Monday, December 10, 2012

Review Novel : Duri


Karya FA menarik, tidak mengecawakan dan membosankan.
4 Bintang saya bagi. Novel pun nipis je. Kejap je dapat habiskan.

Sinopsis

Sufi berkahwin dengan Muzaffar untuk menutup malu keluarganya. Adiknya, Nuri ke luar negara seminggu sebelum majlis perkahwinannya. Sufi sudi berkahwin dengan Muzaffar dengan niat untuk membalas dendam ke atas keluarga suaminya di mana ibu mentuanya menghina ibu nya semasa Sufi bercinta dengan adik Muzaffar, Hazim. Sufi tidak di layan sebagai isteri dan menantu di rumah mentua nya kecuali layanan baik oleh ayah mertuanya sahaja. Muzaffar yang masih mencintai Nuri meminta bantuan Sufi untuk menjejaki Nuri di luar negara. Sufi sedia membantu tetapi dengan syarat, dia di benarkan bekerja di syarikat keluarga mentuanya. Dengan kebolehan Sufi dan kepercayaan ayah mentuanya, semua syer ayrikat milik ayah mentua nya menjadi milik Sufi dan ini menambahkan amarah ibu mentuanya yang mengesyaki suaminya mempunyai hubungan dengan Sufi. Keluarga Muzaffar mula ditimpa masalah apabila ayahnya keluar dari rumah dan menceraikan ibunya. Ibunya pula di timpa kecederaan. Hazim pulang ke Malaysia dan cuba menggoda Sufi manakala Sufi meneruskan rancangan untuk menyakitkan hati ibu mentuanya. Kepulangan Nuri telah merubah segalanya. Di saat hubungan Sufi dan Muzaffar mulai jernih, kebenaran kisah Hazim di perantauan, ayah Muzaffar berkahwin lain, nenek Sufi dilanggar. Adakah Sufi di ceraikan mengikut perjanjian mereka suami isteri apabila Nuri pulang?

Sila beli untuk mengetahui kesudahannya.





2 comments:

  1. How can i get this novel...? Takder orang post online movie for Duri ker..? :-(

    ReplyDelete
  2. Azlin - novel ni ada di jual di popular.

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...