Pages

Friday, August 9, 2019

Hiking Bukit Keluang


Cuti 1 Mei saya diisi dengan aktiviti di Pantai Timur. Cuti jatuh hari Rabu, tak boleh nak balik Penang, rakan sekelas plan untuk hiking Bukit. Entah camna saya boleh join padahal saya bukanlah pernah lakukan aktiviti camtu.


7 pagi berkumpul kawan-kawan asrama dan cari tempat makan. Lepas makan bertolak ke destinasi. Sampai dekat 9 pagi gak la. Berkumpul semua baru mulakan perjalanan. Mula² kena jalan ke trek mendaki dulu lebih kurang 2km. Mencabar jugak hiking ni. Saya memang tak biasa. Tak expect pun baru 5 minit saya dah letih sangat². Rasa nak patah balik je. Mujur la kawan² banyak bagi semangat.


Selepas sejam sampai juga ke puncak. Cantik pemandangan di Puncak. Nampak sayup² Pulau Perhentian. Tapi penat sangat². Macam² rasa sampai tak sempat pun nak hayati pemandangan dan bergambar kat Puncak. Masa kat sini la saya jatuh. Bahasa perubatannya panggil syncopal attack. Tak tau la sebab apa tapi zaman sekolah dulu memang biasa jadi camni.

Sy kat tepi tu tgh di kipas.
Masa ni dah rasa tak ok.

Lepas layan view atas ni, kena turun lak ikut trek yang lain. Nak turun lagi mencabar. Nasib la tak naik ikut sini. Beberapa kali gak tergelungsur jatuh. Nasihat saya nak pergi sana make sure ada lelaki ikut. Bawa air banyak² dan stick sebab tak semua tempat sedia tali. Sejam masa diambil untuk turun dan alhamdulillah baju seluar kotor teruk.

Belakang tu Pulau Perhentian

Kami minum dulu kat gerai bawah ni sebelum berangkat ke destinasi seterusnya iaitu Air Deru Ecopark. Perjalanan ke sini kena lalu ladang kelapa sawit. Tiket masuk RM2 seorang. Bahagian bawah penuh orang dan kereta. Nakn parking tak dak port. Kena drive naik atas dan kawasan atas tu sangat tak ok, tanah merah dan berbatu. Selepas kesusahan nak park, nasib baik dapat port lepak just nice. Ada dahan kayu dan barang nak BBQ. Tapi member yang bawa barang BBQ tak sampai lagi. Kami masuk dalam air dulu. Lega sangat dapat berendam selepas badan melekit berpeluh hiking tadi. Air pun jernih elok. Rasanya lama dah saya tak manfi air terjun lepas heboh kisah Leptospirosis dulu.

Seluar kotor lepas hiking
 Lepas member sampai, bakar ayam, makan-makan, bergambar dan bersembang-sembang. Kami pun gerak la pulang. Singgah solat Jamak dan singgah dinner area KB. then balik bilik pengsan.




No comments:

Post a Comment

Thanks :)