Monday, April 13, 2015

Preparation dan Bajet Anas Syauqi 2nd Birthday - PArt 2

Entry bertangguh sebulan.. mak cik busy + malas + takdak mood nak taip

sambungan dari - Part 1

28/2/2015

Majlis awal sehari dari tarikh lahir Anas. Majlis di rumah mak. Pagi-pagi dah sampai rumah mak nak buat kerja. Hubby tiup belon, saya ke dapur bantu mak dan adik untuk sedia bahan nak masak. 12 tengah hari saya pergi pick up kek. Lepas pick up ke singgah ambil tok wan. Sampai rumah mak tengok hubby dah siap gantung belon. Dewan dah kemas, sapu, Kerusi meja dah siap susun oleh adik-adik saya.





Saya sambung kerja yang belum siap, setting meja guest book, susun hadiah untuk cabutan bertuah (fully sponsor oleh ayah saya), susun meja untuk menu. 2 petang, ayah pergi ambil nasi dan lauk. 3 petang murid tahfiz sampai untuk bacaan yassin dan tahlil. Saya dan adik perempuan hidangkan makanan kemudian mandi dan siapkan Anas. 4 petang, bacaan murid tahfiz selesai dan mereka menjamu selera dahulu. Masa ni baru team Enadiqa sampai untuk deco candy buffet. Sementara team Enadiqa deco, OP dan tetamu sampai, tak leh nak potong kek lagi sebab backdrop belum siap, so tetamu makan dulu.
hadiah cabutan bertuah anjuran ayah

Siap deco potong kek dan menjamu selera.  Ayah saya start cabutan bertuah untuk tetamu. Hadiah yang berlainan untuk kanak-kanak dan dewasa. Majlis tamat 7 petang. Lauk ayam habis, ikan kering ada la baki. Adik saya jadi runner beli barang yang habis terutamanya air. Cuaca panas, air memang cepat habis. Rasanya 2 kali dia pergi beli, ais, cawan dan ayam goreng di beli tambahan.


Alhamdulillah, saya lega semuanya selesai. Tamat majlis masih ada saudara yang membantu mengemas. Mood Anas sangat kelaut. Muka masam je manjang. Langsung tak senyum. Saya pun sama. Badan letih, tekanan dari pelbagai sudut. Baru perasan, tak de pun gambar berdua dengan hubby. Pilihan untuk ambil OP sangat tepat. Saya tahu, saya tak leh harapkan sesiapa untuk snap picture. Masing-masing pun sibuk. Terima kasih pada semua yang hadir, pemberian wang, hadiah dan doa pada Anas Syauqi. Cakap kat hubby, tahun depan tak yah buat la birthday, kita p bercuti je. Pastu hubby balas, kita buat kat McD dah la. errkkkk

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...