Monday, October 21, 2013

Dinner di seoul garden

Minggu Raya Aidiladha hari tu family saya ke Seoul Garden (SG). Saja je dinner dan berkumpul ramai-ramai. Bukan senang semua nak berkumpul makan sekali. Peluang dah ada, ini la masanya. Lagipun ramai dalam family saya belum pernah makan kat SG dan saya ada janji dengan sibling nak belanja semua makan.(padahal selalu je kena pow ngan budak-budak tu)

Plan awal nak ajak cousin saya sekali tapi dia tak dapat balik awal lak, hari yang dia balik, adik saya dah balik U. Jadi kami-kami je yang pergi. Nak makan Jumaat malam Sabtu tapi ayah dan adik saya ada hal. Tunda ke hari Sabtu malam Ahad. Awal tu hubby dah call SG booking tempat untuk 8 orang jam 8 malam. Semua dah sampai maka bermula la sesi bersantap kami.



Nak share harga di SG -screenshot dari website SG- dan pengalaman kami masa hari kejadian.

Kami ada member card SG. Baca di kad dapat 10%. Lepas bayar, tak tengok resit terus keluar. Esok tu tengok resit baru perasan takde deduct 10%, seingat saya dan hubby memang kami tunjuk member card masa buat payment dan cashier tu ada tulis nombor ahli. Hubby call SG dah lewat petang pun masa tu. Yang menjawab panggilan marah-marah dan argue kenapa tak terus datang lepas resit keluar. Hampir 24 jam baru nak complain. Ya, itu salah kami sebab tak check resit lepas bayar. Then, kami just try our luck untuk dapat refund ^__~ Hubby mintak nak cakap dengan manager, tapi dia not around dan janji nak call esok. Dan esoknya hubby inform diorang mintak datang ambil refund.

Pengajarannya, check resit lepas bayar!

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...