Tuesday, November 1, 2011

10 bulan sudah~

Salam...
Setiap bulan saya wat entry camni kan? Mesti bosan membaca kan?
ngeeee...
Dah MC ni memang banyak waktu lapang..
Mengadap laptop je setiap hari.. Ngadap FB, Blog
Balik - balik itu je yang di buat



So sudah 10 bulan usia perlahwinan saya
Sekejap saja rasa.
Perkahwinan memang indah. Tetapi perlukan persefahaman, tolak ansur & komunikasi.

Suami saya tidak romantik ^__^
Jangan mimpi untuk dapat hadiah sejambak bunga ros atau teddy bear darinya.
kalau diminta baru dapat. hahahaha (nampak sangat hadiah roses & bear sebelum ni dimintak)
Apa yang dia tau bawa makan atau tengok wayang.
Tapi permintaan saya jarang ditolak kalau kena waktunya dan logik ^__^

Lepas accident nanti badan selalu sakit. bila hujan kaki sengal.
Bila gitau dia dan minta sapu minyak di belakang atau kaki akan di buat.
Padahal boleh je buat sendiri  ^___^
Dan lepas kemalangan ini jugak saya bertambah sayang padanya.
Bukan sebelum ni tak sayang. tapi nampak sangat dia risau akan saya masa saya separuh sedar di hospital
(tau bila saya skodeng di fb nya selepas sedar)
dia sanggup mandikan saya, cuci kaki saya, sental dengan berus, pakaikan kasut pada saya,
lap selipar saya..

Bagi saya memang nampak kurang ajar kalau sua kan kaki pada suami.
Inikan pula nak dipakai kan kasut.
Tapi disebabkan saya sukar tunduk dan tiada kekuatan untuk berdiri dia sanggup buatkan.
Sanggup jua ambil cuti untuk temani saya ke hospital dan setiap minggu ke fisio.
Awalnya ayah dan mak yang bawakan saya.
Dia kata saya tanggungjawab dia sekarang bukan mak dan ayah lagi.
Memang terharu sangat dengar

Bila dia syif malam memang tak tidur semalaman. Pulang kerja jam 8.30pg
Terus bawa saya ke bilik air untuk mandi kemudian ke hospital.
Tengah hari baru selesai jumpa doktor.
Kalau saya memang dah pening kepala tahan mata dari tidur..
Tapi suami saya sanggup demi isterinya.

Adeh, banyak lak bebel hal suami ni..
Nanti ada lak yang muak membaca..

 
143 sayang

2 comments:

  1. 10bulan sudah... hepi anniversary k.. hihi .. smoga kasih dn syg itu smakin kuat , sekuat angka bulan yg makin tinggi itu^-^

    ReplyDelete
  2. thanks darling amalina baharuddin..
    insyaAllah.. harapan miza cmtu jugak

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...