Friday, March 15, 2019

Bercuti di Lost World of Tambun 2019 - Day 1


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Penghujung Februari saya dan keluarga ke Lost World of Tambun (LWOT). Saya ada menang tiket tapi dapat 1 je la tiket untuk dewasa dan tiket Expired April 2019. Memandangkan saya ada apply sambung belajar dan kalau diterima belajar, saya kena lapor diri awal March, saya ajak husband untuk gunakan tiket ni sebelum March. So, kalau dapat belajar, tak la ralat sangat tak sempat pergi LWOT. Kami check kalendar dan pilih 24 dan 25 Februari (Ahad dan Isnin).

Memandangkan tiket yang dah ada 1 dewasa, perlu beli tiket untuk 1 dewasa dan 1 kanak-kanak. Untuk hotel pun perlu beli sebab kami plan nak pergi Hotspring. Bila check in LWOT Hotel, akan dapat free entrance ke LWOT Hotspring untuk dewasa dan untuk Anas kena beli. Diskaun yang hotel bagi untuk tiket Hotspring masih belum cukup murah. Firstly,  Saya survey harga di Booking, Agoda, Traveloka dan website LWOT untuk dapatkan harga terbaik dan lastly ini harga yang saya dapat.

LWOT Hotel : RM226.56 (2hari 1 malam, exotic room termasuk sarapan) - beli di Traveloka
LWOT Water Park : RM85.53 (1 dewasa 1 kanak-kanak) - beli di Traveloka
LWOT Hot Spring : RM26 (1 kanak-kanak) - beli di shopee

24/2/2019 - Ahad


9.30 pagi bertolak dari rumah. Isi minyak, top up touch n go dan singgah beli pelampung kat Anas Auni. Pelampung dah ada bawa tapi saja beli lagi. Pelampung yang ada tu beli kat Eco. Plain je la. Baru ni pergi Hard Rock nampak orang guna pelampung Flamingo, excited la nak beli jugak. Kami sampai di Tambun jam 1 tengah hari. Masih awal untuk check in dan kami decide untuk makan dulu. Beli Mcd untuk Anas Auni dan masuk Food Court Giant untuk makan.

1.30 tengah hari kami masuk LWOT Hotel. Saja la mencuba nasib kot boleh check in awal dan ya, bilik available boleh masuk. Kena bayar deposit RM200 dan diberi voucher. Semua yang diberi masih sama macam tahun lepas. Masuk bilik solat dan paksa Anas Auni tidur sebelum nak masuk Hot Spring jam 6 petang nanti.


5 petang kami bangun solat dan kejut Anas Auni. Pakaikan pakaian mandi, prepare barang nak bawa masuk. Pakaian mandi pakai je siap-siap dari bilik. Dalam Hotspring tak leh bawa makanan. Air masak boleh je bawa. Kami bawa masuk roti. Pandai-pandai la ye nak seludup. Jalan kaki je dari hotel pergi LWOT Hot Spring. Masa sampai dekat entrance tengok ramai beratur kat kaunter tiket baru. Kaunter ni dekat bahagian luar. Saya pun pergi la beratur. Dari 4 kaunter, 1 je yang buka. Dah sampai giliran dan tunjuk baucar yang dapat masa check in tadi. Untuk baucar kena pergi kaunter tiket lama. Tunjuk baucar, dan kaunter akan print wrist band. Yang Anas pun sama.


Konsep kaunter kat luar ni untuk pengunjung yang belum beli apa². Kalau dah beli online atau ada baucar menang contest ke pergi kaunter yang lama untuk print. Lepas dapat wrist band, staf depan pintu akan pakaikan. Masuk dalam tengok sekeliling, cari port nak bergambar. Dengan anak-anak ni kena bergambar dulu. Nanti dia dah masuk dalam air, susah dah nak panggil keluar. Masa husband setting kamera, dua² dah g duduk dalam air.


Lepas bergambar, bagi Anas Auni mandi dekat tempat kanak-kanak. Sejam gak la bagi diorang mandi situ. Lepas tu move pergi attraction lain. Plan nak pergi petting Zoo tapi sini tutup 10 malam. Kemudian je la pergi. Pastu move ke Luminious forest (LF) tapi LF buka 8 malam. 7.45malam ada persembahan di panggil Tales of Tribes kat sebelah LF. Lepas persembahan baru pergi LF. LF di penuhi lampu. Cantik sangat tempatnya. Hati-hati nak jalan sebab gelap, naik tangga, turun tangga dan laluan tasik. Ada staf yang guide di setiap tempat. Boleh la baca asal usul barang yang di pamerkan.


Lepas habis pusing LF, pergi depan stage book tempat nak tengok fire show. Belajar dari pengalaman. Dulu tempat belakang, Anas Auni tak nampak bila orang depan pakat berdiri. Lambat lagi nak show, husband g beli roti john. Habis tengok fire show kami pergi Hot Spring and Spa. Berendam kat situ sampai LWOT tutup. Anas Auni ajak pergi tempat lain pun tak nak. Banyak kolam kat sini semua berbeza suhu
 Semua kolah saya cuba tapi yang 40° ke atas tak tahan panas. Keluar LWOT balik hotel, mandi dan keluar makan. Auni baru makan 2,3 suap pastu tidur. Anas ngamuk-ngamuk kat kedai makan. Masuk kereta tidur.



8 comments:

  1. Assalamualaikum sis, nk tnye. Boleh keluar masuk theme park ke hotel tak ? Atau bila dh keluar theme park, kita x boleh masuk lg

    ReplyDelete
  2. Sabrina - Wassalam, dah masuk theme park tak leh keluar kecuali keluar untuk check in Hotel Lost World.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sis, maksudnya kalau kite dah masuk theme park kemudian keluar nak check in hotel lepas tu masuk balik theme park boleh la?

    ReplyDelete
  4. Sis, nak tanya..tiket yg promo rm44 tu dapat masuk semua tempat ke? Nak tepon x de contact

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiket yg mana ye yg rm44? Kalau water park / theme park saya beli di Traveloka bahagian Xperience. Purchase di situ je then akn terima baucar di email. Print yg tu dan tunjuk di kaunter tiket.

      Delete
  5. Salam sis nak tanya..
    Cth klu kita stay hotel tu..kita dh masuk theme park pukul 11 then nk kluar untuk check in hotel pukul 2..ble masuk semula ke..then klu petg tu kita nk balik hotel then mlm lps maghrib nk masuk utk hotspring boleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Kalau dah masuk theme park, nak keluar utk check in hotel dibenarkan. Seorang je yg boleh keluar. Lepas tu tak leh dah. Walaupun nak masuk utk hotspring.

      Delete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...