Pages

Monday, November 4, 2019

Trip ke Melaka 2019 - My Birthday celebration - Day 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seperti tahun-tahun lepas setiap kali birthday kami akan bercuti. Sebabkan saya baru je habis belajar, tak de lah plan bersungguh. Bajet dan masa kurang. Lagi pun hujung Ogos dah pergi Pulau Kapas dan Cameron Highlands. So untuk Oktober ni kami plan ke Melaka je. Tu pun pergi tempat yang buat anak2 happy. Cuti saya tak banyak tinggal, kami ambil 3 hari je dan bersambung dengan cuti hujung minggu + Deepavali jadi la 6 hari.


Hotel book untuk 4 hari 3 malam di 2 hotel yang berlainan. Kisahnya saya mengidam nak stay 1 hotel ni sebab pengaruh review di FB. Husband lak nak pergi cowboy town kat A'Famosa. Nak stay A'Famosa cam tak berbaloi dan waterpark bad review. Hotel saya nak stay lebih kepada saya je seronok. Sudahnya kami ambil Bayou Lagoon sebab ada waterpark kat hotel 3 hari 2 malam, dan hotel yang saya nak tu book 2 hari 1 malam. Book di Traveloka guna kad Debit Maybank dapat la discount sikit.

Kira2 sebelum book hotel
Dan sebelum present kat
Husband. 
Untuk hotel harga yang dibelanjakan.
Bayou lagoon rm182.98 (3H3M)
Moty Hotel rm228.84 (2H1M) 
Dua2 hotel pakej sekali breakfast dan BL ada tambahan waterpark untuk 2 dewasa. 2 minggu sebelum ke Melaka, kami berkunjung ke Matta Fair dan beli tiket masuk ke Old West. Harga 1 tiket RM26 dan total kami RM104. Katanya Auni dah kena bayar. Malas fikir banyak beli je la.

23/10/2019 Rabu

Perbelanjaan sepanjang 4 hari 3 malam 

Hotel : RM 411.52
Minyak : RM 132
Tol : RM 52.60
Tiket waterpark Anas : RM10
Tiket Old West :RM104
Bayaran Melaka RM4



Kami bertolak ke Melaka jam 5.15 pagi. Isi minyak di Juru dan teruskan perjalanan. Sepanjang highway ada masa hujan lebat, gerimis dan cuaca elok. 6.30 pagi kami stop solat Subuh di Hentian Bukit Gantang dan teruskan perjalanan semula selepas 30 minit. Mandikan Anas dan Auni di Hentian Jejantas Sg Buloh. Sepanjang perjalanan, kami jumpa 3 accident, jammed la jalan.

1 petang baru sampai hotel. Itu pun selepas stop makan A&W kat RnR Seremban. Lapar, kot tak makan dari pagi. Pastu nak masuk hotel silap masuk kawasan perumahan. Dah kena pusing balik. Kat reception, kena ambil nombor giliran dan tak sampai 5 minit nombor dipanggil. Bilik dah ada, dah boleh masuk. Kena bayar deposit RM100 dan bayaran apa ntah RM4. Dapat kad bilik, baucar breakfast dan wristband untuk waterpark.


Masuk bilik, rehat dan solat. Bilik ada sinki, mini fridge, kettle, ruang menonton ada sofa dan tv, ruang tidur ada katil, almari, dressing table, bilik air ada shower, sink. Agak besar untuk kami berempat. Ada juga balkoni tapi tak buka pun la. Bahaya untuk anak2.

3 petang kami turun pergi waterpark. Wristband ada 2 je. Untuk Anas kena beli. Harga untuk hari ni RM10 untuk sekali masuk. Macam yg saya dan husband boleh keluar masuk sampai esok 12 tgh hari. Kami mandi dalam sejam lebih je. Sempat la Anas main semua slide. Lepas tu naik bilik bersihkan diri dan keluar cari makan.


Husband bawa ke kedai Mango Float Royale Melaka kat Sungai Putat. Rupanya ada banyak gerai makan. Decide untuk makan kat situ je. Lepas beli air, nak order makan, banyak gerai yg dh nak tutup. Yg ada mi kari, nasi ayam dan laksa. Saya cuba juga corndog cheese. Biasa ja rasanya. Cheese sikit je. Kena ambil yg mozzarella kalau nak efek cheese tarik2. Nasi ayam tak sedap. Mi kari tak sempat rasa, husband dah habiskan. Lepas makan, isi minyak dan beli makan malam spare sebab Anas Auni jenis suka makan tengah malam. Masuk bilik rehat 😊



No comments:

Post a Comment

Thanks :)