Thursday, June 27, 2024

Review Novel : Loket Zinnia

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru saja habiskan bacaan novel yang dibeli semasa PBAKL 2023. Agak bosan plot ceritanya. Banyak saya skip dan berat nak habiskan bacaan. Saya banyak stop. Tapi novel perlu dihabiskan sebelum buat ulasan.

Monday, June 24, 2024

Review Novel: Bunga di taman larangan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel ini di beli semasa PBAKL 2023. Akibat lambakan novel, bulan 6 2024 baru sempat baca. 


Sinopsis

Ijad, anak yatim piatu yang tinggal bersama ibu saudara dan sepupunya. Hari ibu, ayah dan adik beradik nya kemalangan adalah hari yang sama dia dirogol. Sejak itu dia berdendam dengan lelaki. Dia menerima tawaran dari seorang Datin untuk bekerja sebagai PA kepada anak tirinya. Bukan itu sahaja, dia perlu memikat bos nya hingga berkahwin. Di Kuala Lumpur, dia mengubah identiti dirinya supaya sesuai dengan pekerjaannya sebagai PA. Dalam masa yang sama, dia memikat teman lelaki sepupunya. Berjayakah dia memikat bosnya hingga berkahwin? 

Wednesday, June 19, 2024

Staycation 4/2024 - KL / Selangor

Assalamualaikum dna Salam sejahtera.
Check in Hotel kali ke 4 tahun ni. Lama dah plan trip ni sebab nak ke Pesta Buku. Ikutkan tak suka bercuti masa cuti sekolah kerana jalan sesak, hotel mahal dan banyak masalah lain tapi sebab pesta buku memang berlangsung masa cuti sekolah, maka pergi la jugak. Hotel booking dalam masa 10 hari sebelum check in. Malas nak fikir banyak dan survey merata, booking hotel selalu stay je. Bilik pun ambil yang selalu. 4 hari 3 malam. Kebetulan saya masih MC. Anas Auni ponteng sekolah 2 hari dan husband memang dah cuti sepanjang minggu tu.

Hotel : RM 586.08
Tol : RM28.13
Minyak RM75.86
Parking RM29


23/5/2024 - Khamis

Bertolak dari ruma jam 11 am. Singgah tempat kerja jap hantar barang. Gerak lewat sebab husband pun ada urusan nak selesaikan. Lagipun awal pagi waktu kerja jalan sesak. Stop Juru settle stocker RFID, pastu Gunung Semanggol isi minyak dan beli Ramly Burger. 
4 petang singgah Ulu Kinta, lunch. Husband google je kat Maps. Kedai nama Saudagar Sup Junior. 3 menu rm37 sekali air 2 gelas. Boleh la buat hilang lapar. Daging urat lembut. Tiada harga dipaparkan dalam kedai. Lepas makan smabung perjalanan dan terus ke hotel.

Sampai hotel, mandi, solat dan rest. 8 malam keluar semula masuk ke Sunway Pyramid. Jalan-jalan dalam tu sampai mall tutup. Mall tutup balik hotel, masuk kereta dan cari kedai makan. Ikut Google Maps dan sampai la ke kedai Mama Tomyam. Order set je. Nasi putih, sup ekor, daging masak merah, telur dadar dan tomyam seafood. Hujan masa sampai kedai. Add on juga lokching dan jeruk pelam. Cepat je sampai menunya. Tak sama macam baca review pun. Habis makan balik bilik tidur.


24/5/2024 - Jumaat

Lepas solat subuh, iron tudung, mandi dan turun breakfast jam 9 pagi. Dapat 3 baucar. Kami berdua je turun. Anak-anak tidur. Ambik nasi goreng, roti telur dan half boiled egg. Air teh o panas. Kemudian balik bilik, kejutkan anak, mandi dan bersiap. 11 pagi baru gerak ke PWTC. Ingat nak parking dalam Sunway Putra Mall macam last year tapi penuh lak. Husband drop je kami dekat parking Mall then dia pergi cari parking. Saya dan anak² jalan dulu masuk PWTC. Sempat la round beli dekat 1 booth sebelum husband sampai. Then bawa anak² makan dulu dekat luar Seri Pacific Hotel.

Kali ni tak pusing semua pun. Pergi aim terus ke booth yang nak je. Saya dah list down novel apa nak beli pastu singgah booth yg jumpa dalam perjalanan ke booth yang saya nak tuju. Beli buku cerita untuk Anas Auni untuk projek Nilam nanti. Cuma nya masa bazir banyak sebab lama beratur di booth Karya Seni. Ramai line up beratur nak bayar buku terbaru Anjell. Nak tak nak beratur la jugak sebab memang dalam list pun. Malas dah nak beli kemudian. Sambar sekali mana-mana buku Anjell yang belum beli. Lain-lain singgah booth Prolog Media dan Poreng Kertas. Mujur sebelah-sebelah je. 

Habis semua yang nak dah beli, singgah Surau solat dulu then baru ke Shah Alam. Sebelum tu singgah Melavosa dalam Sunway Putra Mall sebab masa sampai tadi diornag bagi try lasagna. Sedap. Ingt nka beli bawa balik Penang tapi frozen. Bilik hotel tak de fridge. Rosak la nanti. Beli kerepek² je 8 bungkus rm80. Then usband nak ke kedai aksesori kereta. Jalan sesak. Sampai pun dekat Maghrib dah. Tinggal kereta then pergi makan. 3 jam baru siap. Makan kedai area situ je. Masakan panas. Alhamdulillah sedap dan kenyang.

Siap kereta, balik hotel. Rest, solat dan tidur 

25/5/2024 - Sabtu

10am turun breakfast. Kami berdua je makan. Pagi ni ambil nasi goreng 2, nasi lemak 1. Tambah ayam cincang dengan telur mata. Sedap ayam cincang. Naik bilik kejutkan anak-anak dan siap nak ke tempat lain. Ikut plan kami nak ke Sunway Lagoon tapi tadi masa breakfast tengok ramai orang. Tukar plan, kmai ke Petrosains. Tapi Anas Auni makan dulu kedai kami breakfast tadi. Nasi putih dengan ayam cincang. 

Terus ke KLCC. Parking je mana yang nampak laluan masuk. Terus naik ke tingkat 4. Nampak signage tulis next slot masuk Petrosains 4 petang. Masa tu belum 1 petang. Husband pergi tanya kaunter. Sebab kami beli membership setahun boleh terus masuk. Tunjuk husband punya IC je. Explore la bebudak ni kat dalam. Ramai orang, saya pun mata tak ok. Banyak duduk je. Kerusi banyak di sediakan. 

Habis pusing Petrosains, pergi makan di foodcourt KLCC. Lapar kot. Saya cari je kedai yang kurang orang. Beli macaroni cheese, fries loaded cheese dan nasi dengan popcorn Chicken. Lepas makan kami jalan-jalan dalam KLCC lepas tu solat dan ke Taman KLCC. Dah maghrib masuk semula shopping dan terus shoot ke kedai makan. 

Abang ipar dah tunggu kat kedai makan. Lepak jap sembang² then terus balik hotel. Sampia hotel mandi, solat dan rehat


26/5/2024 - Ahad


Lepas solat Subuh, mandi dan packing barang. 10am turun breakfast dengan husband 11.30 pagi check out hotel dan terus ke muzium coklat. Saya booking slot 12 tengah hari. On the way nak pergi staf muzium call. Diorang dah nak start. So kami postponed ke 2 petang. Husband cari kedai untuk Anas Auni lunch dulu. Kedai BB seafood kot. Order nasi 1. Tomyam seafood, telur dadar dan jus buah. 

Lepas makan terus shoot ke Muzium Coklat. Sesi buat coklat 2 petang dengan orang² lain. Seronok la Anas Auni deco sendiri coklat. Sampai ke wrapping dan tunggu coklat keras. Lebih kurang sejam. Habis tu kami masuk ke muzium 2 lak. Muzium 2 ni kena bayar. Tapi tiket tu sekali dah dengan kelas buat coklat tu. Ada la sejarah coklat dan pameran coklat macam-macam versi. 

Lepas tu masuk muzium 1. Muzium ni percuma je. Habis pusing kat hujung sekali ada jual coklat. Borong la sini tak payah bayar tax cam Langkawi. Ada yang buy 2 free 1. Yang dapat free tu expired nak dekat dah. Lain² saya check harga kat shopee murah g. Shopee kena bayar shipping. Nak terus makan beli sini. Borong² rm200 lebih gak habis. 

Habis membeli belah terus shoot balik Penang. Sebelum tu singgah solat dan Taiping. Hajat nak makan di situ tapi ramai la manusia. Bungkus bawa balik. 10 malam sampai rumah. Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...