Thursday, March 17, 2011

mari beli rumah


salam...

rata2 semua dah tau berita ni..
sy belum berkesempatan tuk post entry disebabkan 'berukband"
yang lembab tahap cipan..

memang bila dah kahwin, rumah adalah aset penting tuk dimiliki
selain kereta..
masih survey lokasi dan rumah yang bersesuaian dengan harga berpatutan dengan
pendapatan kami berdua..

jangan la dengan bantuan kerajaan ni, harga rumah makin melambung..
dah le umh kt penang ni mahal2..



KUALA LUMPUR: Mulai semalam, golongan muda berpendapatan tidak melebihi

RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk

institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga

RM220,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku.

Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan

Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun

ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun.

Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menjamin bayaran pendahuluan atau deposit

sebanyak 10 peratus, sebagai jaminan melindungi bank daripada kerugian. Perdana

Menteri berkata, skim itu adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas dan

institusi kewangan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi

masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi tertentu di negara ini.

Sehubungan itu, Najib mahu institusi kewangan mempermudahkan urusan pembelian

rumah menerusi Skim Rumah Pertamaku bagi memastikan usaha kerajaan membantu

golongan muda memiliki rumah sendiri berjaya.

Beliau turut mempelawa lebih banyak bank yang belum menyertai skim berkenaan

membabitkan diri menjayakan inisiatif kerajaan itu untuk membantu rakyat memiliki

rumah pertama dengan cepat.

“Sehingga ini, skim itu berjaya menarik penyertaan 25 institusi kewangan. Walaupun ia

tidak memberi keuntungan lumayan kepada mereka tetapi ia amat bermakna kepada

rakyat,” katanya di sini semalam.


Beliau berkata, Skim Rumah Pertamaku adalah satu contoh komitmen kerajaan dalam

merealisasikan konsep 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan beberapa

inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk Skim Rumah Pertamaku.

Selain itu, turut diumumkan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300

rumah menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program

Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa serta

peruntukan tambahan RM50 juta membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim

Pembiayaan Perumahan Kos Rendah.


Info

Senarai 25 bank yang membiayai pinjaman 100 peratus


Bank Skim Rumah Pertamaku

1. Affin Bank Berhad
2. Affin Islamic Bank Berhad
3. Alliance Bank Malaysia Berhad
4. Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
5. AmBank Berhad
6. AmIslamic Bank Berhad
7. Bank Islam Malaysia Berhad
8. Bank Muamalat Malaysia Berhad
9. CIMB Bank Berhad
10.CIMB Islamic Bank Berhad
11.EON Bank Berhad
12.EONCAP Islamic Bank Berhad
13.Hong Leong Bank Berhad
14.Hong Leong Islamic Bank Berhad
15.Maybank Berhad
16.Maybank Islamic Bank Berhad
17.OCBC Bank Malaysia Berhad
18.OCBC Al Amin Berhad
19.Public Bank Berhad
20.Public Islamic Bank Berhad
21.RHB Bank Berhad
22.RHB Islamic Bank Berhad
23.United Overseas Bank Malaysia Berhad
24.Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
25.Standard Chartered Saadiq Berhad

Kriteria Kelayakan Utama

*Warganegara Malaysia
*Pembeli rumah pertama
*Berusia 35 tahun ke bawah
*Pendapatan kasar tidak melebihi RM3,000 sebulan
* Rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000
*Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan sama tidak kurang enam bulan
*Jumlah bayaran balik tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan
*Bukti pendapatan

sumber berita harian

3 pendapat:

Syima Syaz said...

hmm...jumlah kasar?
basic lah tu ek?

tengku masni said...

salam...sis nk c0py news ni kt blog sy boleh tak.. sgt menarik ;)

MiEzA said...

syima - ye sayang.. basic le tu...

tengku - silakan.. miza pon copy from BH

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...