Thursday, May 31, 2012

Review novel : Si Mangkuk Tingkat

Salam..
Pertama kali terpandang novel ni di rak kedai buku, saya memang tak terasa nak membeli sebabnya, kulit muka depannya sangat la tak menarik perhatian saya. Ngeee.. Then baca review dari forummer, katanya novel ni berbaloi untuk di beli. Tawakkal je saya beli dan hasilnya tidak menghampakan.

Diantara novel yang termasuk dalam kategori ''susah nak letak''.
Saya bagi 4 bintang. Sangat santai ayat-ayatnya dan penuh lawak jenaka.
So tak bosan la nak menghabiskan.


Sinopsis

Asyraff jatuh cinta pandang pertama pada Ard ketika pertama kali berjumpa.
Mereka berlanggar sesama sendiri di airport. Asyraff jatuh cinta sebab Ard berbaju kurung ketika itu dan dia memegang mangkuk tingkat.

Dan berlakulah beberapa kejadian mereka bertemu secara tidak sengaja selepas beberapa tahun tetapi dalam situasi yang menimbulkan kemarahan pada Ard. Kemudiannya mereka dijodohkan oleh keluarga masing-masing. Asyraff menerima Ard tetapi tidak Ard kerana kisah silam yang berlaku padanya.

Berbagai usaha yang Asyraff lakukan untuk menambat hati Ard.
Berjayakah Asyraff?

Makin lama makin pendek lak saya menaip sinopsis review novel.. Ampun bagi peminat novel sekalian. Masa sangat mencemburui saya  [^,~]y

Peminat novel di utara, jangan lepaskan peluang ini

 25% untuk setiap novel lama atau baru. Promosi sehingga 10 Jun 2012. Akan ku serang minggu depan walau di rumah ada 12 buah novel belum di baca T_______T

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...