Pages

Friday, November 8, 2019

Trip ke Melaka 2019 - My Birthday celebration - Day 3

25 Oktober 2019 - Jumaat


Start our day with breakfast in hotel. Masih menu yang sama macam semalam. Kami repeat bihun sup. Yang tu makan semalam memang sedap tapi malangnya hari ni fish ball nya berlendir. Kuah sup pun nampak macam dipanas berulang kali, minyak sangat banyak. Then saya ambil bihun goreng. Berbau bihunnya. Kami tapau nasi lemak kot budak2 ni lapar masa swimming sebab Auni makan coco crunch dan Anas makan buah je.


Lepas makan naik bilik tukar baju, pack barang. Settle semua check out dan pergi mandi water park. Anas punya tiket RM15 hari ni dengan alasan dah cuti sekolah. Tiket mahal, orang ramai tapi alatan penuh daki dan lumut. Kebersihan memang tak dijaga. Tempat kami letak barang penuh najis kucing. Sekali angin bertiup memang berbau.

Di Lobi Moty Hotel

Anas Auni main bahagian kids je. Orang memang ramai. Lepas 2 jam kat bahagian kanak2 kami pindah mandi di swimming pool. Tak sampai 10 orang kat sini. Air pun suam je. Puas mandi kami tukar baju di changing room. Ada toilet dan shower tapi tempat nak gantung beg tak de. Saya letak beg atas tudung tong sampah je.


Settle semua kami ke destinasi seterusnya, check in Moty Hotel tapi batu 1.30 petang. Stop makan kat nasi ayam goreng berempah Lela. Husband makan situ, saya tapau. Sedap nasi dan ayam nya. Rangup elok cuma kuah kurang rasa. Sambal sedap tapi sikit sangat. Sampai hotel, park bawah jambatan depan hotel dan saya pergi tanya dulu either dah boleh masuk bilik ke tak. Ada 2 orang tengah queue.


Sampai turn saya, bagi IC, inform plat number kereta, clarification bilik dan details (king + breakfast). Deposit RM200 + RM2. Staf polite, bagi info tentang hotel. Ada pool + jacuzi + steam + sauna. Boleh park percuma bawah jambatan. Bilik pun dah ready dan dah boleh masuk. Naik lif, touch kad baru lif gerak, keluar lif ada pintu untuk ke laluan bilik2 dan itu pun kena touch guna kad.


Masuk bilik, Belakang pintu ada wardrobe. Dalam wardrobe ada iron, iron board, bathrobe, selipar dan hair dryer . Depan wardrobe bilik air bath tub + water heater +toilet +toiletteries. Katil king, 4 bantal, ada sofa, kerusi dan meja tulis. Then television dengan basic channel, mini fridge. Rehat jap then pergi tengok pool.


Pool tingkat bawah. Ada toilet, changing room dan locker. Baju mandi kami masih basah lagi sebab tadi mandi kat Bayou Lagoon, kami bawa baju salin di bawah je. Air sejuk. Huhu. Tak leh nak rendam lama². Pool boleh mandi sampai 8.30 malam. 7 malam kami stop. Sambung mandi kat bilik lak.

8 malam kami keluar cari makan. Saya nak makan kat kedai roti canai kayu arang. Hajat nak makan roti nanchos. Masa sampai kereta banyak, orang pun ramai dalam kedai. Just nice kami dapat tempat duduk. Order roti nachos tapi tak de lak. Ambil roti tampal je la. Order jugak mi kari, bihun soto dan otak2. Biasa je rasa roti nya. Unik sebab guna arang je. Kuah kari pun tak sedap mana. Soto dan mi kari pun tak sedap. Otak² sedap. Habis yang order kami tapau lagi bawa balik hotel.


Husband ajak jalan2 uptown. Ada khemah jual2 area nak ke hotel tu tapi jalan nak masuk ke hotel tu sesak. Anas ngan Auni pun nampak rupa mengantuk dah. Kami terus masuk bilik je la. Anas sudahnya tidur lambat gak sebab tengok gambar kat HBO.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)