Selamat menghabiskan bacaan novel ke dua kak Dhiya semalam.
Novel pertama kak Dhiya genre 'thriller-romance'. Sangat berbeza dengan novel-novel lain yang pernah saya baca. Tak de kisah hero yang romantik, jiwang atau heroin yang lembut lidah. Novel ini di sajikan dengan watak hero yang berubah dari dunia gelap kepada lebih baik dan heroin yang menurut kata juga tabah. Sememangnya hero novel ni dambaan wanita. Walau tak jiwang tetapi sangat protektif. Manakala heroinnya yang sangat setia pada cinta pertama walau sudah bertunang.
Terdapat beberapa kesilapan kecil yang saya perasan dalam novel ini. Contohnya nama heroinnya lain. Tak banyak pun. Satu je kot. Mula-mula baca agak pening sebab banyak lokasi bertukar-tukar. Memang kak Dhiya ada letak di mana lokasi semasa adengan itu berlaku tetapi saya yang tak biasa dengan novel genre sebegini agak kepeningan. Confuse jugak samaada itu adengan semasa atau imbasan semula.
Rupanya kalau imbasan memang kak Dhiya letak masa kejadian. Maklumla saya pembaca amatur T__T genre ini. Ampun Kak Dhiya. Permulaan novel, pembacaan saya agak slow. Dah masuk part heroin di culik saya makin tak sabar nak menyelak ke mukasurat seterusnya. Sekarang tengah gigih membaca novel ke3 kak Dhiya.
Sinopsis
Adni jatuh cinta pandang pertama pada jirannya, Izz Karami sejak berusia belasan tahun lagi. Namun cintanya ditolak dan mendapat berita kematian Izz. Akibat kecewa, Adni menerima lamaran adik Izz, Khairi. Mereka bertunang selama 6 tahun tetapi Adni masih berbelah bagi untuk menjadikan Khairi suaminya shinggalah Adni di culik, kebenaran mula terbongkar sedikit demi sedikit. Apatah lagi Adni bakal mewarisi 25 juta (tak ingat nilai sebenar) beberapa hari lagi.
Siapakah yang menculik Adni? Siapa pula yang mahu melihat Adni mati? Siapakah Zack yang tegar membahayakan nyawanya demi menyelamatkan Adni?
Setelah kebenaran terbongkar dan semua yang bersalah di tangkap Adni masih sendiri. Apatah lagi lelaki yang dia cintai menolak cintanya atas kesalahan lalu. Berjayakah adni meyakinkan dia? Adakah dia kembali ke jalan gelap atau bertaubat?
p/s - makin tiada masa nak menjengah blog. Sangat sibuk dengan paper work dan juga memantau kesihatan ayah.
best giler novel ni...aku suka zack hehe...
ReplyDeletesiap nyanyi lagu don't cry joni lagi