Monday, January 28, 2013

Maternity & Anniversary Potraiture


Salam..
Dah hampir sebulan baru sempat buat entry ni. 1.1.13 wedding anniversary kami yang ke2. Macam tahun lepas, kami buat studio photoshoot atas sebab kesihatan saya. Tahun ni memang saya dah plan nak buat outdoor je. Dalam kesibukan saya (hahaha sibuk sangat) sempat la mintak quotation dr beberapa photographer. Tapi tak de la serius sangat, bila sembang dengan hubby dia macam tak kisah je. Then, nampak promo ni 
 
shoot 2 jam, soft copy in pendrive, minor editing
lokasi di Penang (island)
date : 10/12/12 - 1/1/13
terbuka 1 hingga 5 orang
tema bebas

terus PM dengan  DIWP, set date, time, bayar deposit, discuss pasal props dan tema. Mula inform DIWP untuk anniversary je then saja la inform yang saya pregnant, kalau boleh nak skali kan je dengan maternity photoshoot. Diwant pun setuju dan ini hasilnya

cover softcopy. Nice walau pakej bukan ribu riban
softcopy juga ada gambar kami



Masa hari photoshoot ni hubby demam. Saya nak cancel je photoshoot sebab nampak sangat dia tak ok, tapi hubby cakap dia ok. Setengah jam pertama dia ok. Larat je nampak tapi hujan lak tiba-tiba. Kami stop jap then pergi location yang berbumbung, so tak de la basah baru setengah jam shoot saya nampak hubby pucat dan dia pun mintak nak rest. Saya inform photographer untuk stop walau masih berbaki masa dan tak sempat ke lokasi lain yang photographer dah plan. Tak pe lah, saya tak larat atau menyesal pun, kesihatan lebih penting. Hasilnya bila tengok balik cd memang muka hubby tak ceria, letih je. Dan kami hampir-hampir kemalangan 2kali dalam perjalanan pulang. Saya nak drive hubby tak bagi. Alhamdulillah kami berdua selamat.

Thanks sangat pada Diwant, principal photographer DIWP yang shoot kami hari itu. Maaf kalau kami berdua menyusahkan dan banyak kerenah T_T Harap kita dapat bekerjasama lagi. Saya berpuas hati dengan gambar yang di ambil walaupun sekejap je masa yang ada.

Then saya beli voucher photobook dari groupon. Dapat CD terus susun atur dalam software tu. First time saya beli voucher ni. Memang pening nak buat. Merata google nak belajar cara nak buat. Harap hasilnya mengagumkan. Huhuhu.. InsyaAllah saya update lepas dapat hasilnya nanti.

 

1 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...