Tuesday, October 29, 2024

Staycation 3/2024 - Merton Hotel, Ipoh, LWOT

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hotel ke 3 kami check in. Last minit plan jugak ni. Anas bunyi cuti sekolah tak p mana-mana. Kami suami isteri lak tak suka bercuti masa cuti sekolah, hotel mahal, jalan jem. Then, saya lak dah kerja syif. Cuti tak sama dengan husband. Kebetulan saya syif malam, ada extra cuti 2 hari. Ajak husband pergi Lost World of Tambun je la. Alang-alang tu husband ajak cari baju raya sekali dan dia apply cuti. Saya ajak check in hotel dan buat itinerary. 4 pagi baru saya book hotel dan 4 petang kami check in.

24/2/2024 - Sabtu

Saya balik kerja malam, rest jap. Baju semua dah asing letak tepi. Baki husband setelkan, saya tidur jap. Kami bertolak dari rumah jam 11 pagi. Husband singgah kedai printing di Parit Buntar dan lunch sekali. Then straight drive ke Khatam. Nak beli baju raya. Nak try saiz then beli online je. Husband beli juga sehelai yang clearance sale. Untuk design perempuan semua plain. Tak de corak. Staf kata design baru sampai bulan puasa.

Bagi Auni try juga kebaya. Nak tengok saiz. Lepas setel di Khatam, terus ke hotel. Saya book hotel yang available je. Banyak dah sold out. Saya lak nak bilik yang ada at least 1 king/queen + single. Tak la sesak sangat kami berempat tidur. Yang masih dalam budget, Merton hotel. Tu pun cecah rm6++ untuk 2 malam. Rupanya hotel ni sebelah Symphony Suites, yang saya stay masa kursus. 

Lobi ada 2 kaunter. Tak de orang queue pun masa check in. Deposit RM100. Bilik tingkat 2. Ada 1 lif yang muat dalam 6 orang je. Lobi hiasan macam dari barang terpakai. Keluar lif ada 2 kerusi, dan siling pun ada hiasan dawai. Lampu dim light, suram je suasana. Masuk bilik terus katil. Depan pintu ada bangku panjang yang letaknya mini fridge, hanger untuk sangkut baju. Make up table dengan kerusi pun ada. Dinding kiri ada 3 lagi tempat gantung. 2 kerusi dan 1 meja yang dibuat dari tong minyak. Flat screen tv menghadap katil. Limited channel, siaran radio tiada.

Dinding bilik tak cat. Skim guna simen je. Pembahagi antara katil, ada meja dari tin minyak. 3 Cawan dalam laci tapi 2 sudu ja. Kettle, tea dan kopi atas fridge. Toilet bahagian hujung besar memanjang.

Masuk bilik, solat, kemas barang sikit then saya cakap kat husband nak tidur. Ngantuk sangat. Sedar-sedar dah nak masuk Maghrib. Husband keluar g beli makan kat Anas Auni. Lepas solat Maghrib, husband ajak pergi makan.

Husband yang Set kedai makan di Google maps. Sampai ke kedai yang kami pernah makan sebelum ni. Tapi ramai lak orang, tak berhenti, terus je dan jumpa 1 kedai makan dalam kawasan taman. Tengok tak ramai orang, stop dan decide nak dinner sini je. Not bad gak makanannya dan harga pun murah. Lepas makan, balik bilik rehat.

25/2/2024 - Ahad


Bangun tidur, mandi, solat dan packing bag untuk ke LWOT. Singgah makan di Tok's Nasi Daging. Jumpa di maps je. Biasa je. Tak repeat kot. Lepas tu kami AEON Mall, Kinta City. Ada event Sunway. Saja datang kutip gift. Habis round sini terus pergi LWOT. Saja plan p lewat ikit sebab nak tunggu sampai malam. 


Tak banyak bergambar pun. Malas pegang fon. 




Rajin lak beli gambar yg photographer snap. Husband mandi kat pool lain.



Tak ramai orang boleh la beratur naik train. Kami tunggu sampai habis fire show. Pastu mandi, bersihkan badan dan cari makan. Makan kedai sama cam semalam. Menu pun sama.



26/2/2024 - Isnin

Bangun, mandi, solat, packed barang dan ready untuk check out. Lepas check out terus balik rumah. Singgah lunch dengan beli Yong Tau Foo kat Taiping.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...