Thursday, August 15, 2013

Anas dan air liur meleleh

Ayat favourite di hari raya lepas
''Banyaknya air liuq Anas, meleleh habis basah baju. Hang ngidam pa Miza masa mengandung dulu yang tang laki hang tak jumpa''.
Mula-mula dengar saya boleh tersenyum dan sopan menjawab
''Miza tak teringin makanan apa pun masa mengandung dulu, normal la air liur baby meleleh sebab dia belum pandai menelan air liur'' 
tapi bila acapkali soalan dan kenyataan yang sama keluar dari mulut makcik-makcik mula la mulut saya ni ringan je nak memberi jawapan laser ''khurafat la kepercayaan hampa ni''. Huhhh! Sudahnya saya beristighfar dalam hati dengan mengingatkan diri sekarang bulan Syawal dan jangan menjawab dengan orang tua.

Dari google saya mendapat beberapa jawapan dari kajian yang di jalankan

Sebenarnya perkara biasa apabila air liur bayi sering meleleh kerana pada usia ini (sehingga 4 tahun), proses penghasilan air liurnya memang aktif. Namun, jika air liurnya keluar berlebihan, ia berisiko menjadi radang atau jangkitan pada sekitar mulutnya. Penghasilan air liur berlebihan juga mungkin salah satu tanda bayi hendak tumbuh gigi. Air liur yang meleleh ini tiada kaitan dengan mitos yang mengatakan ia ada kaintan dengan si ibu yang gagal memenuhi keinginan (mengidam) sewaktu mengandungkan bayinya dulu.
sumber : SINI

Pada masa ini bayi anda mula tumbuh gigi (ini berlaku secara amnya pada usia lima atau enam bulan, walaupun ia boleh bermula seawal tiga bulan atau selewat 12 bulan); dan pada masa ini anda akan dapat melihat dua gigi insisor tengah keluar di atas, diikuti dengan dua gigi insisor sisian. Jangan panik jika terdapat ruang di antara gigi-gigi bayi; ini disebabkan, kadangkala gigi menembusi gusi melalui sudut-sudut yang ganjil, dan apa yang berlaku ialah ruang-ruang itu akan hilang apabila kesemua 20 batang gigi bayi sudah menembusi keluar. Semasa bayi anda mula tumbuh gigi, anda akan melihat bahawa lelehan air liur bayi adalah berlebihan dan bayi juga akan membuat pelbagai bunyi-bunyian untuk menyesuaikan diri dengan benda-benda baru yang asing itu dalam mulutnya. 
sumber : SINI 

Harapan saya moga makcik-makcik di luar baca entry saya ini

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...