Pages

Friday, April 12, 2019

Trip ke Johor dan Melaka 2018 - Day 1 and Day 2 (Legoland Water Park)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Percutian yang dah lama rancang. Yearly trip kami adalah pada bulan Oktober. Birthday treat 😉

Minyak : RM87.40 (39.72 liter)
Minyak : RM88 (40 liter)
Tol : RM90.50
Parking Medini Mall : RM8 + RM7

19 Oktober 2018, Jumaat

Kami ambil half day kerja. Selesaikan pelbagai urusan yang ada. Malamnya isi minyak siap-siap full tank. Barang² 90% masukkan dalam boot kereta.

20 Oktober 2018, Sabtu

4 pagi - Bangun tidur, mandi, tukar diapers Auni. Check semula barang dan masukkan selebihnya dalam boot kereta. 5 pagi baru bertolak. Stop solat Subuh, mandikan Anas, ambil kabel, makan, mandikan Auni. Bila anak² dah bangun, banyak kali stop nak uruskan mereka. Masuk exit Ayer Hitam sebab minyak dah nyawa² ikan. Lepas isi minyak, teruskan perjalanan.


2.30 petang sampai Hotel. Check in bilik, kena bayar deposit RM100. Rehat dan solat. 4.30 petang pergi pool. Bagi Anas dan Auni mandi. 6 petang keluar pergi Puteri Harbour. Nak cari konstruk tapi sesat masa awal tu. Jalan lak banyak tutup. Lastly jumpa gak tapi tutup buat masa sekarang. Pandang kot luar je la.


Gerak pergi Kilang Bateri di Jalan Tampoi. Mula² parking kat luar tepi jalan, lepas turun kereta tengok ada signage parking bahagian dalam percuma. Sini ada jual barang² dan kedai makan. Malangnya banyak dah tutup dan harga agak mahal. Makanan punya harga bermula RM6. Beli limau ais cup RM4.  Anas Auni je seronok sebab ada playground dalam tu. Plan awal nak makan dalam ni tapi dah tak banyak pilihan kami makan kedai tomyam area hotel je. Makan nasi goreng. Balik bilik tidur.

21 Oktober 2018, Ahad
Water Park Legoland

Bangun tidur terus kena breakfast

Bangun pagi, solat Subuh dan pergi sarapan. Stay hotel sekali sarapan. Alhamdulilllah, walaupun menu ringkas, kenyang. Siap tapau lagi. Masuk bilik mandikan anak² dan bersiap nak ke Legoland. Plan kami untuk hari ni pergi water park. Tiket dah beli online. Biras message, diorang pun nak join sekali. Sampai Legoland 10.15 pagi. Parking di Medini Mall. Cas parking ikut jam. Nak parking di parking Legoland pun boleh, cas RM10 sekali masuk. Parking tak elok pun. Parking di Medini Mall lebih tersusun dan luas. Semangat nak sampai awal nak begambar depan signage LEGOLAND, rupanya dah tak de. Kawasan depan tengah upgrade nak buat attraction lain, Sealive.


Saya ke kaunter tiket dan tanya berkenaan tiket yang saya beli. Katanya pergi kat entrance tunjuk je email yang saya terima. Untuk Auni kena beli swimming diapers. Dapat 2 pcs dengan bayaran RM10. Syarat masuk Water Park semua kena bayar. Yang tak kena tiket kena beli swimming diapers. Beli siap² di kaunter tiket. Kalau dah sampai entrance, kena patah balik. Jauh la gak.


Tunjuk email, scan barcode dan boleh masuk. Beg langsung tak check. Kami bawa 1 stroller. First yang jumpa selepas scan ticket, adalah locker room. Changing room dalam ni jugak dan asing kiri dan kanan ikut jantina. Locker ada disediakan dan kena sewa mengikut saiz kecil dan besar. Harga RM20 dan RM40 kalau tak silap saya. Kami letak barang² dalam stroller je. Barang berharga masuk dalam dry bag.

Lambakan legi di Build A Boat station.
Tempat launching bit, depan stesen ni

Lepas salin baju, Anas Auni tak sabar dah nak mandi. Kami tunggu BIL dan keluarganya sampai. Saya ajak suami jalan-jalan dulu tengok kawasan. Peta lupa nak ambil di kaunter tiket. Jalan sampai ke hujung, ada slide. Slide ada 8. Saya sempat cuba 2, husband lak 1. Tak semua slide kanak-kanak boleh naik. Semua ada ketinggian berbeza. Kami suami isteri bergilir naik slide yang boleh Anas naik. Anas berani, Semua slide dia nak naik tapi sebelum naik staf akan ukur tinggi dulu. Saya lak ada geng dengan biras. Naik la kami berdua. Husband masing-masing jaga anak.

Slide pertama husband naik dgn Anas.
Slide ni Anas tak cukup tinggi

Port first kami duduk Build-A-Boat. Bagi Anas Auni buat boat sendiri guna lego yang di sediakan. Lama gak la diorang main sementara tungu BIL dengan family sampai. Then pergi Cabana yang BIL sewa untuk simpan barang. Budak² dah pergi masuk air. Cabana depan Lego Wave Pool. Cuaca sangat panas masa ni. Sekejap je di sini sebab panas sangat. Kami pindah pergi Joker Soaker. Tempat ni macam playground dalam air. Banyak gelongsor dalam ni. Anas memang hilang dari radar. Ada geng lagi la seronok dia teroka semua tu. Kami lak bosan dekat sini. Kawasan panas, tak de tempat nak lepak. Auni lak takut, nak berdukung je.

Kami pindah ke Build-A-Raft River. Naik pelampung dan kita akan dibawa keliling Water Park. Best yang ni, saya suka. Auni penakut, peluk kuat tak lepas-lepas. 2 kali gak kami pusing yang ni. Lepas tu singgah jap kat Imagination Station. Lunggukan lego dan budak² bebas buat apa saja. Sekejap je kat sini. Kemudian ke Duplo® Splash Safari. Lama gak kat sini. Air cetek je dan teduh sikit. Anas Auni dan sepupu-sepupu buat macam² dengan Lego. Ada sedia lego besar².


Dah bosan kat sini, kami pindah ke slide. Husband kami bawa anak yang kecil lepak di Build A Boat. Saya, biras, dan anak-anak kami naik Red Rush. 1 pelampung besar boleh naik 4 ke 6 orang. 3 kali kami naik. Orang tak ramai, tak yah beratur. Penat naik tangga je. Lepas tu kami naik Splash Out lak. Yang ni sorang-sorang. Gayat gak. Baru berhajat nak pergi slide seterusnya, ada pengumuman yang semua kena kosongkan kawasan permainan. Kilat di kesan. Kami pun gerak ke tempat berteduh yang berbumbung nak rehat. Elok je dapat tempat lepak, hujan turun selebatnya.


Kami berteduh di Beach Grill. Kedai makan yang jual western food. Ada port untuk kanak-kanak main kat sini. Anas Auni dan sepupu-sepupu mereka seronok main lego sambil saya suap nasi lemak dan mee goreng. Habis 2 bekas makanan dekat mereka berempat. Kami suami isteri yang lapar beli makan di cafe. Harga minimum RM25 untuk kids meal. Ambil la 2 set burger, 1 kids, 1 lagi adult. Alhamdulillah kenyang dan sedap. Auni tidur.


Kami terperangkap di situ. Nak pergi salin baju dan ke kereta pun tak leh sebab hujan sangat lebat, dengan kilat dan guruh. Pekerja-pekerja Legoland buat show. Mereka menari dengan lagu-lagu yang terpasang. Hiburan buat kami pengunjung di situ. 5 petang hujan reda tapi masih ada kilat guruh. Pengunjung belum dibenarkan mandi. Kami ambil keputusan untuk tukar pakaian. Habis tukar pakaian, kemas barang nak balik, pengumuman yang water park di buka semula. Tinggal 30 minit je nak mandi masa tu. Kami lak keluar dan pergi makan di Chicken Rice Shop.


Lepas makan kami balik hotel. Semua dah letih. Tidur terus semua.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)