Friday, May 31, 2013

Breastfeeding Journey : Medela Freestyle

Salam
Saya dah ada breast pump Avent Manual seperti yang saya cerita di entry INI dan INI. Tapi ntah nape gatal nak beli yang lain padahal ok je yang avent tu. >_< Alasan sebenarnya sebab dah nak start keje. Tak nak la ambil masa yang lama untuk pump. Sekarang dekat rumah pump dalam 30 minit setiap 3 jam. Nanti dah kerja tak kan setiap 3 jam hilang 30-45 minit kan? Pump je 30 minit, nak simpan-simpan, betulkan uniform, simpan susu dalam fridge, label dalam 45 minit. Tu belum kalau tengah pump ada gangguan, nak pump di surau yang digunakan bersama 3 unit, lelaki dan perempuan. Tak semua solat waktu rehat, yang lelaki solat dalam kul 3 camtu. Maka, dengan alasan-alasan di atas saya haruslah membeli BP lain yang lebih menjimatkan masa iaitu double pump dan elektrik yang boleh guna bateri atau rechargeable.

Cakap kat hubby dan dia pun setuju dan memahami masalah saya tu. Nasib hubby kerja sama bidang. Hubby ajak pergi survey kedai menjual barang baby area berhampiran. Target nak beli Medela Swing Maxi. Malam sebelum tu saya dah survey price online. sekarang survey nak tengok perbezaan harga. Harga online range RM 1199 - RM 1807 dengan warranty yang berbeza. Ada yang local warranty, dan ada yang tak cover warranty. Total kami pergi 4 kedai. Kedai pertama dapat price RM 1420, kedai yang ke 2 dan 3 RM 1499 dan yang ke empat dapat RM1200. Semua kedai tu local warranty. Medela from switzerland.

Masa di kedai yang ke 4 tu, saya saja tanya price Freestyle. Mana tahu dapat diskaun kan sebab pernah beli stroller dan harga swing maxi paling murah dapat. Harga dekat kotak RM1890. Sekali dia kira-kira price tinggal RM 1600 + 1 box Medela disposable breast pad + 1 Medela niple cream. Balik rumah discuss ngan hubby, tanya kawan, cousin samaada nak amik swing maxi atau freestyle? Dua-dua ada baik buruk. Swing maxi lbh murah, niat saya nak double pump, letrik untuk jimatkan masa manakala fs lebih mahal tapi lebih mudah. Kat rumah boleh pump sambil buat kerja lain. Beza harga RM 400. Banyak tu. Tapi macam susah je nak dapat harga ni dengan local warranty. Online memang la ada yang harga lebih murah tapi tiada warranty, ada juga yang ada warranty tapi benda harga dekat 2k macam tak berani nak beli online.

Seminggu lepas tu kami ke kedai tu semula dan nekad beli Freestyle. Pejam mata je bayar. Hahahaha. Moga dapat Breastfeeding Anas hinggan umur Anas 2 tahun. Next time (kalau rajin) saya buat review FS.

FS bersama free gift :)

UPDATE!

Ramai sangat mintak saya email kedai yang saya beli FS. Maaf saya jarang guna laptop sekarang. Kalau nak saya reply dengan cepat, email saya dahulu di wanexado86@yahoo.com atau PM saya di sini https://www.facebook.com/MizaSasakiDotBlogspot 
InsyaAllah leih cepat saya respon. Maaf pada sesiapa yang saya tak dapat email.

Thursday, May 30, 2013

Review novel : Alamak! Lagi-lagi dia


Novel dari kak Nita yang di tunggu-tunggu sebaba saya dah baca sikit kat website mana ntah untuk novel-novel, cerpen tu (ampun tak ingat) memang best dan nak tahu kesudahan kisah Cika. Dapat tau yang novel ni dah ada kat pasaran terus g cari dan skip baca novel lain yang tengah tunggu turn. Kesimpulannya memang best, tak rugi beli dan pulun baca nak tau ending. Saya bagi 4.5 bintang

Sinopsis

Cika, 28 tahun, masih single, selalu kena pergi blind date yang umi dia aturkan dan setiap kali tu juga dia akan gunakan pelbagai cara untuk rosakkan pertemuan kerana trauma dengan lelaki akibat di buli waktu zaman persekolah oleh Idham. Dan semua blind date dia di restoran Jumbo Jeep. Pertemuan pertama dengan Nadim semasa mengikut abangnya memancing akibat tersilap masuk khemah dan beberapa pertemuan tidak sengaja antara mereka. Nadim di gelat mat poyo oleh Cika dan Cika digelar gadis kerek. Umi Cika mahu menjodohkannya dengan Idham yang kebetulannya anak rakan baiknya tetapi Cika masih tidak dapat melupakan perbuatan Idham padanya di sekolah dahulu dan pertemuan berulang kali dengan Nadim membuatkan Cika jatuh hati padanya tapi Cika masih menafikannya. Nadim yang belum lupakan cinta pertamanya yang musnah akibat perbuatan ayahnya sendiri mula menyedari hatinya tertarik pada Cika dan melamarnya. Idham yang sememangnya cintakan Cika sejak tamat zaman persekolahan bersaing dengan Nadim untuk merebut hati Cika. Siapaka pilihan Cika? Nadim pianist di Jumbo Jeep atau Idham lelaki yang di sukainya di bangku sekolah kemudian membulinya dan menggelarkannya The Loser?

Banyak lagi adengan menarik dalam novel ni. Adengan dalam cruise, keletah abang Cika, bestfriend Cika dan keluarga Nadim. Tak lupa juga tunang Nadim. Nadim dah bertunang sebenarnya. Banyak sangat babak tak tertaip. Tapi seriously memamang best dan tak rugi beli.

Mula bekerja

Setelah 90 hari cuti bersalin + 4 cuti rehat
saya kembali bekerja hari ini.
Moga semuanya baik-baik saja.

Tuesday, May 28, 2013

Baby & Kidz Fair

Jumaat lepas sempat ajak hubby pergi. Sejak jadi mak ni pantang tengok ada benda camni mula la sibuk nak pegi. Tapi ni hubby yang inform, dia nampak billboard kat pulau. Saya pun search FB, jumpa dan review brand company mana yang join. tak berapa popular sangat tapi kat Penang ni jarang nak ada Baby fair, expo camni, pergi la jugak.

Sampai dalam 4 petang, senang jumpa tempat ni walau pertama kali pergi, parking pun senang. Anas letak dalam stroller dan sangat behave sepanjang mama dia shopping. Masa dah nak balik baru cranky sebab lapar dan ngantuk. Good boy. Tak meriah mana pun, orang pun tak ramai, tak de brand yang gah sangat. Yang ada Diapex. Drypers, Avent, Basilic, Baby Organic & MeadJohnson. Itu yang barang baby la. Lain-lain PAMA, Balentino, Pelikan, Ninolac dan lain-lain. Sampai-sampai kena daftar untuk lucky draw & door gift tapi dah habis door gift. Jalan lagi nampak kaunter untuk redeem goodie bag dari MeadJohnson.

Sasaran kali ni nak beli diapers, drying rack, botol susu Avent dan tight. Harga ada yang murah. ada yang biasa je. Drypers RM34/pack, beli 4 pack dapat price RM29. Head to toe RM19 for 2. Diapex Premium RM29/pack RM50/2 packs, Diapex Easy size S RM30/2 pack Saiz M,L,XL RM29.90/pack RM55/2 packs. Medela freestyle RM1899 + Medela nipple cream + Disposable breast pad. Kali ni banyak stroller banding dengan yang last year saya pergi.

Antara barang yang saya beli
goodie bag dari MeadJohnson
isi dalam goodie bag
RM105
classic 2x40z RM52
Legging + baju basahan RM50
RM52.90 + free flash card + woven bag


carrier baby RM59, head support (xde dalam gambar) RM12, 
drying rack RM26.90, socks RM10/6 pairs, bibs RM5/ 7 helai
free bag + car sticker
beli dan terus rasmi
Walau tak meriah habis beratus gak. Biasala perempuan, mana boleh tak beli kan? Gaji lak dah masuk. Huhu.. Tunggu Mom & Baby Expo Disember pulak. Dan kot stock Pampers habis. Heheheh

Monday, May 27, 2013

Saya suka Free Sample

Masa cuti bersalin berbaki sebulan tempoh hari saya dah macam ketagih free sample. Hahahah... Mulanya dari hubby la request diapers free sample dari website, sebab dah malam dia suruh saya sambung request free sample esok hari. Dan esoknya saya pun google la website mana yang sediakan free sample ni. Dari diapers, susu, tisu, mandian bayi dan segalanya yang leh dapat free. Lepas dah dapat barang pertama breast pad dari MAM heboh kat kawan-kawan kat group whatsapp, sudahnya mereka pun terjebak macam saya.
Antara yang saya request hujung April. Ada yang kena register jadi ahli, ada yang isi particular, ada yang kena email mintak sample. Ada company yang call untuk mintak maklumat anak dan diri kita.

Diapers Free Sample
Huggies - http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx
Babylove - http://www.babylove.com.my/
Mamypoko - https://www.mamypokoclub.com/product/sample_request.php
Drypers - http://www.drypers.com.my/ms/Produk/permintaan-sampel/


Sample Susu Percuma
Similac - http://www.abbottnutrition.com.my/node/29
Fernleaf (keluarga) - http://www.fernleafinstitute.com.my/BM/request-sample-KUAT.htm
Fernleaf (kanak-kanak) - http://www.fernleafinstitute.com.my/BM/request-sample-1-3.htm
S-26 - https://www.wyethnutrition.com.my/web/guest/our-products/free-samples

Dutch lady - http://www.smartmoments.com.my/momsclub/samplerequest
Friso - http://www.growinguptogether.com.my/members/login/register.html
Anmum - http://anmum.com/my/sample_request.aspx
Nestle Nan Grow - https://www.facebook.com/FirstSolidFoods/app_353743508012124
Dumex - http://www.dumex.com.my/login
Mead Johnson - http://www.meadjohnsonasia.com.my/sign-up.aspx?sampleReq=1



Breast Pad

MAM - email ke  hello@mymambaby.com

Lain - lain
Cerelac - https://www.facebook.com/FirstSolidFoods/app_535267586490258
Libresse. -    http://www.livelibresse.com.my/goodies.html
Poise - http://www.poise.com.my/en/request-sample/Default.aspx
Kleenex - https://www.kleenex.com.my/samples
Hada Labo -  http://shoponline.hadalabo.com.my/sample/registration.php
Goodies for pregnant mama - http://www.dumex.com.my/pre_preg?q=Pregnancy+symptoms
Comfort Ultra Pure - https://www.facebook.com/ComfortMalaysia/app_415015315197110
Kotex - https://www.facebook.com/KotexMalaysia/app_130016430527806
Vanish - http://www.myvanishtrick.com/my/

Sehingga penghujung Mei ni saya dah dapat dari 4 company. Lain-lain tu tak tahu status, memang lambat, atau tak layan request saya. Hehehhe. 1 gambar ni je saya snap. Lagi 3 ada tersimpan. Nanti kalau rajin saya snap dan update dalam ni (harap tak lupa)

*UPDATE

First sample yang sampai. Dalam masa 2 minggu lepas request
free sample dari drypers, Anmum (tak tau kenapa Anmum hantar 2x)
enfamama, MAM, vitamin

 susu utk bf

tisu dari kleenex

reg jadi ahli Anmum club dapat fridge magnet & car sticker
Nestle Cerelac untuk Anas bila dah 7 bulan ke atas
Diapers Huggies bagi 5 keping. Selalu dapat 2 keping je

2 pack sample comfort ultra pure

dpt 2x sbb hubby pun register tapi size M 2 kpg je

Tuesday, May 21, 2013

Review novel : Dedalu di Hati

Salam

Novel ketiga yang di baca semasa cuti bersalin. Lambat sikit nak habiskan. Buku ni tebal, best, jalan cerita menarik. Saya bagi 4 bintang.

Sinopsis

Aliya kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya dan di besarkan di rumah anak yatim. Menerima wang belanja dari 'daddy' tetapi dia tidak pernah berjumpa dengan 'daddy', hanya YM menjadi medium komunikasi mereka. Adam Hazril, pensyarah ganti di universiti yang selalu mengambil berat akan dirinya dan Aliya menjalankan praktikal di syarikat milik Adam. Haikal, junior Aliya yang telah lama jatuh cinta pada Aliya tapi Aliya hanya menganggapnya sebagai adik. Semasa bekerja di syarikat Adam, Aliya berkenalan dengan Irina, kakak Haikal dan kekasih Adam Hazril seperti yang teman pejabat beritahunya dan Aliya tidak mahu menjadi orang ketiga antara Irina dan Adam Hazril. Pertemuan Aliya dengan Doktor Badrul, ayah kepada Irina dan Haikal mengingatkannya kepada kenangan lama. Adakah Doktor Badrul 'daddy' yang ingin sangat Aliya bertemu?

Banyak lagi part dalam novel ni tapi saya skip. Tak dan nak menaip. Pasal dalang dalam syarikat banyak gak. Nak tahu lebih lanjut beli la ye. Owh, mungkin tak jumpa novel ni di pasaran, saya pun beli direct dari penulis. Mungkin syarikat terbitan ada jual online?

Sunday, May 19, 2013

Taska oh Taska?

Saya dalam dilema untuk menghantar Anas ke taska mana apabila bekerja tak lama lagi.

Taska A
Dekat dengan rumah saya. Bayaran RM300/bulan untuk 7 pagi hinggan 6 petang. Kawasan perumahan. Bayi baru 2 orang termasuk Anas. Lain-lain yang saya lihat hanyalah kanak-kanak dan bilangan tidak ramai. Pekerja 5 orang. Persekitaran nampak bersih. Bilik bayi di bawah dan ada 5 baby cot. Limit diorang jaga 5 baby saja. Yang berumur 3 tahun ke atas sekali dengan pembelajaran ABC

Taska B
Dalam kawasan tempat kerja saya.Bayaran RM220/bulan untuk 7 pagi - 6 petang. Bayi bawah 6 bulan 3 orang tidak termasuk Anas. Taska luas dan sangat ramai budak yang di jaga. Saya masuk bilik untuk bayi mereka. Bilik sangat kecil, ada 2 bilik, setiap bilik ada 5 rockers. Ada beberapa budak atas rockers tengah tidur dengan dibedung kuat menggunakan kain batik buruk dan bilik itu berhawa dingin dan sangat sejuk bagi saya sebagai orang dewasa. Setiap budak yang saya jumpa semua nya selsema. Penjagaan kebersihan kurang. Botol susu yang masih ada baki susu di biarkan atas meja dan budak yang mana boleh jalan ambil je botol susu yang ada situ. Saya tak tahu samaada budak tu kenal itu botol dia atau dia main ambil je botol tu.

Dua-dua ada pro and cont. Taska B dekat dengan saya. Saya boleh walk in je pergi tengok dan BF Anas tapi persekitarannya sangatlah buat saya kecewa dan sebak melihat budak-budak di bilik bayi tu. Sungguh rasa nak menitis air mata lihat keadaan mereka. Taska A saya belum pernah lihat mereka mengasuh budak aau bayi. Setakat yang saya pergi bertanya memang nampak ok mereka melayan budak-budak situ. Siap melayan menonton CD upin ipin lagi. Tapi sebagai mak ni terselit la juga bimbang mungkin depan parent mereka layan elok tapi belakang parents?

Saturday, May 18, 2013

Anas Syauqi meniarap

17 Mei 2013
2 bulan 2 minggu Anas Syauqi buat pertama kalinya meniarap.
Syabas sayang


Friday, May 17, 2013

Majlis Akikah Anas Syauqi

Sabtu lepas (11 Mei 2013) selesai sudah majlis akikah dan kesyukuran. Majlis di jalankan di kampung hubby. Jemputan 200 orang tapi yang hadir mencecah 500 orang. Alhamdulillah makanan cukup untuk semua tetamu yang hadir. Majlis di mulakan jam 11 pagi dengan bacaan Yassin diikuti dengan Marhabban sambil hubby bawa Anas mengelilingi setiap hadirin. Hadirin pula akan sapu air mawar, bunga rampai di kepala Anas sambil mendoa kan.

Selesai bacaan Yassin, marhabban dan doa, semua menjamu selera. Lauk yang kami tempah Nasi putih, Nasi minyak, Kurma kambing, ayam masak merah, Kari ikan bawal, Air asam, buah oren dan air oren. Makanan tambahan, laksa beras (MIL buat sendiri), wadi kipeng (kuih tradisi kaum Banjar) dan teh tarik. Tetamu di beri bahulu dan manisan yang di 'sponsor' oleh SIL dan Yassin yang di tempah nama Anas.

Majlis tamat jam 3 tapi ada lagi tetamu yang hadir hingga 5 petang. Total wang yang di belanjakan lebih kurang 3k untuk kambing 2 ekor, ayam 30 ekor, khemah 2 biji + kerusi meja, upah masak dan side dish bahan-bahan lain. Saya nak mention harga kambing, mungkin leh guna untuk rujukan yang lain bagi majlis akikah nanti. 1 ekor kambing = RM900 (sembelih, lapah, potong)

Apa pun saya bersyukur majlis dah selesai semasa saya masih bercuti. Tak de la nanti dah keje pening fikir apa yang belum selesai.


Wednesday, May 15, 2013

Wordless Wednesday

DILEMA!!

RM 1200

atau

RM 1700

Tuesday, May 14, 2013

Pengeluaran KWSP pekerja berpencen

Pengeluaran ini membolehkan ahli KWSP yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dan telah diberikan taraf pekerja berpencen mengeluarkan simpanan bahagian pekerja berserta dividen sekiranya masih mempunyai baki simpanan di KWSP setelah pengembalian caruman syer kerajaan kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP
Beberapa minggu lepas saya ke KWSP untuk selesaikan urusan ini. Dari feedback teman-teman saya perlu menyediakan beberapa salinan dokumen untuk di semak oleh staff KWSP sebelum di beri borang untuk di isi. Dokumen tersebut adalah
 
  • MyKad
  • Tawaran ke jawatan tetap
  • Pengesahan Jawatan
  • Skim Taraf Berpencen.
  • penyata buku bank/salinan muka depan buku bank

Dengan berbekalkan dokumen-dokumen tersebut saya ke KWSP, tetapi sebenarnya dokumen tersebut hanyalah untuk rujukan sebagai pengesahan yang kita dah di sahkan dan tarikh taraf berpencen bermula. Untuk submit dokumen tersebut tak perlu. So, kalau bawa yang original saja pun dah cukup. Kemudian saya di beri Borang KWSP 9J(AHL) dan notis pelepasan caruman KWSP. 

Kedua-dua borang tersebut perlu di isi dengan pen hitam, huruf besar dan notis pelepasan caruman KWSP perlu di bawa kepada ketua jabatan untuk pengesahan. Saya ke ofis untuk pengesahan dan pegawai ofis minta dokumen-dokumen yang saya senarai di atas walau saya dah inform yang staff KWSP cakap benda tu tak perlu tapi dia tetap berkeras yang selama ni memang itu semua di perlukan. Saya tak nak bergaduh, panjang cerita dan bermasam muka, saya bagi je apa yang dia minta. Nasib dalam fail saya ada semua tu. 

Lepas tu gerak ke KWSP semula untuk submit dan saya betul. Hanya Borang KWSP 9J(AHL) dan notis pelepasan caruman KWSP sahaja di minta. Lain-lain dokumen di serahkan semula kepada saya. Rasa macam nak pergi semula ke ofis dan hempuk dokumen tu atas meja pegawai tersebut.

Staff KWSP inform yang bayaran akan dibuat selepas 21 hari bekerja dan hanya 45% je dapat. Tak kisah la, saya bukan nak guna duit lagi tapi nak masukkan ke dalam ASB. Sementara masih bercuti dapat la selesaikan beberapa urusan rasmi.

Monday, May 13, 2013

Check up Anas Syauqi 2 months

Salam..
Sementara belum mula kerja ni sempat la nk story hal check up Anas kat blog. Harap lepas ni pun mampu lagi teruskan. Kembali pada tajuk, check up Anas untuk 2 bulan patutmya pada 2 Mei tapi saya minta tukar ke 8 Mei untuk sekalikan dengan appointment ENT Anas dan saya, so, hubby tak perlu ambil cuti banyak hari dan ada beberapa urusan rasmi yang kami perlu uruskan.

Berat : 4.3 kg
Panjang : 56 cm
BMI : 14.3
lilitan kepala : 37cm

Check up kali ni takde masalah cuma isu klinik je. Masa 1 bulan ke klinik berdekatan dengan rumah parent saya, kali ni saya minta KK yang dekat dengan tempat kerja. KK ni juga saya datang untuk antenatal check up tapi masalah sekarang ikut alamat rumah kami luar kawasan KK. Nanti masalah reten imunisasi. Untuk 3 bulan saya kena pergi KK dekat rumah.
Anas kena cucuk untuk 2 bulan. Kejap je nangis. Good boy.

Setakat Anas dah menginjak 2 bulan ni dia dah pandai senyum, pandang mata bila bual dengan dia atau senyum dia akan senyum balik. First tengok dia bagi reaksi camtu rasa teruja sangat. Terus snap photo whatsapp kat hubby. Dah boleh genggam jari kita, jari dia nak masuk dalam mulut je. Kadang-kadang semua jari masuk mulut. Asyik main air liur je. Abis basah baju, jari, pipi semua.Best sangat dapat tengok perkembangan anak depan mata. Waktu tidur masih macam dulu. Siang tidur, malam berjaga. 3, 4 pagi baru lena sampai 11 pagi camtu. Bangun untuk menyusu je, tu pun jap je nyusu terus pejam mata balik. 

Friday, May 10, 2013

Stroller & Car Seat

Dari entry lepas kami kecewa tak dapat beli stroller yang nak. Beberapa hari lepas tu, berjaya beli stroller sekali pakej dengan car seat. Tapi bukan brand yang kami nak, yang di beli brand yang tak de dalam senarai malah pertama kali tahu kewujudan brand tu. Pendek cerita ni la rupanya

Stroller colour hijau, car seat colour biru. so far stroller tersimpan kat umah. Yang guna car seat je. Car seat yang juga carrier. Kami jatuh cinta pandang pertama dengan stroller + car seat ni dan semestinya menepati kehendak kami kecuali bukan colour merah T_T Muat boot kereta swift kami, senang guna, ringan dan stylo. Hehehe

Stroller + car seat ni brand Tobby.co anak beranak brand Mydear kot. Sebab jumpa gambar tu kat webpage My dear. Yang saya copy dari sana

Two In One baby stroller,
Come with baby carrier, reclineable seat, detachable front arm rest and five point harnesses.




Price stroller RM659.90. Kami dapat RM620. Ok la untuk yang terdesak dan bajet kurang macam kami ni.


Thursday, May 9, 2013

Anas ke Bukit Merah


Ahad lepas 28 April 2013, kami sekeluarga ke Bukit Merah Laketown Resort. Dah banyak kali pun pergi tapi specialnya kali ni pergi ada Anas dan complete whole family. Actually pergi dengan ticket free, adik saya dapat mana ntah. Anas cam biasa la, dalam kereta kena aircond tidur. Keluar kereta panas ngamuk. Cuaca panas hari tu dan ramai orang lak, memang tak selesa la. Anas pun kejap-kejap je tidur. Balik rumah dia balas dendam tidur dari petang sampai tengah hari keesokkan hari. Jom tengok gambar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...