Monday, December 3, 2012

5th Antenatal Check up

Salam..
Minggu lepas g KK untuk antenatal checkup yang ke lima. Peneriksaan untuk 24weeks. Patut pergi hari Khamis sebab saya luar kawasan tapi hari tu hubby kerja. Hubby nak pergi jugak teman wife dia walaupun dia tak pernah masuk bilik rawatan tu. Saya call KK mintak postpone ke minggu depan tapi diorang tak bagi. Katanya biar awal dari lambat. Maka saya pilih hari Isnin. Hari yang hubby cuti. Tak de yang penting pun check up kali ni. Tak perlu jumpa Doktor. Jumpa JM je. Hasilnya.

Berat : naik 500 gram (kena bebel manja)
BP : 100/70 mmHg (normal)
Urine - negative protein, negative glucose
Hb - 11 
Fundal height - Normal, sama seperti POG
Fetal heart rate - Normal

Kat lab, perbualan saya dengan staff situ

Saya : Tak check Hb ke?
Staff : Belum cukup sebulan. Tak perlu check.
Saya : Dah 2x tak check ni. TCA lepas pun tak check. Kali ni belum cukup sebulan sebab saya request datang awal.
Staff : Ni ada tulis Hb TCA lepas, 11.7
Saya : Tu saya yang tulis. Saya check sendiri FBC saya, sebab saya pening.
Staff : Result FBC lebih tepat dari check HB hujung jari tu.
Saya : ye, saya tau. Tapi FBC tu bulan lepas punya bukan hari ni. Sekarang nak check ke tak Hb saya?
Staff : Adik, check HB (dia suruh student cek Hb saya)

Saya tahu KK nak cut cost budget segala bagai tapi bukan macam ni caranya. HB sangat penting untuk ibu mengandung. Anemia sangat bahaya. Hinggakan vitamin haematinic yang untuk tambah darah, farmasi tak akan saja-saja bagi kalau tak mention Hb berapa. Kalau staff lab tak cek Hb camna orang awam nak tau Hb dia. Bukan semua pesakit tu cerdik pandai. Mai yang jujur, memang terpedaya camtu je la. Dah klinik kerajaan kenapa perlu nak cut cost kalau memang tujuan penubuhan nak membantu rakyat? Panjang lak saya bebel T_T

Sambung cerita, lepas settle cek semua-semua yang wajib tu, setelah sejam menunggu, masuk la dalam bilik JM. Dia pegang perut, katanya dah rasa kepala baby. Lepas tu bagi nasihat pasal penyusuan dan next appointment kena jumpa doktor nak scan kedudukan uri dan 2nd dose injection ATT. Saja la sembang dengan JM tu, kalau saya scan skrg dah leh tau gender ke. Katanya depend pada kepandaian doktor tapi di government adalah satu KESALAHAN inform kepada ibu jantina anak. Huhuhuhuu...

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...