Thursday, October 17, 2019

Review Korean Drama - Class of Lie

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tak pernah-pernah buat entri review drama Korea, tetiba buat. Saja la, benda best harusla dikongsi 😂
Kisahnya saya nampak Cik Epal share di Ig Story kata drama ni best. Saya pun cari la kat mana nak nonton. Rupanya boleh tonton di Viu. Apps Viu memang ada dalam hp ni. Free lak tu, tak yah bayar.


Tengok episod 1, eh best la. Tak dak pun kisah watak utama orang kaya, bisnes juta2, naik lambo dan bla bla. Kisah yang tak cliche dan berani. Mana ada drama kat Malaysia nak siasat kes bunuh sampai ke lubang cacing? Mana ada drama nak selongkar kisah hitam orang besarnya.

Sinopsis


Ki Moo-Hyeok, seorang peguam yang dikenali kerana kehebatannya. Dia dilantik untuk mempertahankan Kim Han Su yang dituduh cuba membunuh rakan sekelasnya Jung su Ah. Sekolah tersebut adalah sekolah Elit yang terkenal. Semasa sesi perbicaraam dia berjaya menemui rahsia mangsa dan itu menyebabkan Suspek memgubah keterangannya. Suspek kemudia cuba membunuh diri dan kes ditangguhkan. 
Ekoran dari insiden di Makhamah, Ki Moo Hyeok digantung lesen oleh ketuanya. Untuk membersihkan namanya dia menyamar sebagai guru sementara di Sekolah tersebut untuk membongkar rahsia siapa pembunuh sebenar. menyelinap ke sekolah tersebut. 
Di sekolah tersebut dia kemudian bertemu dan terlibat dengan dengan Guru Ha So-Hyun, guru yang sayang dan percaya pada murid-muridnya. Ki Moo-Hyeok kemudian menemui lebih banyak rahsia di situ. 

Lepas tengok episod demi episod, rasa tak sabar nak tau endingnya. Setiap watak dalam drama ni unik dan ada karakter mereka tersendiri. Drama ni best. Saya suka. Takdak aksi xxx. Kalau korang jenis sukakan drama thriller, fikir2 boleh la spend masa tengok. Ada 12 episod dan tak rasa sangat pun lama menonton setiap episod. Tak dak kisah cinta2, hero heroin pun tak pasti yang mana sebab masing2 ada watak yang kuat. Hero mungkin yang lawyer la, heroin mungkin yang cikgu atau peguam satu lagi. Ok, selamat menonton 😘




Friday, October 11, 2019

September 2019 - sample, hadiah contest dan giveaway

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru selesai belajar dan dah kerja semula. Masih kurang masa nak join giveaway. Hehe. Tak de mood dah sebenarnya.

1. Libresse


Rasanya tiap bulan dapat ni. Request berkali-kali dah pun still sampai kat rumah.

2. Sampel Home tester


Kali ni dapat wet wipes. Dapat 3 sampel dan kena test tiga2 then jawab survey.

3. Sampel mask


Request link di FB rasanya 😂

4. Hadiah


Hadiah jawab soalan semasa kursus.

5. Goodie USM Convocation


Kami saja habiskan masa di Konvo USM. Ada booth jualan kat luar dewan. Ada la dapat sample dan lucky draw. Ni antara barang yg dapat.




Wednesday, October 9, 2019

Review novel : Love Elsa II


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel ini adalah sambungan dari buku 1. Saya ada buat review sebelum ni. Kalau nak baca klik LINK INI.

Sinopsis
Kisah ini sambungan dari kisah cinta Ridza Kim dan Ammara. Perjalanan cinta mereka bila Kim melamar Ammara tetapi Ammara rasa dia tak mampu menjadi isteri kerana kekurangannya. Sofea yang berterusan nak menjerat Kim supaya mereka berkahwin. Ramina semakin panjang langkah bila kewangannya di sekat. Ammara cuba membiasakan diri bersosial dan Kim mulai cemburu bila Hairi jatuh cinta pada kekasihnya. Hairi meminta Ammara membantunya menunaikan permintaan terakhir ibunya. Sambungan dari kisah kalung arwah ibu Ammara yang masih hilang. Kim juga cuba untuk membaiki hubungan Elias dengan Ammara.

Novel ini lebih tebal dan banyak konflik berbanding dengan novel 1. Tapi rasanya saya lebih suka yang 1.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...