Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya nak ceritakan tentang pengalaman saya bercuti di Pulau Kapas, Terengganu selama 2 hari 1 malam pada bulan Ogos 2019.
Lepas belajar ada seminggu cuti sebelum mulakan kerja. Husband datang ambilkan barang-barang saya di asrama kolej. Saya plan untuk jalan² di Terengganu. Teringin nak pergi Pulau sebenarnya. 3 tahun lepas kecewa dengan Trip ke Pula Perhentian sebab husband mabuk laut. Saya decide kali ni pergi Pulau Kapas je sebab jarak dari Jeti ke Pulau dekat je (15-20minit).
Beberapa bulan sebelum saya survey dan buat study. Lastly saya book under Kapas Vacay. Saya belajar dari kesilapan saya masa ke Pulau Perhentian. Pergi sendiri, cari makan sendiri, snorkeling sendiri semuanya rumit bagi saya.

Lepas survey beberapa agen dan PM dengan mereka, saya bayar deposit ke Kapas Vacay. Ambil pakej cam kat atas. Tapi harga di atas valid kalau 5 orang. Macam kami 4 beranak untuk dewasa bayaran RM210/pax. Anas bayar harga 60%. Auni FOC. Booking dengan deposit 40% dan bayaran selebihnya sebulan sebelum trip. Dalam pakej yang saya ambil ni saya dapat
25/8/2019 - Ahad
Parking kereta : RM8 untuk 2 hari
Deposit : RM50
Lepas checkout hotel, drive terus ke Jeti Marang. 10.30 pagi sampai Jeti, pergi kaunter MGH, beritahu nama dan saya diberi Reservation Voucher. Kereta parking area tu je. Kami belum sempat makan, so makan kedai depan jeti tu je 10 minit sebelum 11 pagi. Dengar bunyi enjin bot, kelam kabut habiskan makanan.
Husband drop saya dan anak dulu depan jeti then dia pergi parking. Banyak je parking sekitar tu. Boleh pilih nak parking mana dan bayar je. Then pergi kat bot. Bot ada tulis nama MGH. Saya pergi inform dekat pemandu bot yang husband lambat sikit sebab park kereta. Pemandu bot pun bagus. Cakap sopan dan sanggup tunggu kami yang lambat tanpa merungut.
Dalam 15 minit sampai Pulau. Turun bot terus pergi reception Coral Beach Resort. Bagi reservation voucher dan saya diberi kupon makan dan kupon snorkeling. Staf kaunter beri penerangan tentang waktu snorkeling dan infor yang bilik belum ready. Beg dan barang boleh je letak kat dalam dewan atau tepi pantai. Toilet dan air panas di sediakan kot nak guna sebelum masuk bilik.
Anas Auni dah siap pakaikan baju mandi dari Jetty. Saya dan husband je pergi toilet tukar baju. Biar Anas Auni main pasir. 12.30 tengah hari kami makan tengah hari. Tunjuk kupon je. Banyak meja disediakan. Menu nasi putih, sayur campur, ayam masak merah, air sirap, buah tembikai. Sedap menunya.
Saya tapau nasi dan sayur sebab Auni tidur masa makan. Nanti mesti lapar. Anas pun makan sikit. Dua² mereka demam. Lepas makan, bilik belum ready dan kami jalan sekitar Pulau bergambar dan bagi Anas Auni mandi. 1.45 petang staf call inform bilik dah ready.
Kami sambung bergambar dan mandi. Dalam kul 2 petang baru pergi ambil kunci bilik. Remote control aircond + kunci bilik. Kena bayar deposit RM50. Tuala disediakan tapi masa tu tuala bersih belum sampai. Kena datang collect 5.30 petang nanti. Masuk bilik mandi dan tidurkan Anas Auni. Lampu kalimantang tak berfungsi. Saya pergi complain kat receptionist. Sekejap je maintenance datang repair tapi kena tukar semua ambil masa lama gak. Kami suami isteri lepak koridor je. Ada 2 kerusi di sediakan. Best. Angin kuat. Sambil² tu makan maggi dan minum coffemix. Air panas dan gelas request kat receptionist.
5 petang ajak Anas Auni mandi laut dan main pasir. Hajat nak tunggu sunset tapi takde sebab hujan lebat kul 3 petang tadi. Snorkeling pun tunda. Kul 7 kami masuk bilik mandi dan siap untuk dinner. Menu dinner sedap. Menu-menunya mushroom sup, nasi goreng, bihun singapore, ayam bakar, ikan bakar, sosej bakar, puding cocktail, agar-agar dan air teh o ais.
Lepas makan masuk bilik. Angin kuat + hujan. Pelampung Anas Auni habis kena terbang. Nak tengok televisyen pun tak leh. Tv ada disediakan tapi channel yang ada 1 je. Katanya memang sini masalah tv. Huhu je la dalam bilik. Dalam bilik ada banyak plug. 4 plug rasanya. Dalam bilik air pun ada 2 plug. Memang bagus untuk kami. Nak charge power bank, kamera, mobile phone dan lain² gadget lagi.
Auni demam dari siang. Malam tidur tak nyenyak la. Dok monitor suhu badan dia sambil jelum. Ubat langsung tak bawa.
26/8/2019 - Isnin
8.30 pagi pergi sarapan dekat cafe. Yang ada mi goreng, roti, cereal dan air panas. Saya makan cereal je dengan Auni. Auni dah kurang sikit demam dan ada selera makan. Anas still tidur.
Lepas makan, masuk bilik kemas barang, mandikan Anas Auni. Check out bilik dan letak barang kat luar chalet. Ramai yang nak balik masa ni. Bot akan sampai 11.15pagi. Kami pergi Ombak Cafe, cafe sebelah resort kami. Saja pergi lepak dan minum. Menu pagi ni nasi lemak je. Dengar meja sebelah complaint sambal hangit, tak jadi nak order.
11pagi bot sampai. Kami antara yang terawal masuk bot. Dapat la tempat duduk. Ramai yang berdiri. Lepas 15 minit sampai Jeti Marang. Tamatlah percutian 2 Hari 1 malam kami di Pulau Kapas. Bagi saya, Pulau ni sesuai untuk keluarga bersama anak kecil. Sesuai untuk yg mabuk laut. 3 hari 2 malam lebih best kalau ramai² dan anak² jenis suka berendam. Kalau suka mengunyah tu bawa la kudap-kudapan. Bawa air mineral sebab kat sana jual sebotol RM4.
Bot pergi dan pulang
Bilik deluxe queen + single
Bilik aircond + 24 jam
Makan 3 kali (lunch, dinner, breakfast)
Snorkeling taman laut

No comments:
Post a Comment
Thanks :)