Friday, May 17, 2013

Majlis Akikah Anas Syauqi

Sabtu lepas (11 Mei 2013) selesai sudah majlis akikah dan kesyukuran. Majlis di jalankan di kampung hubby. Jemputan 200 orang tapi yang hadir mencecah 500 orang. Alhamdulillah makanan cukup untuk semua tetamu yang hadir. Majlis di mulakan jam 11 pagi dengan bacaan Yassin diikuti dengan Marhabban sambil hubby bawa Anas mengelilingi setiap hadirin. Hadirin pula akan sapu air mawar, bunga rampai di kepala Anas sambil mendoa kan.

Selesai bacaan Yassin, marhabban dan doa, semua menjamu selera. Lauk yang kami tempah Nasi putih, Nasi minyak, Kurma kambing, ayam masak merah, Kari ikan bawal, Air asam, buah oren dan air oren. Makanan tambahan, laksa beras (MIL buat sendiri), wadi kipeng (kuih tradisi kaum Banjar) dan teh tarik. Tetamu di beri bahulu dan manisan yang di 'sponsor' oleh SIL dan Yassin yang di tempah nama Anas.

Majlis tamat jam 3 tapi ada lagi tetamu yang hadir hingga 5 petang. Total wang yang di belanjakan lebih kurang 3k untuk kambing 2 ekor, ayam 30 ekor, khemah 2 biji + kerusi meja, upah masak dan side dish bahan-bahan lain. Saya nak mention harga kambing, mungkin leh guna untuk rujukan yang lain bagi majlis akikah nanti. 1 ekor kambing = RM900 (sembelih, lapah, potong)

Apa pun saya bersyukur majlis dah selesai semasa saya masih bercuti. Tak de la nanti dah keje pening fikir apa yang belum selesai.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...