Pages

Thursday, June 27, 2019

Syawal 1440H

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat Hari Raya. Lewat tahun ni buat entri Raya. Tahun ni dapat cuti raya seminggu. Cuti sebelum dan selepas Raya. Biasanya saya cuti lepas Raya, bagi senior cuti Sebelum. Sebab dah belajar, dapat la cuti panjang sikit.

1 Syawal


Macam tahun² sebelum ni, malam raya di kampung husband, pagi raya sampai tengah hari dah pulang ke rumah keluarga saya. Bangun sebelum Subuh nak bantu mana yang boleh. Pasang langsir je sebab masakan dah siap. Lepas tu pergi solat sunat di surau. Lepas sarapan, bermaaf-maafan then balik ke rumah keluarga saya. Anas Auni tidur dalam kereta. Semalam tidur lambat dan hari ni kena bangun awal.


Sampai rumah keluarga saya, dah ada tetamu. Adik bongsu saya je yang ada bantu mak ayah saya. 2 lagi adik belum sampai. Saya bantu top up kuih raya yang dah kurang, top up garnishing laksa dan lain-lain. Menu rumah saya laksa Penang, roti benggali, kari ikan kering, ketupat, nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, dan kuih raya.


Tetamu datang silih berganti dari tengah hari hingga malam. Lengkap semua ahli keluarga emak dan kami bergambar. 2 sepupu je tak de sebab giliran beraya belah pasangan masing-masing. Tetamu balik, yang lelaki kemas di luar, kami yang perempuan basuh periuk di belakang. Siap semua kami berempat balik rumah kami rehat.


2 Syawal


Bangun awal iron baju raya. Hari ini plan nak round rumah saudara side saya. Kami ke Sungai Ara rumah pak cik saya. Kat situ ada 2 rumah saudara kami ziarah. Saudara mara lain side ayah banyak jumpa di situ. Bermaafan sekali semua. Lepas tu ke rumah abang kepada mak di Kg Pelet. Kat sini pun jumpa saudara lain². Sini kampung, banyak pokok buah² dan ternakan. Juda pun ada. Boleh naik percuma je.

Balik rumah rehat dan lepas Maghrib ke rumah abang kepada ayah. Ada bacaan Yassin dan tahlil. Lepas tu gotong royong buat bunga telur ramai-ramai sebab esok cousin nak nikah esoknya. Selesai semuanya, lepak dengan saudara lain kat kedai makan. Minum² je sampai 1 pagi.

3 Syawal


Cousin nikah pagi ni tapi terlajak tidur. Lepas Solat Jumaat, ziarah jiran. Jiran depan rumah jemput datang rumah. Menu mi Udang. Lepas makan kami bertolak ke kampung Husband. Ada Open House. Jalan sesak teruk. 2 jam baru sampai. Mertua dan ipar tak de. Diorang pergi Sungai Petani majlis akad nikah cousin Husband. Makan, bergambar lepas tu gerak cari barang saya. Esok dah nak balik Kelantan.

4 Syawal


12 tengah hari pergi majlis cousin saya di Bertam. Lepas tu masuk Eco cari jajan bekal untuk perjalanan ke Kelantan. Jumpa kawan saya di tempat biasa. Ke

No comments:

Post a Comment

Thanks :)