Saturday, June 22, 2013

Thanks Nuffnang

Salam..
Rasa macam dah lama tak buat entry pasal Nuffnang. Setiap kali on laptop memang akan check Nuffnang - blog stats, keywords dan Earnings. Pagi ni buka tengok BE banyak. Hehehe.. Selalu memang sentiasa ada BE tapi tak la sebanyak macam saya buka pagi ni. Alhamdulillah. Thanks Nuffnang tetap bagi BE walau pengunjung blog saya jarang mencecah 100.  Amount kat kotak hujung tu beberapa sen je, tu yang padam. Ngeee. Sekali lagi, thanks Nuffnang ^__^


Thursday, June 20, 2013

Fridge rosak dan EBM

Jumaat lepas, sampai je rumah lepas ambil Anas dari rumah mak, saya kemas fridge. Tujuan nak pecahkan ais-ais yang membeku bahagian frozen tu. Dah tebal dan amik space nak simpan EBM. Saya pindahkan frozen EBM ke cool box dan cooler bag. Then start la cungkil ais keliling tu guna sudip. Hubby datang tolong, dia suruh saya tengok Anas. Lepas 10 minit hubby datang inform yang fridge rosak. Rupanya hubby cungkil ais guna pisau dan tercucuk bahagian mana ntah yang sebabkan gas bocor. Gas keluar non stop dari fridge.

Saya risau kan EBM je. Memang la tak banyak tapi tu untuk Anas dan masih cukup hingga hari ini. Saya call mak cakap nak tumpang fridge. Hubby call kedai elektrik yang kami biasa beli barang order fridge baru dan minta hantar malam tu juga. Dasyat tul, macam banyak je duit kat tangan. Hehehe.. Hubby panik sebenarnya. Dah hubby panik, saya kena la cool. Saya minta dia call balik kedai letrik tu cancel order, biar kami pergi tengok dulu fridge baru hantar. Hubby main order je, Tak tanya brand, berapa liter, berapa pintu. Dia cakap nak paling murah.

Minta hubby pergi beli ais untuk elak EBM dari cair. Kami tak de bekas nak simpan semua frozen dan chilled EBM. Hubby letak dalam baldi dan tutup guna tudung periuk. Lawak tul. Terus gerak ke kedai letrik tu, pilih-pilih fridge. Tak banyak pilihan pun. Saya nak yang 2 pintu. Yang rosak tu 1 pintu. Cash dekat kami tak sampai RM500. Fridge tu price RM799. Esok dah Sabtu, then Ahad. Duit saya semua dalam ASB. Isnin baru leh kuar. Nasib baik tokey kedai terima RM500 je dulu dan fridge dia hantar terus ke rumah kami. Baki esoknya baru kami bayar.

Patah balik rumah, hubby nak ubah fridge lama. Saya tunggu dalam kereta, Anas dah tidur then nak ke rumah mak untuk hantar EBM. Tokey kedai suruh biar dulu fridge baru tu semalaman. Esok pagi baru ON switch. Dia cakap tak nak bagi motor rosak. Settle fridge baru, gerak ke rumah mak. Sesi simpan EBM dalam fridge mak pulak. Habis ikan rumah mak kena keluar. Nasib la fridge rumah mak besar. Tengah malam jugak la baru kami sampai rumah. Memang dua-dua letih. Hubby tertidur depan tv. Saya lepas makan terus bawa masuk Anas tidur. Alhamdulillah Anas pun tak meragam malam tu.

Esoknya lepas settle full payment fridge, pergi semula rumah mak collect EBM. Weekend yang panjang untuk kami berdua. Alhamdulillah EBM berjaya di selamatkan.

Tuesday, June 18, 2013

Check Up Anas Syauqi 3 months

Post ni lewat 2 minggu dari date Anas check up. Saya yang suber buzy dan letih. Kali ni kena pergi Klinik Kesihatan masa cucuk Anas sebulan. Nak cerita pasal klinik ni saya pun pening. Kejap kena campak sana, campak sini.Yang pastinya nak bawa anak cucuk kena ikut alamat rumah penjaga, senang cerita. Check uo kali ni hubby tak dapat ikut. Saya bawa mak saya untuk pegang Anas dalam kereta. Walau ada car seat, Anas pantang nampak saya nak ngempeng je. Hasil check up 3 bulan

Berat : 5 kg
Panjang : 59 cm
BMI : 14.3
Ukur lilit kepala : 38

Lepas interview dengan JM tentang minum susu apa, dan perkembangan apa terus ke bilik untuk injection Anas. Kali ni cucuk dapat ubat demam. JM suruh siap-siap bagi balik nanti. Anas nangis kejap je. Kejap je setel semua, balik rumah mak dan kami berdua balik umah. First timee berdua dengan Anas. Anas asyik menangis je. Waktu tidur dia sebenarnya. Perjalanan yang patutnya 20 minit jadi 90 minit. Haaaai la anak!

Perkembangan Anas Syauqi 3 bulan

Masih breastfeeding. Alhamdulillah
Suka masukkan jari dalam mulut. Bukan 1 jari tapi 5 jari.
Suka main air liur, baju basah je.
Dah meniarap tapi kadang-kadang je. Meniarap bila mamun nak tidur. Masa jaga tak pernah nak meniarap pun. First meniarap 17/5/2013.
Bila dukung kepala pusing merata.
Suka buat perangai bila mama dia pegang. Kalau ayah pegang senyap je.
Bila kuar jalan, tak nak tidur walaupun tu masa tidur dia. Suka memerhati sekeliling. Dah ngantuk sangat mula la cranky.
Dah mengeluarkan macam-macam bunyi. Paling banyak sebut ''Aaa..gekkk'' Hahahah.. entah apa la maksudnya.
Suka angkat kaki tinggi-tinggi sambil menendang-nendang
Bila letak kat playgym, marah bila tak dapat capai benda gantung-gantung

Sunday, June 16, 2013

Happy Father's Day


to my beloved Dad and Hubby

Hadiah combo untuk father's & mother's day last month
Barang ni dua-dua leh guna.
Untuk hubby tak de hadiah, bajet lari banyak dah.
So, hari ni saya masak untuk dia. 
Lama dah tak masak untuk hubby.
Wish, nothing special. 
Tengah malam dah whatsapp wish father's day kat hubby.
 


Thursday, June 6, 2013

Siapa jaga Anas bila saya bekerja?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Masih ingat entry INI? Saya yang dalam dilema nak hantar Anas ke taska A atau B. Ye, saya dah mula bekerja. Entry ini ditulis ketika weekend lepas dan ketika itu saya baru 2 hari bekerja. Anas kini di jaga oleh mak saya ketika saya bekerja. Camna pula boleh mak saya yang jaga? Jujur cakap saya tak mahu menyusahkan mak saya menjaga Anas. Dulu dia dah susah payah jaga anak-anak, bila anak dah besar, biar la dia berehat bukannya menjaga cucu. Alhamdulillah mak masih sihat. Bila kami ke sana mak selalu tanya siapa akan jaga Anas nanti, dan kami jawab jujur nak hantar Anas ke taska. Masa itu saya belum tengok keadaan Taska B seperti yang saya cerita di entry tersebut.

Satu hari tu saya berbual dengan adik dan ceritakan keadaan Taska B. Mak yang kebetulan ada sama dan adik memang terkejut. Seminggu sebelum kerja saya dah buat keputusan untuk hantar Anas ke Taska A dan minta hubby bayar yuran pendaftaran. Akan hantar Anas hari Rabu, Khamis dan Jumaat (29,30,31 hb) dengan bayaran RM20/day. Hari Isnin, mak tanya lagi nanti sapa nak jaga Anas dan saya beritahu tempat yang nak hantar. Mak minta nak jaga Anas, saya tanya hubby, hubby suruh saya buat keputusan. Discuss dengan hubby, fikir tentang keselamatan Anas dan kebimbangan saya keadaan di Taska, saya setuju bagi mak saya jaga.

Saya mula kerja hari khamis, Rabu hantar half day kat mak sebab nak selesai urusan bank dan klinik untuk Anas cucuk nanti. Hari khamis bermula la kehidupan baru saya sebagai ibu bekerjaya. Bangun 5 pagi, 6 pagi dah keluar runah hantar Anas ke rumah mak. Alhamdulillah, Alah mudahkan urusan saya.

Monday, June 3, 2013

Akaun Simpanan Anas

Anas dah jadi ahli kelab Nuri. Lama dah plan nak pergi buka akaun simpanan untuk Anas ni. Duit Anas tak de la berjuta-juta tapi saya memang tak suka simpan duit banyak-banyak. Asal nya nak buka ASB, tapi Anas belum cukup 6 bulan. Sementara nak tunggu 6 bu;an tu saya dan hubby bincang buka dulu akaun simpanan bank dan dah cukup 6 bulan baru buka akaun ASB. Berminggu-minggu jugak la saya buat research bank mana yang patut saya buka akaun. Hubby serahkan semuanya pada saya. Selepas google merata, saya buat kepututsan pilih Bank Rakyat, dan hubby pun setuju.

Hari terakhir saya cuti bersalin, saya ke Bank Rakyat untuk buka akaun. Ingat nak tanya dulu kat kaunter khidmat pelanggan kelebihan buka akaun Nuri dapat tabung ke tak tapi tak de orang pun. Ada guard je. Guard yang bagi borang untuk buka akaun dan no giliran. Nasib tak ramai orang tapi lama gak nak buka akaun tu. Nak buka akaun kena bawa Mykad penjaga dan salinan, Mykid dan salinan serta surat beranak dan salinan. Saya bawa semua original. Tau tahu pun perlu salinan. Nasib baik officer tu cakap tak pe, dia akan buat salinan.

Selesai semua sign, cop jari, fotostat, kira duit maka selesai lah urusan buka akaun simpana untuk Anas. Hubby asyik whatsapp tanya dapat tabung tak. Heheheh.. Kami memang suka barang free. Saya pulak malu nak tanya. Masa nak balik, officer tu pulangkan Mykas, Mykid, surat beranak, buku akaun dan hadiah.Yeaaayyy.. Hahahaha.. Mak yang seronok.

Tabung dan beg 

Tunggu raya nak masukkan lagi duit, nak tengok dapat apa pula ^__^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...