Pages

Thursday, January 23, 2020

Katil dan tilam King IKEA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya cadang ke husband untuk beli katil king sejak 2019 lagi. Katil queen kami dah guna since 2010 iaitu katil masa husband di rumah sewa sebelum kami kahwin. Anas Auni lak suka melompat atas katil. Katil pun berbunyi kalau pusing kiri kanan. Saya pun survey la sana sini harga katil dan tilam. Habih murah jumpa kat shopee la. Tapi tak dak la plak review orang yg dah beli King.

Husband survey kot IKEA, lastly kami decide beli Katil di Ikea, tilam kemudian baru nak cari. Duit yang ada cukup untuk katil je 😂. Saya buat survey la sikit camna nak beli sebab first time kan nak beli kat barang besar kat IKEA. Apa yg saya paham,nak beli katil kena ambil sendiri barang2 kat gudang. Saya save semua info yang ada dan hari Sabtu kami gerak ke sana. Kami decide nak ambil TARVA. Untuk king kena pilih saiz 180x200. Harga RM599.


Untuk harga tu kena pilih bed base LARVA. Bed base ni pelapik katil sebelum letak tilam. Pergi ambil di gudang ikut location cam di atas. Mula2 kami tengok kat ruang pameran dulu. Tapi yang di pamer saiz 150x200. Dah puas hati dengan apa yang ditengok baru ke gudang. Di gudang ambil troli, ambil barang dan pergi bayar. Ikut list kena ambil 4 barang. Bed base kena ambil 2 set. Masa bayar, harga lebih murah dari apa yang tertulis kat apps. So, kami parking troli tepi dan check balik. Rupanya bed frame saiz 150x200. Bed frame saiz ni di letakkan di tempat yang salah. Dah 1 kerja nak kena pergi ambil lain.


Kami pergi dekat kaunter refund dan inform. Di situ kami dapat refund melalui gift card. Husband masuk balik gudang, tukar bed frame dan bayar. Masa bayar guna gift card dan tambah baki bayaran. Husband ambil kereta dan masukkan semua dalam kereta. Just nice muat dalam kereta lepas turunkan seat penumpang kiri. Balik rumah tak terus pasang lagi. Esok baru pasang. Husband pasang sendiri. Dia kata mudah. Lepas pasang husband ajak g beli tilam lak.

Baca ringkas2 je pasal tilam, tilam pack dalam vacum, so mudah la nak masuk dalam kereta. Masa kat pameran ada tanya kat staf area tilam. Ada contoh packing, ukur dan muat kereta. Sama macam semalam. Pergi gudang, cari tilam ikut location dan masuk atas troli. Kali ni check betul2 saiz. Ambil sekali bedsheet, pillow case, quilt, quilt cover.


Tilam king 180x200 = RM599
Quilt 200x200 = RM39
Quilt cover + 4 pillowcase = RM129

Lepas bayar masuk kereta, muat elok dalam kereta. Sama cam katil semalam. Sampai rumah letak atas katil, buka plastik semua dan biar je. Kami keluar, malam baru balik. Staf IKEA kata 36 jam baru tilam kembali bentuk asal. Malam tu boleh dah tidur.


Bantal je kami punya. Saiz kecik dari sarung bantal. Nampak la gelebeh.



No comments:

Post a Comment

Thanks :)