Tuesday, December 31, 2013

Kenangan 2013

Salam..
Hari ini hari terakhir di tahun 2013, hanya tinggal beberapa jam untuk mela ngkah ke tahun baru. Ramai yang memperkatakan tentang azam 2013 samaada telah tercapai atau tidak. Rasanya dah lama saya tidak meletakkan azam baru di awal tahun. Yang saya amalkan, jika saya hendakkan sesuatu akan terus saya usahakan dan cuba capai. Saya tak letakkan sasaran perlu capai sesuatu itu di penghujung tahun. Saya selesa dengan cara saya. Cuma sekarang saya sangat inginkan sebuah rumah dan kereta idaman saya. InsyaAllah akan cuba usahakan.

Terbaik 2013
Kelahiran Anas Syauqi 1.3.13
Kes kemalanngan selesai dibicarakan
Holiday merata-rata - Bukit Tinggi, Cameron Highland, Bukit Merah, KL, Perlis, Taiping,Parit Buntar (kampung in law pon nak kira holiday ke?)
Buat dua photoshoot. Maternity cum 2nd anniversary dan newborn photoshoot
Banyak hutang dapat di langsaikan

Duka 2013
Kematian dua bapa saudara yang agak rapat dengan keluarga saya. 21/7/13 & 21.12.13
Handphone saya hilang akibat kecuaian saya
Motor hubby kena curi di parking tempat kerja saya


Rasanya itu sahaja yang saya ingat. Walaupun banyak yang saya lalui pada 2013, Alhamdulillah dapat lalui semuanya terutamanya pengalaman pertama berpantang dan menjadi ibu sangat mencabar. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang saya rasa. Sungguh saya rasa saya sangat down dengan sangat banyak benda baru yang saya lalui tempoh itu. Semuanya datang serentak. Bersyukur sangat-sangat Allah tetapkan pendirian saya dan bantu saya lalui semuanya hingga ke akhirnya.

Sesungguhnya apa yang saya belajar pada 2013, bukan senang nak menjaga hati semua orang. Kadangkala kerana terlalu nak menjaga hati, hati kita sendiri yang terluka.

Moga 2014, saya menjadi lebih sabar, tenang dalam menghadapi setiap cabaran. Saya gembira dengan keluarga kecil saya ini ^___~


Monday, December 30, 2013

Baby & Kidz Fair 2013

Salam..
Walau dah berbulan kejadian nak catat juga di sini. Untuk rujukan saya di masa akan datang. Saya pergi hari Jumaat. Best sebab tak sesak, boleh je lepak lama-lama, nak bayar tak yah sesak-sesak, nak ambil goodie bag pun tak beratur panjang. Kali ni pergi mak dan mak teh saya ikut. Banyak juga booth tapi brand yang popular tak banyak sangat. Letih jalan-jalan, lepak depan stage, biar Anas main dekat playmat depan stage. Ada promoter event datang invite Anas Syauqi untuk masuk competition 'Baby Race'. Actually untuk baby girl tapi sebab takde participant Anas boleh je join. Ada 4 je contestant. Anas dapat no 3. Hadiahnya (gambar kat bawah) rompers dan socks pinkish sebab contest ni untuk girl, kami bagi hadiah tu dekat anak sedara saya.

Kemudian, hubby register nama kami berdua untuk participate 'Baby food contest'. Kami kalah... Hahahaha.. Saja suka-suka masuk. Kami laki bini kena suap makanan baby ke pasangan masing-masing dengan mata bertutup. Makanan tu memang tak sedap. Suapan pertama, saya terus rasa nak muntah. Sudahnya, hubby je yang habiskan. Dapat tempat second last, dapat gak hadiah. Semua yang masuk dapat hadiah. Hadiahnya hamper makanan baby yang kami makan tu. Saya bagi kat mak cik saya hadiah tu.

Kesimpulan kali ni punya Baby & Kidz fair really enjoy. Kalau lebih banyak brand yang take part lebih best kot. Hasil rembatan kali ini (t-shirt je yang snap gambar, lain-lain lupa nak snap)
Diapex Premium 4 pack = RM100
Avent 3x9oz feeding bottle = RM69.00
T-shirt 6 helai = RM60
Atas hasil dari goodie bag 

Thursday, December 5, 2013

Artis pun buat Maternity Photoshoot

Refer tajuk dan tengok gambar.

Gambar di ambil di SINI

Ni yang paling saya suka, di ambil dari SINI

Tuesday, December 3, 2013

Pretzel

Kebelakangan ni saya tengok ramai yang jual pretzel. Saya pernah beli sekali di Aunti Anne's. Sedap tapi mahal kot. Ada la jugak jeling-jeling di Instagram mana-mana seller yang jual. Risik-risik harga, flavour, kuantiti 1 box. Lepas sesi soal jawab dengan beberapa seller saya decide beli dengan MyPretzel. Ada banyak flavour - strawberry, white choc, hazelnut, almond, choc.
Saya order choc, almond dan Hazelnut. Order bekas kecik je dulu, nak rasa. 1 bekas RM20. Kebetulan masa saya order ni tengah promo, free postage. So bayar harga pretzel je. Payment khamis petang, sabtu dah sampai. Ahad baru saya ambil. Saya letak alamat rumah mak saya. Sampai je terus makan. Sedap. Rasa manis-manis masin. Ralit je kunyah tengok dah tinggal separuh.

Si kecik yang sambar dulu, nasib tak hancur

Sunday, December 1, 2013

1st December 2013

He's turning 9 months today

And just 1 months we gonna celebrate our 3rd anniversary

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...