Tuesday, July 30, 2013

Ramadhan 2013

Menghampiri penghujung Ramadhan baru saya sedar, masih tiada entry saya berkenaan Ramadhan tahun ini. Ramadhan kali sangat berbeza dengan Ramadhan lepas. Kami sudah bertiga dan saya breast feeding (BF) Anas. Alhamdulillah, saya masih mampu berpuasa walau ramai yang 'bersuara' kerana saya berpuasa dan BF. Abaikan sahaja suara mereka itu. Yang penting saya kenal diri saya dan Anas tiada masalah kurang susu.
Ramadhan kali ini sangat mencabar saya dalam pengurusan masa. Bangun se awal 4.30 pagi dan tidur jam 10-12 tengah malam. Belum masuk Anas yang cranky, tak tidur malam, tidur sesudah subuh dan lain-lain cabaran lagi. Apa pun dengan kehadiran Anas, saya rasa lebih disiplin. Malas, tak larat macam mana pun saya perlu bangun. Sahur saya tak boleh tinggal. Kalau tak macam mana nak BF Anas.

Persiapan raya pun sederhana saja. Anas pun kami hanya beli sepersalinan baju melayu dan sepasang baju seluar. Selebihnya pakai mana yang ada je. Pakaian yang Anas dapat pun banyak yang masih belum pakai. Kami suami isteri hanya sepersalinan baju kurung / baju melayu. Cuti raya, Alhamdulillah kami berdua kerja waktu pejabat, tiada masalah cuti. Kami bercuti dari 1 hingga 4 Syawal dan tambahan 7,8 dan 9 Syawal.

Menjelang minggu terakhir Ramadhan, moga semua urusan di permudahkan dan perjalanan kami pulang ke kampung selamat sampai dan pulang.

Saturday, July 27, 2013

Pergi tak kembali


Ahad lepas 21/7/2013 bapa saudara saya telah meninggal dunia.
Antara bapa saudara yang rapat dengan saya,
begitu juga keluarganya.
Moga roh nya di cucuri rahmat dengan pemergiannya
di bulan yang mulia ini.
Al Fatihah.
 
Gambar di ambil di fb ayah saya

tiada lagi bekalan murtabak dari restoran Hameediyah
tiada lagi teh tarik yang sedap

Thursday, July 25, 2013

Review novel - Tiada Sepertimu

Selesai sudah menghabiskan bacaan novel ini. Semakin lama semakin panjang masa yang di perlukan untuk menghabiskan pembacaan. Bukan kerana kisah tidak menarik tetapi masa sangat mencemburuiku. Kisah ni menarik walau jalan cerita agak cliche ''Kahwin paksa, kemudian jatuh cinta''. Kisah sampingan nya menjadikan novel ni menarik. Cuma beberapa error saya jumpa untuk istilah perubatan. Saya bekerja di dalam bidang ini, memang rasa sangat tak kena dengan istilah yang di gunakan. Pembaca yang bukan  dari bidang ini mungkin tiada masalah.
Contoh Puan Rubiah akan menjalani pemeriksaan oleh pakar kardiologi paediatrik. Kardiologi memang untuk jantung tetapi paediatrik ialah istiah untuk kanak-kanak.
Harap Kak Nita tak marah saya. Saya suka semua karya Kak Nita ^___^


Sinopsis

Keifli dan Zara di nikah kan demi kesihatan mama Zara dan peluang untuk Keifli meluaskan perniagaannya. Zara yang berhari batu, keras kepala dan Keifli yang slumber. Perkahwinan mereka hanyalah di atas kertas dan lakonan di mata kenalan dan saudara mara mereka. Keifli masih setia pada cinta pertamanya Intan manakala Zara langsung tidak pernah membuka pintu hatinya kepada lelaki. Mereka saling bentengkar, bercakaran hingga mereka tidak sedar mereka telah jatuh cinta. Kehadiran Intan yang menagih kasih Keifli dan agendanya yang lain serta Gabriel yang jatuh cinta pandang pertama pada Zara. Gabriel tidak jemu mengejar Zara walau sedia maklum yang Zara telah berkahwin. Bagaimanakah kesudahan rumah tangga mereka? Kekalkah perkahwinan mereka hingga ke akhirnya setelah mama Zara mendapatkan rawatan? Adakah kehadiran Intan berjaya membuatkan Keifli lupakan isterinya?

Monday, July 22, 2013

Cousin baru Anas Syauqi

Di bulan Ramadhan ni Anas Syauqi dapat 2 cousin baru.
Meriah la raya taun ni.
Pak Mud dapat 2 cicit lagi
Tok Sudin tambah sorang cucu
Mama kena kuar banyak duit raya T_T

Siti Sufiyah Dayana
12/7/13
3.46kg

20/7/13 7:14 am
2.55kg
girl

Monday, July 15, 2013

Check Up Anas Syauqi 4 Bulan

LAst week bawa Anas check up 4 months. Paling lama tempoh menunggu semasa check up. Dah la Anas mengamuk. Ganggu waktu tidur dia. Ntah apa la masalah klinik tu, manusia tak ramai mana pun. Sembang je lebih. Bila turn Anas, jumpa nurse tak sampai 10 minit dan balik. Hasil check up :-

  • Berat: 5.6kg
  • Panjang : 62 cm
  • BMI : 14
  • Ukur lilit kepala : 41cm

Komen dari nurse, berat Anas atas line kuning, tapi BMI ok. Komen saya, asalkan berat Anas naik dah mencukupi. Anas sangat kuat menyusu. Dengan saya leh kata 1-1.5 jam akan bf. Perkembangan Anas setakat ini :-

  • Dah tak berjaga malam. 10 malam tidur sampai 6 pagi. Tak de dah Mama dan Ayah sengkang mata berjaga.
  • Tengah tidur manjang nak meniarap, lepas tu nangis rimas.
  • Asal letak je nak pusing meniarap lepas tu guling-guling macam filem bollywood.
  • Bila meniarap angkat punggung.
  • Mak cakap sekarang sekali bagi minum susu 3 oz nangis macam kena pukul bila susu dah habis. Mungkin tak cukup. Tak sampai 2 jam dah menangis nak susu lagi.
  • Semua benda nak masuk dalam mulut.
  • Air liur meleleh je, basah baju.
  • Suka tengok handphone, laptop dan apa-apa yang bercahaya.

Thursday, July 11, 2013

Mykad baru

Salam..
Dah tukar kepada Mykad baru? Saya sudah. Bulan lepas dah tukar. Tak de plan pun nak tukar. Kebetulan senior sembang yang dia dah tukar Mykad, rasa nak pergi buat jugak. Kejap je proses nya. Orang pun tak ramai dekat JPN. Yang nyatanya kena DENDA. Sebab sepanjang umur saya dari 18 hingga 25 tahun saya belum menukar Mykad. Maka saya kena denda RM40. Erk!!! Kalau tahu kena denda if tak tukar Mykad, lama dah saya pergi tukar. JPN sekangkang kera je dengan rumah family saya. Kenapa JPN tak war-warkan isu denda ni? Ingat kan kalau Mykad hilang je kena denda. Huhuhuhu

Bagi perempuan yang bertudung pakai tudung berwarna gelap ye. Kalau tak kena tukar pakai tudung yang di sediakan di situ. Lelaki kena pakai baju yang colour terang. Kalau warna cerah nanti kena pakai vest (betul ke eja). Saya pakai tudung yang JPN sedia. Awning lagi. Ngeee. Mykad saya siap seminggu je. Check online kata dah siap, terus pergi ambil.

hubby cakap muka macam makcik-makcik T_T



Wednesday, July 10, 2013

Ahlan Ramadhan



Ramadhan 2011 - Pertama kali bergelar isteri dan hanya terbaring akibat kemalangan
Ramadhan 2012 - Pregnant dan alahan teruk
Ramadhan 2013 - Pertama kali bergelar ibu dan breast feeding

Setiap tahun, Ramadhan ada kisahnya dan Aalhamdulillah
masih diberi kesempatan bertemu Ramadhan kali ini *_*


Monday, July 8, 2013

Tips Hadiah untuk newborn

Lepas dah ada anak ni baru saya tahu hadiah untuk newborn harus la bersesuaian. Macam dulu, before ada anak, setiap kali melawat kawan yang baru bersalin saya akan beli hamper yang siap ada jual kat kedai baby tu. Kalau tak sempat beli main redah je g  melawat, duit pun tak hulur. Saya tak tahu pun kalau tak bawa hadiah kena hulur duit. Sekarang baru rasa malu +_+ Sebenarnya tu budaya je bagi duit dan hadiah. Kalau tak bagi pun dan sekadar melawat pun dah tak pe. Macam saya, masa berpantang, tak kisah pun mana yang datang melawat tak bawa hadiah atau huur duit. Bagi saya mereka meluangkan masa untuk melawat, bertanya khabar pun dah memadai. Berbalik pada tajuk entry, berdasarkan pengalaman saya ni antara hadiah yang berguna kepada mommy untuk anaknya.

Baby gift set

Ini antara hadiah yang popular. Dalam box ada baju, seluar, mitten, booties, bonnet. Yang bagusnya tak yah pening-pening pilih, bungkus balut dan murah. Yang tak bagusnya biasanya size newborn. Memang tak lama pakai. Tambah kalau baby bam bam. Mak ayah baby mesti dah ada beli baju newborn + yang orang bagi kejap je pakainya. Kalau nak beli make sure beli yang size besar sikit, 6 month ke.

Baby hamper

Ini juga antara yang popular. Macam-macam versi ada. Baju, toiletteries, mainan. Ini  kalau bagi memang berguna untuk ibu bapa baby tapi mungkin tak kena dengan selera mereka, Contoh mandian dapat Anakku, parents mungkin suka Johnson, tak pun kulit baby sensitif dan tak leh guna yang kita beri.

Diaper Bag

Bagi saya, ini memang amat berguna. Bila keluar pergi memana sumbat je keperluan baby diapers, susu, kain baju. Siap disediakan changing mat. Price RM59.90. Mungkin ada yang lebih murah atau mahal.

Playgym
Ini juga berbaloi sebab nak beli mahal dan bukan keperluan. Letak je baby bawah tu dan baby akan ralit tengok mainan gantung-gantung dan boleh buat kerja lain. Tapi make sure baby cukup tidur dan susu. Saya survey, plsygym ni price paling murah RM59.90

Diapers

Hadiah ni praktikal dan unik tapi memang berguna. Saya tak de dapat lak tapi kalau fikir-fikir, newborn banyak tukar diaper, memang berguna la kan kalau beli bagi hadiah. Keburukannya kalau baby yang tak sensitif punggung nya belasah je jenama pe pun, tapi kalau sensitif kena cari yang sesuai.


Botol
 
Set botol susu, boleh jugak nak bagi cuma kalau baby memilih puting susah sikit la. Kalau beli cam set Avent yang atas ni memang cukup lengkap dah untuk newborn tapi mahal sikit.

Feeding set

Saya dapat ni dalam hamper sekali ngan baju. Rasa macam berguna nanti.

Itu lah beberapa hadiah yang saya rasa sesuai untuk di beli. Semuanya bergantung kepada bajet. Ada bajet lebih macam-macam lagi boleh beli stroller, carrier, rocker. Bagi duit pun dah ok, boleh parent simpan untuk kegunaan akan datang.

Thursday, July 4, 2013

Review novel - Mencari Kiblat Cinta

Antara novel yang saya ambil masa yang panjang untuk di habiskan ekoran sibuk dan tebal juga. Jalan cerita memang menarik. Cuma agak banyak watak dalam novel ni. Macam saya yang 3,4 hari sekali baru sambung semula pembacaan memang pening nak fikir watak tu sapa.

Sinopsis

Danira di penjara 5 tahun atas kesalahan membunuh Firdaus, abang kepada Filman. Sebaik di bebaskan kerana tidak bersalah dia bekerja di Taska milik Kamila yang menjaga anak Filman, Melly. Dari situ Filman berkenalan dan jatuh hati pada Danira tanpa mengetahui kisah lampau Danira. Danira yang sedar siapa diri nya tidaka berani menyambut salam cinta Filman. Tambahan pula dia harus mencari adiknya, Naufal yang hilang tanpa jejak. Sehinggalah adik Filman, Aliff ke taska untuk menghantar Melly dan dari situ Danira terpandang Aliff yang mirip Naufal. Aliff yang di jaga oleh keluarga Filman setelah hilang ingatan akibat dari kemalangan dan mengenali Danira membuatkan ingatannya kembali pulih. Aliff dan Naufal orang yang sama tetapi Danira tidak membenarkan Naufal memberitahu keluarga Filman siapa dirinya apabila mengetahui Filman adalah adik kepada Firdaus. Tengku Amar, ayah Filman berang apabila mengetahui Danira berada di rumahnya dan mendedahkan kepada keluarganya Danira adalah pembunuh Firdaus.
Benarkah Danira pembunuh? Adakah Filman dapat menerima orang yang dicintainya pembunuh abangnya? 

Sebenarnya banyak lagi part dan watak dalam novel ni tapi ni yang utama dan yang saya larat taip. Ngee. Tapi memang menarik kisah ni. Boleh beli jika ingin mengetahui kesudahannya ^___~

Monday, July 1, 2013

1 Julai 2013

Anas Syauqi 4 bulan hari ini
Perkahwinan kami mencecah 2 tahun 6 bulan
Love both of u


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...