan nasi ayam. Alhamdulillah, Anas tak de kembung perut atau cirit.

Saya banyak rujuk SINI untuk tahu mana boleh dan tak untuk di makan.

Monday, April 8, 2013

Sesi berpantang

Salam dan selamat sejahtera

Nak share pengalaman berpantang saya walau rasanya tak de beza pun macam orang lain. Untungnya saya dah tahu terlebih dahulu untuk di bedah. Sempat la google info tentang pantang czer walau tak banyak beza dengan bersalin normal.

Pilis
Saya sapu Pilis Sari Ayu di leher dan kepala. Memang sedap rasa berangin je. Tujuan untuk hilangkan sakit kepala. Dari bacaan saya kena pakai lepas pagi. Saya pakai je bila nak.

Param
Tak sempat beli. Tapi mak ada beli 'bedak angin'. Fungsi sama macam param. Sapu seluruh badan dan jadi macam bedak sejuk dah. Saya guna tak sampai 5 kali sebab bila kering habis jatuh atas Anas serdak-serdak bedak tu.

Urut
Saya berurut setelah sebulan delivered. Mula urut di rumah FIL. Sekali je sebab nya tukang urut yang mak saya cari minta untuk urut lepas 3 minggu pantang. Lepas urut di rumah FIL, esoknya sambung urut di rumah mak saya pula. Memang beza dua urutan tu. Yang di rumah FIL, nenek yang urut, lemah lembut dan sopan je urutannya. Bayaran lebih murah. Dia minta saya lengkapkan 3 kali urutan. MIL suruh urut lagi bila balik ke kampung. Yang urut di rumah family saya masih muda. Dalam 40an. Kudrat kuat, memang berasa urutan dia. Sangat sedap. Bayaran lebih mahal dari kampung tapi tak banyak beza pun. Saya rasa bayaran tu berbaloi dengan servis yang saya terima. Pagi urut petang tangan kaki saya dah lebam.Mak kata kalau lebam maksudnya angin dah keluar.

Bengkung / Lulur
Belum pakai sehingga sekarang.

Tungku
Sudah mula sejak pulang dari hospital. Saya guna yang moden. Bagus untuk legakan lenguh-lenguk dan kurangkan bengkak susu. 2 minggu pertama berpantang sangat menguji kesabaran. Tungku banyak membantu hilangkan segala sakit badan sementara nak tunggu sesi mengurut. Saya tak tungku area perut pada mulanya sebab banyak versi gatwa orang tua yang saya dengar. Sudahnya ukuran rahim saya tak menurun dan JM yang melawat rumah galakkan saya untuk tungku kawasan perut untuk kecutkan rahim. Selepas saya tungku kawasan perut darah nifas keluar ketul-ketul, kencing lebih kerap dan ukuran rahim makin menurun. Ukuran rahim menurun menunjukkan rahim sudah mengecut.
Mandi Herba
Saya mandi herba dari hari pertama pulang ke rumah sehingga sekarang. Rasa segar je badan. Saya guna yang ready made dan daun-daun yang mak saya cari. 

Jamu
Saya makan pytonatal hari ke5 berpantang sebab belum membuang. Makan pagi, petang membuang. Tapi saya ni bukan lah disiplin sangat. Dalam seminggu 3 kali je makan. Teh herbanika pun sama, bila teringat je minum. Saya ada beli manjakani tapi belum guna lagi.

Cucian Peribadi
Saya beli yang ready made berasaskan sireh. Sebelum bersalin lagi dah guna dan teruskan semasa bersalin.

Jagaan luka
Luka czer saya di gam. Masa mandi memang mandi terus je. Biar luka tu kena air. Lepas mandi lap kering. Sentiasa periksa luka sebab akan basah bila berpeluh.

Dan antara pantang larang lain yang di amalkan atas arahan mak (mana yang ingat)

  • Pakai stokin paras betis dan tebal setiap waktu kecuali masa mandi dan ke tandas. Selipar pun kena pakai masa berjalan dalam rumah.
  • Rambut kena ikat setinggi dan seketat yang boleh
  • Jaga ibu jari, jangan bagi terantuk / tersepak.
  • Pakai baju tangan panjang / sweater dalam rumah (awal-awal je buat, lepas tu tak dah. Suhu kat penang 39  C̊) 
  • Tidur kaki kena rapat
  • Makan nasi tak leh bertambah
  • Sentiasa minum air suam
p/s - menghitung hari nak habis sesi berpantang ^_^

Friday, April 5, 2013

Check up Anas Syauqi 1 bulan

Salam dan selamat sejahtera

1/4/13 Anas dah cukup sebulan, hari ni 2/4/13 kena bawa ke klinik untuk check up, cucuk dan check up mama nya jugak. Appointment 8 pagi. Dekat 9 pagi baru sampai >_< Saya bawa anas check up di KK area umah mak. Dah berpantang di sini kan. Tapi honestly sistem di KK ni sangat tidak teratur, memeningkan dan memenatkan pesakit. Dah la czer, jalan kena pegang perut, pegang Anas, pastu kena ke sana sini yang jaraknya agak jauh. Nasib la pergi dengan hubby. Kalau sorang memang pitam di situ. Ini yang pertama dan terakhir saya bawa Anas check up di sini. Lepas ni nak check up di KK masa saya pregnant.

Sampai sana letak buku dalam bakul. 20 minit nama di panggil itu pun untuk tanya kenapa datang check up situ dan bukan di KK lain bla bla bla. Lepas 5 minit baru Anas di panggil untuk ukur panjang, lilitan kepala dan berat. Ini keputusannya
Panjang : 53cm
Lilitan kepala : 35cm
Berat : 3.3kg
BMI : 11.7
Lepas tu masuk bilik terus jumpa JM dan jawab soalan. Just tanya pasal berak kencing Anas dan BF atau tak. Kemudian JM inform yang berat tak cantik. Atas pagar je. Saya macam erkk!! At least ada peningkatan melebihi 500 gram. Tak tengok ke saiz mak bapak budak ni yang nak naik banyak-banyak pehal? Masa lahir pun bukan berat 3kg?

Kemudian saya di suruh baring untuk periksa luka czer. Dari minggu lepas luka czer saya ada keluar air dan saya cuci setiap hari. Saya tak ke klinik atau hospital sebab tak sakit, bengkak dan merah (tanda-tanda infection). Tapi tadi saya mention apa yang jadi dan JM tu tekan luka dan keluar sedikit air bisa. Mereka akan merujuk saya ke Doktor.

Anas di periksa pula, JM kata masih kuning. Dia tekan-tekan sekeliling kulit Anas dan rujuk Anas pada doktor juga. Saya di minta untuk tunggu untuk pengambilan darah pula. Hampir 15 minit menunggu sehingga saya sempat BF Anas. Selepas darah di ambil kena hantar sendiri ke makmal yang jaraknya agak jauh dan perlu sampel urin  juga. Selepas dapat keputusan darah dan urin kami gerak semula ke klinik tadi dan masuk semula jumpa JM. Tiada komunikasi dengan JM dan di arah untuk tunggu jumpa doktor. Oh ya, buku saya dan Anas kena hantar sendiri ke bilik doktor.

keputusan saya
Hb : 11.5
urin alb / glucose : negative

5 minit kemudian nama di panggil masuk ke bilik doktor. Yang bagusnya baby di beri keutamaan untuk berjumpa doktor walau ada 10 orang lagi di depan saya. Doktor periksa luka czer saya dan katanya itu normal sebab situ tempat simpulan jahitan czer. Take time to heal. Anas tiada kuning dan boleh di cucuk, tiada demam. Lupa nak mention yang malam sebelumnya Anas demam, selsema dan batuk. Dan terus ke bilik injection dan Anas di cucuk. Mula-mula je nangis, lepas peluk senyap. Good Boy. Kemudian gerak balik dan dah 11.45 pagi. Kami laki bini lapar tak hingat T____T

Thursday, April 4, 2013

Jaundice

Assalamualaikum dan hai pembaca :)

Semua baby yan baru di lahirkan tak lari dari kena jaundice atau lebih di kenali sebagai kuning. Begitu juga Anas. Hari ke 3 Anas sudah ada tanda-tanda jaundice dan kena ke klinik keesokan hari nya. Hari ke 4 saya dan hubby bawa Anas ke klinik. Bacaan 174 umol/L (10.2 mg/dL). Dinasihatkan untuk teruskan BF dan datang semula untuk cek pada hari ke 7.

Hari ke 7, bacaan 178 umol/L (10.4 mg/dL). Meningkat sedikit dari bacaan yang lepas tapi menurut doktor bacaan macam tu tak perlu bimbang. Jaundis lebih mudah berkurangan. Dinasihatkan untuk teruskan BF dan cek semula pada hari ke 11.

Hari ke 11, bacaan 169 umol/L (9.9 mg/dL). Sudah menurun, teruskan penyusuan dan kembali semula hari ke 14.

Hari ke 14, bacaan 159 umol/L (9.3 mg/dL) dan tak perlu datang dah. Anas sudah bebas dari jaundis. Hoyeaah.. Tak perlu ke klinik dah.

Alhamdulillah kuning Anas bukanlah bacaan yang tinggi dan saya bukan berdarah O. Tetamu yang datang melawat Anas memberi banyak nasihat untuk mengurang dan menghilangkan kuning. Antaranya bagi Anas minum susu kambing, air tebu hitam, anggur hijau, jemur bawah cahaya matahari, beli ubat titik dan berbagai petua lagi. Tapi satu pun saya tak ikut, Saya hanya senyum apabila mereka beri nasihat di atas.

Mengikut pembelajaran saya ubat untuk kuning hanyalah BF dan phototeraphy kalau peringkat teruk. Perut baby terlalu kecil dan belum matang untuk menampung semua bahan di atas. Sudahnya saya minta untuk saya saja yang makan dan minum benda-benda tersebut dan khasiatnya akan di salurkan pada Anas melalui BF. Begitu juga dengan berjemur di bawah cahaya matahari. Cahaya matahari mengandungi sinaran radioaktif yang tidak bagus untuk manusia walaupun di awal pagi.

Tetapi berada dalam lingkungan orang-orang lama yang terlebih dahulu makan garam memang susah untuk berdebat dari segi perubatan moden dan tradisional. Dari bermasam muka dan tidak bertegur sapa sebaiknya diam sahaja.

Wednesday, April 3, 2013

Tuesday, April 2, 2013

Anas Syauqi Newborn Photoshoot

Assalamualaikum..
Merujuk kepada ENTRY INI saya hire Saupix Ahmad Photography untuk shoot. Photoshoot di jalankan setelah tali pusat Anas luruh dan sebelum cukur rambut. Sesi pengambaran sungguh mencabar sebab Anas buat perangai. Sudahnya mama dengan ayah yang keletihan sampai mama demam menggigil sebaik sahaja photoshoot selesai. Itu pun mintak OP stop sebab Anas memang tak nampak akan bagi kerjasama. Ini beberapa gambar hasil dari photoshoot.





Monday, April 1, 2013

1 month

1 month already
esok kita pi cucuk sebulan naa..

Happy birthday to my mom also.
Birthday yang ke-48
Moga panjang umur, sihat selalu dan bahagia sentiasa.
Tahun 2013 ni dapat 2 cucu :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...