Thursday, August 29, 2013

Masalah Bateri Freestyle

Saya berhutang nak review freestyle. Tapi ramai dah share review freestyle (FS)  maka tak perlu kot saya review cara guna FS dasar pemalas. Hampir 4 bulan menggunakan FS dan Alhamdulillah FS memberi kerjasama yang baik kepada saya. Stok EBM pun dah bertambah. Saya mengalami masalah bateri FS lebih kurang lepas sebulan menggunakan FS.

Kisahnya, tetiba kat motor tu blinking macam bateri nak habis. Padahal semalaman dah caj dan baru guna sekali 20 minit camtu. Bila charge pula naik ''bAtt'' blinking. Masa tu fikir bateri dah rosak, kena tukar baru dan FS baru sebulan guna. Saya pergi kedai yang beli FS, diorang call Lactaequip, kena bawa motor pergi Lactaequip. Saya kena tunggu sabtu baru leh pergi sebab weekday kerja. Malam tu saja google masalah saya ni dan jumpa jalan penyelesaiannya. Rupanya bukan saya je yang hadapi masalah ni. Penyelesaiannya charge 24 jam dan pagi esoknya masalah selesai.


Setakat ini itu sahaja lah masalah yang saya pernah hadapi sepanjang penggunaan FS. Saya juga hadapi masalah dengan handsfree. Asyik tak kemas je saya 'hang'. Memang saya yang tak pandai. Sudahnya time kerja sebelah kiri saya handsfree, sebelah kanak saya pegang guna tangan je. Time di rumah memang sebelah je guna. Hubby selalu tanya kenapa tak pam dua-dua belah serentak. Asal saya selesa sudah la dari guna dua-dua tapi sebelah senget takpun klip tercabut dan terus meleleh susu. Rasa cam nak beli bra di bawah ni tapi tak jumpa pun. Huhuhuhu..


Monday, August 26, 2013

Review Novel : Rembulan Berdarah



Berhempas pulas menghabiskan bacaan novel karya dari Mazni Aznita a.k.a Anita Aruszi kemudian baru nak meneruskan bacaan novel-novel lain. Novel ni kisah cinta + thriller sikit. Tapi tak de la 'thriller' sangat, cuma ada pembunuhan dan mencari si pembunuhnya je. Saya recommend. Saya bagi 4 bintang. Novel agak tebal. Lambat sikit saya nak habiskan dengan kehadiran si kecik ni. Curi masa lapang semasa bekerja je untuk habiskan bacaan. Macam biasa novel Kak Nita mesti banyak watak, saya yang 3,4 hari sekali baru smabung baca memang pening, kena selak balik page belakang.

Sinopsis

Munif dituduh menbunuh majikannya,Zainal dan menyebabkan anak isterinya diburu. Anaknya Raihana berjaya melarikan diri namun di langgar oleh Bustaman. Sejak kejadian itu Raihana menjadi anak angkat Bustama dan menukar namanya kepada Duha Maisara bagi mengelakkan sesiapa mengenalinya. Kesempitan hidup menyebabkan Duha terpaksa mencari wang lebih untuk menampung kehidupan mereka lalu Duha menjadi penyanyi di kelab malam dan di situ dia telah berjumpa dengan Nashriq yang pernah menjadi teman rapatnya semasa kecil. Namun Nashriq tidak mengenalinya. Beberapa kejadian telah terjadi menyebabkan Duha terpaksa menerima bantuan Nashriq hinggalah Nashriq meminta Duha bekerja dengannya.

Kepulangan adik Zainal, Asri untuk mencari pembunuh sebenar adiknya telah membngkar rahsia siapa dalang pembunuhan tersebut.

Adeh, ape ke pendeknya sinopsis saya buat. Sebenarnya sangat banyak plot dalam novel ni tapi saya tak tahu dah camna nak ringkaskan. Ada kisah kongsi gelap, Zafran dan Nashriq jatuh cinta pada Duha, Duha bertemu ibunya yang hilang ingatan, pertunangan Suraya dan Nashriq yang terbatal, saham syarikat keluarga Nashriq di jual, status Nashriq sebagai anak angkat dan Duha bukannya anak Munif. Banyak kan plot? Nak tahu selebihnya boleh dapatkan novel ni. Selamat membaca.

Monday, August 19, 2013

Handphone hilang

Rabu lepas handphone saya ilang. Kecuaian saya sendiri. Saya bukan jenis usung handbag ke mana-mana. Handphone, wallet main sumbat je dalam poket jeans. Jeans yang di pakai hari tu poket jenis singkat, tu pun gedik nak masuk handphone dalam poket jugak. Masa tengah hari handphone dah tercicir dekat Toyota. Nasib salesman tu jujur dan jumpa, dia pulangkan semula. Kemudian kami ke mall, lepas tawaf mall kami ke mesin urut RM1 untuk 3 minit tu. Rasanya masa tu yang jatuh. Sebab before tu kami masuk kedai Apple saya tengah whatsapp ngan kekawan.

Lepas sesi urut kami ke surau nak solat. Hubby solat dulu, saya jaga Anas. Masa tu saya sedar handphone tak de, saya terus tolak Anas laju-laju ke mesin urut tu. Dan seperti jangkaan saya, handphone tak jumpa dah. Pergi surau balik, inform hubby. Hubby call handphone saya, masih ringing tapi tak jawab. Selongkar stroller Anas, beg Anas kot termasuk tapi tak jumpa. Second time hubby call dah masuk voice mail. Sah la dah ada yang amik. Memang berniat nak tukar handphone. Tapi tak de la urgent sangat nak tukar, baru pergi survey. Handphone tu pun dah guna lama, dan selalu naik 'network error' bila loading webpage + internal memory sangat kecik. Setiap kali update application mesti naik notification 'insufficiency storage'.
Sekali hilang, amik kau, terus kena beli baru.

hp yg hilang - xperia arc
yang di beli ZL
Actually tak la ralat sangat hilang yang ralatnya banyak gambar Anas dalam tu. Boleh kata hari-hari saya snap photo dia kot. Memang tak pernah transfer ke laptop pun pic dia. Yang ada upload ke instagram, tu pun tak banyak. Nak nagis rasa fikir tak de kenangan gambar Anas day by day. Bila inform kekawan diorang suruh install 'dropbox' untuk recover photo. Ok, saya baru tau kewujudan application ini. Tapi sudah terlambat, nasi sudah menjadi bubur. Cuma untuk masa akan datang saya perlu lebih berhati-hati. Mak pesan, bawa la handbag, sekarang dah ada anak. Ekk!!

Thursday, August 15, 2013

Anas dan air liur meleleh

Ayat favourite di hari raya lepas
''Banyaknya air liuq Anas, meleleh habis basah baju. Hang ngidam pa Miza masa mengandung dulu yang tang laki hang tak jumpa''.
Mula-mula dengar saya boleh tersenyum dan sopan menjawab
''Miza tak teringin makanan apa pun masa mengandung dulu, normal la air liur baby meleleh sebab dia belum pandai menelan air liur'' 
tapi bila acapkali soalan dan kenyataan yang sama keluar dari mulut makcik-makcik mula la mulut saya ni ringan je nak memberi jawapan laser ''khurafat la kepercayaan hampa ni''. Huhhh! Sudahnya saya beristighfar dalam hati dengan mengingatkan diri sekarang bulan Syawal dan jangan menjawab dengan orang tua.

Dari google saya mendapat beberapa jawapan dari kajian yang di jalankan

Sebenarnya perkara biasa apabila air liur bayi sering meleleh kerana pada usia ini (sehingga 4 tahun), proses penghasilan air liurnya memang aktif. Namun, jika air liurnya keluar berlebihan, ia berisiko menjadi radang atau jangkitan pada sekitar mulutnya. Penghasilan air liur berlebihan juga mungkin salah satu tanda bayi hendak tumbuh gigi. Air liur yang meleleh ini tiada kaitan dengan mitos yang mengatakan ia ada kaintan dengan si ibu yang gagal memenuhi keinginan (mengidam) sewaktu mengandungkan bayinya dulu.
sumber : SINI

Pada masa ini bayi anda mula tumbuh gigi (ini berlaku secara amnya pada usia lima atau enam bulan, walaupun ia boleh bermula seawal tiga bulan atau selewat 12 bulan); dan pada masa ini anda akan dapat melihat dua gigi insisor tengah keluar di atas, diikuti dengan dua gigi insisor sisian. Jangan panik jika terdapat ruang di antara gigi-gigi bayi; ini disebabkan, kadangkala gigi menembusi gusi melalui sudut-sudut yang ganjil, dan apa yang berlaku ialah ruang-ruang itu akan hilang apabila kesemua 20 batang gigi bayi sudah menembusi keluar. Semasa bayi anda mula tumbuh gigi, anda akan melihat bahawa lelehan air liur bayi adalah berlebihan dan bayi juga akan membuat pelbagai bunyi-bunyian untuk menyesuaikan diri dengan benda-benda baru yang asing itu dalam mulutnya. 
sumber : SINI 

Harapan saya moga makcik-makcik di luar baca entry saya ini

Wednesday, August 14, 2013

Wordless Wednesday

Lake Retba, or Lac Rose, is a stunning pink lake in Senegal, Africa, 
located to the North of the Cap Vert peninsula
Pink kerana terdapat algae dan kandungan garam yg tggi...mcm laut mati..
http://en.m.wikipedia.org/wiki/Lake_Retba

Tuesday, August 13, 2013

Check up Anas Syauqi 5 bulan

2 hari sebelum raya Anas Syauqi check up KK untuk 5 bulan dan cucuk sekali. Saya keje half day, rushing balik sebab takut ramai orang macam bulan lepas. Sampai klink tengok ada 3 orang je. Tak sempat duduk nurse dah panggil timbang berat dan ukur panjang. Settle ukur, timbang semua, pakai baju terus masuk bilik nurse untuk interview dan cucuk. Happy sungguh check up kali ni sangat pantas. Kesimpulannya lain kali pergi check up sebelum raya. Kalau pergi selepas raya confirm ramai orang. Hasil dari check up :-

Berat : 6.25 kg
Panjang : 65 cm
BMI : 14.7
Lilitan kepala : 41 cm

Tak panjang pun sesi interview kali ni. Soalan wajib minum susu apa? dah boleh buat apa? Jawapan Anas masih fully breastfeeding. Alhamdulillah. Dah boleh meniarap guling-uling, jerit-jerit suara pitching tinggi. Tanggan dah genggam benda yang bagi. Menjulur ke depan. Nurse tu dah suruh start solid food dan ini perbualan saya dengan nurse itu.

Nurse : Nanti 5 bulan 3 minggu bagi moi ye
Saya : Bukan 6 bulan ke?
Nurse : Takpe bagi rasa je.
Saya : Dah matang ke usus?
Nurse : Bagi moi je bukan benda keras lagi. kena blender kasi hancur tambah ayam, ikan dan marjerin
Saya : Bukan intro kena puree buah / sayur dulu?
Nurse : Awak ni kerja apa?
Saya : Saya staff nurse
Nurse : Oooo..... patut la

Habis interview masuk bilik injection. Anas dah kuat. Meronta-ronta masa nak cucuk tapi kejap je menangis. Habis cucuk saya dukung dah stop menangis. Nurse pesan bagi PCM stat sampai rumah dan awasi tanda demam.

Masa raya jumpa mak cik saya yang juga nurse, dan bincang hal solid food. Dia cakap jangan mulakan lagi. Tunggu dah 6 bulan baru bagi dan start dengan puri buah / sayur. Next check up mesti nurse tanya dah mula ke belum solid food.


Monday, August 12, 2013

Syawal 2013 kami

Alhamdulillah. Syawal kali ini sangat bermakna dengan kehadiran Anas Syauqi. Rasa family kami dah lengkap. Persiapan Syawal hanyalah sederhana. Masing-masing sepersalinan sahaja. Anas pun beli 2 pasang je baju. Selebihnya guna pakaian yang dapat masa lahir. Masih banyak yang belum pakai. Tahun ni macam biasa bermalam di kampung husband. Malam raya pusing-pusing pekan. Tengok suasana lelong malam raya. First time experience bagi saya. Selalu malam raya terperuk dalam rumah buat kerja. Memang meriah, sesak, ramai orang, jalan jammed. Anas pun tak buat perangai. Masuk kereta Anas lena. Sampai rumah PIL, sambung tidurkan Anas dan saya pun tertidur.

1 Syawal, bangun Subuh baru bangun tolong MIL masak. MIL sibuk siapkan jahit baju raya malam tu. Pagi baru nak prepare juadah wajib rumah PIL, Laksa beras. Rendang dah siap SIS masak. Saya tolong siapkan bahan-bahan kuah laksa dan rebus nasi impit. MIL buat sendiri laksa beras. Siap sedia bahan, mandi, isi kuih muih dalam balang dan siapkan Anas Syauqi. Lepas solat sunat hari raya, tetamu datang, layan jap, hidang makanan dan gerak ke rumah kawan hubby.
Lebih kurang sejam di sana, gerak semula ke rumah PIL, makin bertambah tetamu. Diorang semua berebut nak main dengan Anas. Masing-masing tak pernah jumpa Anas. 2 petang kami bergerak pulang ke rumah family saya. Seperti tahun-tahun lepas, ayah saya akan buat open house dan kesempatan ini yang ada untuk bertemu saudara mara yang jauh. Tu pun tak sempat jumpa, 4 family dah pulang masa kami sampai.




 
Menu di rumah family saya rendang ayam, ketupat palas, nasi impit, kuah kacang, gulai ikan talang, roti benggali, laksa bihun, ulam-ulaman dan smabal belacan. Setiap tahun pun menu yang sama. Petang hujan lebat, dapat la berehat sekejap, tetamu pun tak de bika hujan. Sempat la kami tangkap gambar sekeluarga. Adik ipar saya yang tengah berpantang pun ada. Lengkap la gambar raya kami sekeluarga tahun ni. Alhamdulillah. Malam lepas semua tetamu pulang, selesai kemas rumah kami balik rumah kami.


2 Syawal kami pergi menziarah saudara mara saya. Waktu agak singkat sebab hari jumaat, lepas solat Jumaat baru gerak. Tak banyak rumah yang kami pergi. 4 je kot dan sempat ziarah kawan saya yang baru melahirkan anak. 3 Syawal pulang semula ke rumah PIL dan ke rumah kawan-kawan hubby. 4 Syawal masih di rumah PIL, family saya ke sana kemudian ke rumah saudara saya yang berhampiran, ke kenduri kahwin kawan hubby dan ke rumah kawan saya. 5 dan 6 Syawal kami suami isteri sudah bekerja T_T
 

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Di kesempatan yang ada ini, saya menyusun 10 jari memohon 
ampun dan maaf pada pembaca blog saya 
andai kata terkasar bahasa, tersilap dan terkurang di mana-mana.
 Kepada pembaca blog, Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Moga perjalanan anda semasa pulang ke
kampung, menziarahi sanak saudara
selamat.




Friday, August 2, 2013

Hamper Raya


Murah rezeki Anas Syauqi, sempena 5 bulan dapat hamper raya. 
Jabatan kerja saya bagi hamper raya untuk Anas Syauqi. 
Ada sepersalinang baju melayu, sepasang kasut, topi, toiletteries.
Anas dapat baju raya lagi.
Pandai kawan mama beli baju melayu,
sedondon dengan baju raya mama dan ayah tahun ni.

Thursday, August 1, 2013

Anas Syauqi 5 bulan

1/8/2013
Anak mama dah 5 bulan.
Diapers pun dah tukar saiz M.
Bulan depan dah kena start bagi solid food.
Sekarang suara dah kuat, nyaring je jerit-jerit
sembang bahasa yang dia sendiri faham.
Jari tu suka belai-belai muka mama,
kadang hidung, mata mama pun nak korek.
Masih breast feeding.
Air liur meleleh saja.
Tengah malam suka ajak mama 
dengan ayah main dan sembang.

love u sayang.. Jangan besar cepat sangat. 
I will miss the moment.
 
Tak lupa juga tuk hubby
Hari ni genap 2 tahun 7 bulan kita kahwin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...