Menghampiri penghujung Ramadhan baru saya sedar, masih tiada entry saya berkenaan Ramadhan tahun ini. Ramadhan kali sangat berbeza dengan Ramadhan lepas. Kami sudah bertiga dan saya breast feeding (BF) Anas. Alhamdulillah, saya masih mampu berpuasa walau ramai yang 'bersuara' kerana saya berpuasa dan BF. Abaikan sahaja suara mereka itu. Yang penting saya kenal diri saya dan Anas tiada masalah kurang susu.
Ramadhan kali ini sangat mencabar saya dalam pengurusan masa. Bangun se awal 4.30 pagi dan tidur jam 10-12 tengah malam. Belum masuk Anas yang cranky, tak tidur malam, tidur sesudah subuh dan lain-lain cabaran lagi. Apa pun dengan kehadiran Anas, saya rasa lebih disiplin. Malas, tak larat macam mana pun saya perlu bangun. Sahur saya tak boleh tinggal. Kalau tak macam mana nak BF Anas.
Persiapan raya pun sederhana saja. Anas pun kami hanya beli sepersalinan baju melayu dan sepasang baju seluar. Selebihnya pakai mana yang ada je. Pakaian yang Anas dapat pun banyak yang masih belum pakai. Kami suami isteri hanya sepersalinan baju kurung / baju melayu. Cuti raya, Alhamdulillah kami berdua kerja waktu pejabat, tiada masalah cuti. Kami bercuti dari 1 hingga 4 Syawal dan tambahan 7,8 dan 9 Syawal.
Menjelang minggu terakhir Ramadhan, moga semua urusan di permudahkan dan perjalanan kami pulang ke kampung selamat sampai dan pulang.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)