Tuesday, February 18, 2014

Family Day & Gathering KKNC

Tarikh - 17-19 Januari 2014
Tempat : Putri Ayu Chalet, Yan, Kedah

Kami berjumpa di Tol Sungai Dua selepas solat Jumaat. Ada kejadian di sini, kami yang pertama sampai dan berlaku kemalangan. Motorsikal laju tak nampak kami dah bagi signal nak berhenti di bahu jalan. Kami selamat. Cuma kereta kemek, calar, Penunggang motosikal jatuh tergolek. Dia tak nak kami bawa dia ke hospital, katanya ok, cuma mintak duit untuk baiki kerosakan motorsikal nya. Mujur sikit je mintaknya, kalau banyak nak heret pergi balai polis buat report je. Permulaan yang kurang baik bagi kami.

Bila semua dah sampai kami pun bertolak. 5 petang sampai sana, lepas check in, Solat Asar, rest kejap dan sesi pendaftaran. Acara bebas - ada yang mandi, ada yang sedia bahan BBQ untuk malam nanti, ada yang berehat. Husband bawa Anas mandi kolam. Walau sejuk sampai ketar, Anas masih nak mandi. Memang suka air budak ni. Lepas mandi, masuk semula bilik, tidurkan Anas. Mereka di sana dah mula BBQ. Dekat nak maghrib, Anas belum bangun. Seram pulak tinggal sorang-sorang dalam bilik, angkat je Anas dan pergi join diorang BBQ.
 
 Lepas Isyak, bacaan Yassin dan tahlil. Tak sempat saya nak habiskan bacaan, Anas dah mengamuk nak tidur. Masuk bilik, tidurkan Anas kemudian dengar bunyi yang sangat kuat. Hubby dan adik saya kuar tengok. Rupanya bumbung dewan runtuh. Mujur lah tak de orang dalam dewan tu. Malam semua dalam bilik kami tak dapat tidur sebab Anas Syauqi meragam. tidur 15 minit, kemudian menangis hinggalah subuh. Pagi, 18hb saya hanya join acara sukaneka. Mengantuk dan sangat sejuk. Sarapan disediakan oleh pihak chalet.

9 Pagi, sukaneka bermula. Kami semua di bahagi kepada 2 team. Game pertama treasure hunt, semua ahli terlibat, kemudian lari dalam guni, bowling kelapa dan banyak lagi game. Pemenang dikira by point. Tengah hari rest dan sambung semula lepas lunch. Kami gerak ke Sungai Petani jam 12 tengah hari. Aktiviti lepas lunch tak tahu dah apa. Yang saya tahu group saya menang. Ngeee

Lepas gerak dari Yan, kami terus ke The Carnival, Sungai Petani untuk perjumpaan bersama teman kolej dulu. Yang ajak join ramai tapi yang hadir 3 orang je. Semua hadir bersama anak dan pasangan. Tak de aktiviti apa pun, cuma mandi manda dan bual kosong je. 5 petang gerak pulang.



Monday, February 3, 2014

3rd anniversary

Salam..
1/1/14 ulangtahun perkahwinan kami yang ke3 (masuk bulan 2 baru gigih buat entri). Tiada percutian atau photoshoot seperti sebelum ini tapi takkan nak duduk dalam rumah je kan. Tambah pulak cuti. Maka kami ke Pulau Pinang saja. Melawat 3D muzium atau nama lain Made in Penang interactive museum. Nama saja tinggal di Penang tapi berkali-kali pusing mencari muzium ini. Ikut GPS, hala ke muzium lain. Stop tanya beberapa orang baru sampai. Rupanya depan mata je tapi tak de sign board. Banner yang ada memang tak membantu. Bangunan tepi jalan je. Nak parking kena cari sendiri tempat sekitarnya. Tepi jalan memang tak boleh park.

Hari tu public holiday pula, memang penuh la manusia. Macam biasa, hubby drop saya dan Anas di depan pintu masuk kemudian dia mencari parking. Kat depan pintu ni dah ada gambar, dan ramai tengah tunggu turn nak tangkap gambar. Hubby sampai, pergi beli tiket. Stroller Anas tak leh bawa masuk. Kena tinggal kat tepi tu. Kat kaunter bayaran ni ada gambar Lim Guan Eng tengah minum kopi. Leh tangkap gambar. Ada juga kedai makan, toilet kat sini. Penuh dengan chinese. Sempat bertanya pada yang jaga tiket. Muzium ni buka hari-hari, 9 pagi-6 petang. Harga tiket RM15, kena tunjuk Mykad.Kalau tak kena harga pelancong RM30.
kami minum ptg dgn LGE
Banyak lagi gambar tapi malas edit. Hehe.. Lepas keluar dari sini g makan, jalan sekitar situ yang ada lukisan di dinding ntah apa namanya.
Then beli fridge magnet, 10 keping yang ada semua design mural tu. RM30 kot semuanya. Kemudian naik feri balik seberang dan ke Restauran Khun Thai. Pertama kali ke sini, tempat luas, mamng leh sumbat banyak orang makan, parking di sediakan, percuma. Kami makan nasi putih, tomyam seafood, sotong masak pedas, ayam goreng. Makanan semua sedap. Sotong mintak paling kecik dapat banyak tu. Jenuh nak makan, memang tak habis, tapau bawa balik rumah. Tomyam seafood ada udang, sotong, isi ikan. Sedap jugak. Total semua dalam RM60-70. Tak ingat harga.
Habis makan, balik rumah, esok kerja T_____T




Saturday, February 1, 2014

Anas Syauqi 11 bulan

Salam..
Lambat lak tulis entri kali ni. Dah malam baru teringat. Hari ni 1 Februari, Anas genap 11 bulan. Masih BF dan makan homemade solid food yang saya masak. Alhamdulillah. PnP sekarang ini


  • Pandai naik turun katil dan sofa sendiri
  • Tiru apa yang kita buat. Contoh tepuk tangan, buat bunyi mulut guna lidah
  • Pandai punggah dan simpan balik
  • Suka berendam dalam air
  • Paham bila orang sebut ''jom'', ''bye''
  • Merangkak ke kaki saya bila tengok saya pakai tudung, takut kena tinggal.
  • Menangis bila nampak saya masuk dalam kereta, pagi-pagi masa hantar
  • Berdiri lepas tangan beberapa saat.
  • Berjalan apabila berpaut pada meja, sofa


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...