Thursday, September 26, 2013

Anas dah ada ASB

Salam..
Di ENTRY INI saya cerita tentang akaun simpanan Anas di Bank Rakyat. Cukup 6 bulan saya buka akaun ASB pula. Saya ke Maybank untuk urusan saya, tapi kena tunggu officer yang tengah rehat, tanya boleh tak nak buka akaun ASB, isi borang dan ke kaunter. Kena ada sijil lahir anak, mykad ibu untuk buka akaun dan duit. Dalam 20 minit baru selesai semua.


p/s : tak dapat hadiah T______T

Monday, September 23, 2013

Puree epal

Salam..
Anas dah start semi solid food dan saya memang sedia puree buah je dan mengikut 4 days rule (kadang-kadang 3 days je). Mula dengan kurma seperti saya cerita di ENTRY INI, kemudian pisang, epal dan sekarang betik. Kurma dan pisang Anas lulus, tiada sembelit, cirit birit, alahan tapi masa epal timbul masalah. Emak yang bagi Anas puree epal. Hari pertama emak cakap Anas makan sikit dan cirit 3 kali. Saya tak rasa berpunca dari epal. Mungkin dari puree kurma + pisang yang makan sehari sebelum itu.Balik rumah saya rasa puree epal tu, just nice. Tak masam atau manis.

Hari kedua, saya minta emak teruskan bagi epal. Petang masa nak ambil Anas, saya perasan naik merah-merah di kaki Anas. Mungkin allergic atau nappy rash atau skin infection. Mak komen Anas makan sikit je tapi tak de cirit dah. Saya tak nak ambil risiko sebab weekdays saya bekerja dan susah nak cuti, saya stop epal dan mula dengan betik. Alhamdulillah, ketika entry ini di tulis, Anas dah lepas betik 3 hari. Hari keempat saya gabung kurma + betik + epal. Sejam lepas makan 3 buah tu, Anas terus poo poo. Huhu. Harap tak cirit. Kalau cirit memang epal la penyebabnya.

Thursday, September 19, 2013

Anas kena skin infection

Salam...
Gambar di atas gambar Anas Syauqi, tak ingat bila tapi masa 5 bulan ++ Tak tahu punca, takut allergic sebab malam sebelumnya saya makan 4 ekor ketam, tapi simptom allergic yang lain xde pun. Pagi sabtu tengok ada merah kat lengan, saya biar je, malam masa tukar diapers makin bertambah dan merebak ke peha. Terus ke kecemasan . Doktor cakap bukan allergic. Mungkin sabun yang guna basuh baju, mandi tak sesuai, atau tangan tak bersih masa pegang Anas, atau cadar, selimut. Banyak punca. Dapat ubat sapu dan kena datang balik kalau makin bertambah. Balik terus sapu krim dan esoknya bangun tak de merebak dah, merah pun makin kurang. Merah-merah hilang selepas seminggu.

Monday, September 16, 2013

Check up Anas Syauqi 6 bulan

Cepatnya anak mama dah 6 bulan. Makin banyak akai. Ok straight to the tittle, Check up Anas patutnya 2 September 2013 tapi saya ada kursus, hubby pula kena stand by. Saya call mintak tukar date ke minggu depannya.

Hasil dari check up :-

Berat : 6.8 kg
Panjang : 67 cm
BMI : 15.1
Lilitan kepala : 43 cm

Kebolehan Anas so far yang saya ingat :-

  • Angkat punggung, dalam posisi merangkak, badan goyang-goyang ke depan.
  • Sign untuk nak tido - hisap jari, genyeh mata, kuar bunyi ''uuuuuuu''
  • Jari tangan dah pandai ketuk barang bagi kuar bunyi
  • Tangan tu dok hempuk barang je
  • Jari garu kepala dan dalam telinga. Habis luka dalam telinga bila kuku panjang
  • Laju menyulur ke depan kalau nampak benda yang menarik perhatian
  • Suka jelir lidah, muncung mulut
  • Gedik-gedik kaki bila excited, geram nak dapatkan sesuatu
  • Penuh luka dekat jari, mata sebab lasak sangat
  • Suka tonyoh muka ke lantai

Garu kepala
semua benda nak gigit
gigit bibir geram nak capai barang
minum air masak guna straw

Friday, September 13, 2013

Pendermaan Organ

Assalamualaikum.
Saya dah mendaftar untuk menjadi penderma organ beberapa bulan lepas. Pelbagai isu timbul tentang isu menderma organ ini. Niat saya untuk membantu pada yang memerlukan. sebagai anggota kesihatan saya paham betapa sukarnya hidup dengan kegagalan organ-organ penting dalam badan. Banyak laman web boleh di rujuk sekiranya ada kemusykilan tentang isu ini. Saya link kan laman web berkenaan KLIK SINI
Maaf, saya kekurangan masa untuk menerangkan.

Saya rindu nak menderma darah T_T

Monday, September 9, 2013

Rutin harian saya ibu bekerjaya

Assalamualaikum.
Dah 3 bulan ++ kot bekerja selepas 3 bulan cuti confinement tapi baru nak story kisah ini. Alhamdulillah, saya sudah dapat membiasakan diri dengan rutin harian saya. Perkongsian tentang rutin harian saya ini hanya sebagai rujukan saya nanti di masa akan datang, sebagai kenangan catatan hidup saya dan mungkin juga boleh di jadikan rujukan kepada pembaca blog saya (jika ada). Terima kasih.

5.00 pagi - Bangun tidur, Pumping, Masukkan EBM untuk ke rumah mak
5.30 pagi - Mandi, solat, buat air untuk hubby dan saya
6.00 pagi - Kejut hubby, tukar diapers Anas, BF (kalau Anas bangun), kemas rumah
6.30 pagi - Hubby drive ke rumah mak gerak ke hospital
7.00 pagi - Sampai hospital, Hubby bawa motor ke USM (tempat kerja hubby)
7.30 - 5  petang - Kerja. Pump 11 pagi, 1 petang, 4 petang. Kadang 2 kali je.
5 petang - Saya drive pulang rumah kami, cairkan frozen EBM, masukkan chilled EBM dalam untuk stok susu Anas esok, kemas rumah, mandi, pump kalau tak sempat pump di tempat kerja.
5.45 petang - Drive ke hospital, tunggu hubby balik dari tempat kerja.
6.15 petang - Hubby sampai dan drive ke rumah mak saya.
8.00 malam - Gerak pulang rumah kami lepas solat maghrib.
8.30 malam - Mandi / lap badan Anas / tukar baju, Frozen EBM yang dah cair masuk dalam botol, basuh botol-botol yang guna di rumah mak, Sterile semua botol, pump, Kemas beg baju anas untuk esok hari.
10.30 malam - tidur

Ini secara general, biasanya macam ni la flow saya hari-hari. Time tu berubah la sikit. Aktiviti malam kadang-kadang hubby settle Anas dan saya move on dengan EBM, beg baju vice versa. Waktu tidur bergantung pada Anas. Kalau Anas ok, awal la kami tidur. Kalau dia cranky, nak main, tak nak tidur, saya akan settle semua kerja, hubby layan dia. Dah settle kerja rumah saya layan Anas dan hubby akan buat kerja dia atau sudahkan kerja rumah mana yang saya tak sempat buat. Kalau anas tak nak tidur juga, saya akan tidur dulu dan hubby layan Anas, tidurkan Anas lepas saya BF. Lepas tu tukar syif la kami berdua. Hubby tidur, saya pulak take turn jaga Anas. Biasa nya hubby yang banyak berjaga. Saya yang tidur. Ngeee.. I love you Hubby

Friday, September 6, 2013

Anas Syauqi First solid food

1 September 2013, Anas Syauqi cukup 6 bulan. Dah kena start makan solid food. Disebabkan 1 September jatuh hari ahad, saya injak satu hari awal iaitu 31 Ogos. Sebab saya cuti sabtu dan ahad, leh la pantau reaction Anas dengan solid food. Tapi tak rasa la akan berlaku allergic since saya mula dengan buah dulu. Sebenarnya masa dengan anas hanya lah weekend. Weekday Anas dengan tok nya. Huhuhu..

Beberapa bulan sebelum Anas menginjak 6 bulan saya dah jenguk-jenguk group kat FB, study tentang solid food. Tak yah la cerita pasal umur berapa bulan kena makan apa dan bla bla. Bersepah-sepah dah orang buat entry tu. Saya merujuk chart seperti di bawah ini. Plan nak mula dengan epal. Pastu nak beli body blender. Saya tak rasa nak beli blender khas macam yang lain-lain beli sebab mahal dan nak pakai kejap je. Baby makan yang halus-halus beberapa bulan je. Lagipun saya tak boleh nak buat stok puree. Fridge penuh. Memang tak de ruang dah.
Pendek cerita body blender tak beli lagi dan buah epal pun tak beli. Pagi hari merdeka tu rasa macam tak boleh nak bagi anas start lagi sebab tak de menda nak bagi. Tak pe lah, esoknya baru mula (1 September) sempat la kuar beli buah epal petang tu. Masa tengah kemas dapur nampak 3 kotak kurma dapat masa Ramadhan lepas. Terus google tengok baby 6 bulan sesuai tak puree kurma. Ting! sesuai dan terus baca cara nak buat puree kurma. Maka tak jadi bagi Anas makan epal, mula dengan kurma dulu, makanan sunnah Nabi kan. Ada la hikmahnya.

  • Ambil beberapa biji kurma. Saya ambil 14 biji untuk stok 4 hari.
  • Buang kulit luar dan biji
  • Stim kurma (tak de gambar stim, saya pakai manual je. Stim atas dapur gas)
  • Dah lembut saya lenyek je (dah tak de blender kan)
  • Sudah lenyek, tapis
  • Gambar kedua hasil setelah tapis
  • Campur EBM yang di panaskan
Hari pertama sikit je Anas makan. Baru nak belajar rasa benda baru. Hari kedua dia makan lebih sikit dari first day tapi stil tak habis. Saya sukat 1 sudu teh puree + EBM. Bagi air masak juga masa makan ni. Saya nak guna 4 days rule. Harap Anas tak de alahan.



Wednesday, September 4, 2013

Wordless Wednesday

Last week di Aeon Jusco
1 bean bag fabric RM299

I bean bag leather RM399



+ RM 1 dapat bean bag ottoman

Tak tahu murah ke mahal. 
Lama dah teringin bean bag tapi macam 
berat hati nak beli hari tu.
Ada la hikmahnya.


Sunday, September 1, 2013

Anas Syauqi 6 months

Alhamdulillah, Anas Syauqi menginjak 6 bulan hari ini, 1 September 2013 dan bersyukur sangat saya berjaya menyusukannya walau berbagai halangan.

Sesungguhnya pelbagai dugaan kami suami isteri hadapi sepanjang 6 bulan ni tapi ini juga mendewasakan kami berdua dan seterusnya mengeratkan lago hubungan kami berdua. Ahamdulillah. Kehadiran Anas Syauqi menjadikan saya lebih bersabar dari dulu panas baran.

Di usia 6 bulan juga saya perlu mengenalkan solid food pada Anas. Saya buat keutusan untuk inro puree dahulu berbanding dengan bubur nasi, ubi lenyek, nestum dan lain- lain lagi seperti arahan manusia sekeliling saya. InsyaAllah akan saya cerita di entry yang lain.

Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...