Friday, November 30, 2012

Breast Pump

Salam dan Hai (^_^)V

Jom nak update sambungan cerita menyambut kehadiran orang baru lak. Saya tak tau nak mula dari mana sebenarnya. Maaaf andai entry saya nanti kelam kelibut. Huhu. Awal-awal tahu saya preggy saya cari list barang-barang yang perlu di beli. Berbagai sumber saya dapat. Saya edit, tambah, tolak sesuka hati mengikut bajet dan keperluan. Thanks to KINA. Blog Kina memang paling kerap saya rujuk untuk list persiapan barang. Saya download file dari blog Kina. Thanks pada yang reka document.

Breast pump adalah barang pertama yang saya beli untuk menyambut kehadiran baby. Masa tu saya dah 16 weeks. Mungkin ada yang berkata ''awalnya''. Ye, saya mengaku memang awal tapi tengah promotion masa tu. Tak kan nak tunggu saya dah 30++ weeks above baru nak beli dan masa tu saya dah tak dapat harga macam ni. Terus saya ralat dan menyesal tak beli awal-awal. Yaaa, anything can happen, saya redha IF anything happen dan HOPE sangat NOTHING HAPPEN. NON STOP saya berdoa.

Berbalik kepada Breast pump yang saya beli.  Saya beli di Kedai Avent Murah (KAM). Memang dalam banyak-banyak page yang saya survey online dan kedai-kedai saya walk in ini yang TERMURAH saya dapat. Kebetulan masa tu ada offer.



Saya beli Manual Breatpump with Milk Storage Cups seperti gambar di atas. Sebenarnya yang dapat bottle pun ada. Sama harga je dua-dua. Saya pilih ini sebab dapat banyak lagi benda extra. Bagi saya lebih berbaloi beli ini. Ini yang saya dapat.

1 x Manual Breast Pump
2 x Pre-sterilised VIA cups with lids
1 x Newborn Flow Teat
1 x Teat travel pack
2 x Spare parts
1 x Disposable breast pad sample pack
Lepas tengok dan fikir sehabisnya serta berjalan-jalan di blog teman lain maka saya pun nekad nak sambar ni. Jalan-jalan tengok album lain nampak lak promotion ni.

+ lagi RM40 saya dapat cooler bag, storage bottle dan ice pack. Memang niat nak fully BF baby sampai 2 tahun dan saya bekerja. InsyaAllah. Maka, cooler bag sangat penting bagi saya. Lepas bincang dengan hubby (walau dia tak paham pun ape saya cerita), dia bagi green light. Maka selamat sudah sampai benda alah ni 2 hari selepas saya bank in. Service sangat bagus dan pantas.





Kenapa saya beli Manual BP? Sudah tentu Madela Free Style idaman saya seperti orang lain juga. Sebenarnya saya tak tahu production Breast milk saya nanti macam mana. Jalan terbaik saya ambil yang Manual dulu dan Avent adalah saranan orang sekeliling dan review dari blog adalah yang terbaik. Kalau production breast milk saya bagus,InsyaAllah saya akan beli yang elektrik pula bagi menjimatkan lagi masa. Saya tak nak la beli semua yang mahal-mahal, at last satu pun tak pakai. InsyaAllah nanti saya review pasal bottle pulak.

Saya tambah sedikit info. Mungkin berguna untuk yang baru saja mengetahui dirinya hamil. Info ni memang banyak boleh dapat di blog lain. Tapi apa salahnya berkongsi ilmu.. Info mengenai Breast Pump (BP). 

1) BP ada 4 jenis

Manual
Menggunakan kudrat tangan untuk pam. Agak letih, sakit, ambil masa yang lama tetapi harga lebih murah dan boleh digunakan bila-bila masa.

Bateri
Guna bateri yang recharge. Kiranya cas bateri lepas tu leh guna la. Kurang la guna tenaga kita. Kena charge la bateri tu. 

Elektrik
Sambung suis pastu pam. Jimat masa dan tak letih tapi kalau takdak letrik tak boleh pump.

Bateri dan elektrik
Dua-dua leh guna. Kalau nak kuar jalan charge siap-siap, dalam kereta pun leh pam. Ada sumber letrik leh direct cas dan pam. Semestinya harga lebih mahal bila dah canggih.

2) Lepas tu BP ada yang leh pump sebelah je atau di panggil Single pumping. Kiranya, lepas pump sebelah breast, kena tukar pump sebelah lagi lak. Ambil masa lebih la sikit. Yang manual biasanya single pumping. 

single pump

Nak jimat masa beli yang Double Pumping. Dalam satu masa leh pump dua-dua belah breast. Lebih jimat masa dan semestinya harga lebih mahal dari yang single.

double pumping
Antara brand yang popular dan menjadi pilihan ramai seperti di bawah ni. Berbagai range harga ada. Dari mampu milik sehingga terkedip-kedip biji mata melihatnya. Apa pun tepuk dada tanya selera. Tak semestinya yang murah itu tidak bagus dan yang mahal itu perfect. BP yang sesuai dengan orang lain  mungkin tidak sesuai dengan anda. Yang penting rajin la survey dan bertanya.

Medela


Avent

 Spectra
spectra dew 300 electric

spectra 3 electric
dan berbagai lagi jenama yang berada di pasaran.
Selamat membuat pilihan.
(^_^)

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...