Tuesday, May 8, 2012

Review novel : Ingin Berkasih Lagi


Salam..
Kali ni novel dari penulis terkenal, Damya Hanna.
Agak tebal, 624 muka surat. Bila dah tebal harga akan menjadi lebih mahal.
RM 25. Discount 10% je. Permulaan pembacaan agak slow.
Bila dah adapt dengan watak dan jalan cerita memang laju la baca.
Honestly saya sangat geram dengan watak utama novel ni.
Sangat banyak masalah dia perlu tanggung dan lembik.
Terfikir jugak, wujud lagi ke manusia sebegini di dunia ini?
Bila dah sampai ending saya rasa macam cartoon lak.
Laju je  setel masalah watak tambahan lain.
Kalau di buang part-part yang tak penting leh nipis kan lagi novel atau kembangkan pengajaran pada watak jahat.

Sinopsis

Isyatul, 32 tahun, bekerja sebagai perunding majlis dan belum berkahwin.
Kemudian terjumpa dengan bekas teman lelaki ketika zaman sekolah, Burn yang
pernah meminangnya 10 tahun yang lalu.
Kebetulan dia kena menguruskan fashion show teman wanita Burn, Julia.
Sejak itu Amrin mengejar Isya dan menagih kasih darinya sehingga Isya digugurkan dari projek Julia.

Ayah Isya pula seakan bermusuh dengan Isya sejak kejadian Isya di pinang Amrin.
Tambahan pula dengan angah dan kakak iparnya seakan menyokong tindakan ayahnya.
Kemudian Najwan yang mengaku sukakan Isya.
Amrin mengejar Isya sehingga Isya di gugurkan dari handle majlis Julia.
Isya semakin tertekan bila Angahnya di pukul peminjam wang tidak berlesen,
kemudian Amrin meminangnya semula.

Isya berperang dengan ayahnya bila dia dipakksa kahwin dengan Amrin hingga ayahnya diserang stroke. Bagaimana Isya menghadapi masalahnya? Amrin? Najwan? Angah? Mas? Abah?
Dapatkan di pasaran. 3.5 bintang dari saya.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...