Monday, August 2, 2021

Review novel : Comando In Action

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel beli awal tahun. Lepas 7 bulan baru sempat baca. Novel ni kisah tentang Eddie Suffian dan Aufa Medina. Kisah kawan-kawan mereka yang lain dalam novel lain. Ada kisah Kief, Jimmy, Rif dan Haq. Ada baki lagi beberapa orang akan muncul lain novel.


Sinopsis


Hubungan Aufa dan Ed terputus selepas tidak direstui ayah Aufa yang juga orang atasan Ed. Tanpa pengetahuan Aufa, Ed melepaskan Aufa tanpa bicara. Panggilan dari Jeneral Hamzah menjadukan Ed tertanya-tanya. Walaupun benci dan marah, Ed tetap ke rumahnya tetapi ia tak seperti yang Ed bayangkan. Jeneral kena serangan jantung dan Aufa cemas. Ed menyelamatkannya. Kemunculan Ed menjadikan Aufa mangsa kemarahan suaminya, Harris. Lebih buruk lagi Harris melibatkan diri dengan Viggo. Kematian Harris menyebabkan Aufa menjadi sasaran Viggo. Dapatkah Ed selamat kan Aufa? Bagaimana dengan penerimaan Jeneral Hamzah?


Bagi saya yang dah biasa dengan penulisan DZ, saya suka. Semuanya bagi saya sempurna. Cuma ending macam boleh dikembangkan lagi. Tapi ini pun dah tebal. Kalau kembang lagi entah tebal mana la pula 🤔

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...