Pages

Wednesday, March 20, 2019

Review novel : Kukejar Kau Lari



Assalamualaikum,
Saya tak pernah baca karya dari penulis ni. Ni karya beliau yang pertama saya baca. Novel ni dicetak pada 2014, 5 tahun lepas. Gaya bahasa dan penceritaannya teratur dan 'skema'. Mungkin penulis punya gaya penulisan sebegitu. Saya kurang meminati gaya bahasa seperti ini. Sedikit bosan tapi isi utama novel menarik. Kisah anak yatim yang ditindas, di dera mental dan diambil hak mereka. Tidak terlalu sarat dengan cinta. Banyak typo berkaitan nama watak. Terlalu banyak watak di dalam kisah ini. Sesuai la untuk pembacaan remaja, kanak² sekolah kerana elemen persahabatan banyak diterapkan.

Sinopsis
Sejak kecil Nadira dibesarkan di Rumah Anak-anak Yatim Al-Mustaqim. Namun dia harus pergi kerana diambil oleh keluarga angkat yang kaya-raya. Dia protes. Akhirnya, dia meninggalkan rakan-rakannya, iaitu Zariq, Tajol dan Busrya. Sepuluh tahun kemudian, mereka bertemu semula. Namun, dalam rindu dan sayang ada rasa benci di hati.

Kemunculan Nadira membuatkan banyak hati yang kecewa. Pertemuan itu tidak menggembirakan Zariq. Dia tahu perasaan Nadira terhadapnya, tetapi dia tidak sanggup melihat Tajol, sahabat baiknya terluka kerana gadis itu.
Busyra pula tersasar arah. Cintanya pada Zariq rupa-rupanya hanya bertepuk sebelah tangan. Dia benci Nadira! Dia cemburukan Nadira! Nadira juga apabila Busyra selalu mendekati Zariq. Namun cinta bersegi-segi ini makin konflik bila Hardy, abang angkatnya meluahkan perasaan cinta.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)