Pages

Wednesday, November 20, 2019

Fit Consumer Fun Run 2019


Event : Fit Consumer Fun Run 2019
Date : 16/11/2019
Flag off :
Fee : RM10
Venue :  Padang Kota Lama


Tahun ni saya langsung tak join event di area Pulau sebab tak nak rushing waktu pagi. Tapi event ni join sebab rasa rugi lak kalau tak join. Dah la murah, dapat macam² lak tu.


Baju collect hari Jumaat (15/11/2019) di Padang Kota dari 9 pagi hingga 10 malam. Pagi kami ada majlis di Sekolah Anas. Lepas solat Jumaat baru pergi Padang Kita. Asalnya plan nak naik motosikal je sebab sana susah parking dan nak cepat. Tapi sebelum Jumaat lagi dah hujan, sudahnya kami naik kereta je. Dah hujan lebat tu jalan sesak la. Area Padang Kota lak banyak yang tutup jalan, 3 kali gak pusing nak cari jalan masuk ke booth KPDNHEP.


Kawasan sekitar meja collection banjir. Baju yang letak di atas jalan, dipenuhi air. Staf tengah alihkan baju2. Dalam 10 minit beratur, staf kata nak stop 30 minit sebab nak kelaskan semula baju ikut saiz. Yang beratur tak sampai pun 15 orang tapi majiriti yang ambil dalam bulk quantities. Semua pun tak bergerak, masih beratur.


Lama la jugak nak beralih dari seorang ke seorang. Tak tau la masalah apa. Husband tengok tunggu lama dangat dia pun turun kereta dan jumpa staf di meja. Katanya kena tahu nombor bib baru mudah untuk bagi bagi. Nombor bib setiap orang sekali dengan nombor cabutan bertuah. Nombor bib dah asing ikut saiz baju individu.


Saya ambil kertas atas meja dan cari sendiri nombor bib untuk kami berempat. Saya tunggu dalam kereta dan husband yang settlekan. Lama la jugak sebab bib husband tak dak. Lastly tulis kat bib kosong je nombor. Then rushing balik sebab saya ada dinner lak malam nanti.


Hari larian, lepas Solat Subuh saya ke rumah parent untuk tinggalkan Anas Auni dan ambil adik saya. Anas bangun dan nak ikut. Nasib la bawa sekali kasut sukan dia. Alhamdulillah mudah parking dan 7.30 pagi flag off. Sebelum flag off ada zumba dan ucapan perasmian. Masi ni kami collect refreshment. Dapat pisang dan roti. Mineral tak bagi, ada sedia air dan cawan tahan sendiri. Saya daftar Anas untuk pertandingan mewarna. Dapat beg sekolah, tupperware, pen dan buku nota.


Permulaan slow la jugak sebab berpusu-pusu orang. Husband lari dulu. Saya pegang Anas, then adik saya pun lari dulu tinggalkan kami. Lepas 2km Anas jatuh kat kaki lima, lutut berdarah. Slow la sikit kami lari. Then saya masuk surau pergi toilet. Anas jalan dah slow, dia sakit. Message husband gitau. Rupanya kami yang last. Tak nampak sign nak jalan ikut mana.


Nasib nampak satu keluarga kat depan, follow diorang je. Tu pun dia silap ikut staf tengah bergambar. Dah kena patah balik. Ada water station, Anas rest jap. Husband patah balik datang kat kami. Dia bawa kami lalu ikut jalan pintas. Dia dukung Anas. Katanya jangan jadi yang terakhir. Ya, kami bukan yang terakhir.


Best jugak jadi hujung² ni, tak berebut ambil medal. Lepas ambil medal, ambil air milo dan bergambar. Pastu pergi untuk Anas mewarna yang mula kul 9 pagi tapi masa kami pergi semua dah full. Warna yang sedia pun semua orang dah ambil guna. Space nak duduk pun tak de.
Kami jalan sekitar booth yang dah ready untuk pameran. Dapat anak pokok cili di booth pertanian, fridge magnet dan buku nota di booth MBSP. 9 pagi, kami bertolak balik

No comments:

Post a Comment

Thanks :)