Friday, January 27, 2012

Review novel : Aku Pilih Dia

Salam..
Hari ni nak review kisah novel ini.



Semalam dah habis baca. Just nice ceritanya.
20% awal cerita kinda boring..
Then dah start menarik. Sampai jadi susah nak letak.
Asyik nak membaca je..
Rasa thrill macam nak selak page belakang je nak tau heroin pilih siapa.
Saya bagi 3.5 bintang dr 5 bintang.
Tapi biasala novel melayu ni hero heroin mestilah sempurna.
Tiada cacat cela. Handsome dan cantik confirm dah.
Penuh sifat terpuji sampai terbuai perasaan bila membayangkannya.
^_^

SINOPSIS

Johana seorang wartawan yang kematian tunangnya 3 bulan sebelum majlis pernikahan.
Dia agak down bertahun-tahun.
Menutup pintu hati pada mana-mana lelaki.
Dia berkenalan dengan Raif. Seorang businessman yg meneruskan perniagaan keluarga.
Raif yang suka mendampingi wanita tetapi tahu bezakan halal haram.
Johana dan Raif berkawan baik.

Macam-macam la terjadi kepada Johana dan Raif sentiasa ada membantu.
Kemudian muncul Ian Redza. Abang Raif yang tinggal di Scotland selama 10 tahun
pulang ke Malaysia untuk membantu Raif di syarikat mereka.

Ian jatuh cinta pandang pertama dengan Johana.
Begitu juga Johana. Mereka bercinta tetapi tanpa pengetahuan Raif.
Bila Raif tahu dia marah, cemburu dan mengelak dari mereka berdua.
Then baru Raif sedar yang dia juga cintakan Johana.
Sehinggalah Ian dan Johana decide untuk kahwin lagi 6 bulan.

Tetapi langit tak selalu cerah. Ian kemalangan, pendarahan otak dan koma.
Saat ini baru Raif sedar yang cinta Johana pada Ian memang tak dapat ditandingi.
Selama 10hari Ian koma, Johana tekad untuk terus bernikah dengan Ian
jika Ian sedar.
Bila Ian sedar, Jo orang pertama yang dicari.
Sebulan lepas Ian keluar dari hospital mereka bernikah.
Raif pun dapat terima hakikat yang Johana buakan untuknya.

Tamat..
Macam skema je apa yang ditaip ni.
Tapi itu lah yang saya dapat ringkaskan dari jalan cerita novel ni.
bila masuk tengah jalan ceritanya saya rasa macam persamaan dengan novel
Sweet Sour. Bezanya SS abang playboy, adik jujur.
APD lak adik playboy, abg jujur.
Ending dua-dua novel memang tak sama la.
So penggemar novel melayu cintan cintun ni, leh la beli novel aku Pilih Dia.
Berbaloi k.

Wassalam

2 comments:

  1. Salam Miza,
    Terima kasih atas kesudian membaca Aku Pilih Dia dan coretan review di atas. Akak hargainya. :)

    ReplyDelete
  2. Wasalam..
    Wah.. Terharunya kak komen kat sini :)
    Thanks kak..

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...