Ahad lepas 27 Oktober saya ke baby expo di SACC, Shah Alam. Cousin hubby jadi tour guide kami. Mujur dia ada, kalau tak, memang sesat la kami. Sampai sana dalam tengah hari, sungguh ramai manusia. Hubby pergi parking, saya masuk dulu dengan Anas tengah tidur dalam stroller.
Masuk je staff Enfagrow (kot) edar kad isi particular, claim gift dari booth Enfagrow. Saya ke sana dulu dan beratur untuk doorgift. Barisan panjang, sempat la sementara tunggu hubby parking. Mug dah habis, huhu, tinggal saki baki je. Tak mewah dan meriah macam goodie bag siapa yang pergi hari jumaat dan sabtu.
Hubby sampai dan kami pusing lihat booth yang ada. Anakku, pureen tak de. Ingat nak beli baju basahan kat Anas. Manusia ramai, stroller bertemu stroller. Memang tak de tolak ansur, main tolak je. Huh. Anas tak selesa, kami keluar, nak balik tapi hujan lebat. Saya BF Anas, Hubby masuk dalam pusing seround lagi. Hubby keluar saya pula masuk pergi borong barang yang nak beli.
Aim awal nak beli diapers. Yang ada Diapex dan Huggies je. Diapex harga sama macam Baby Fair di Penang. Saya kurang berkenanh dengan Diapex Easy. Diapex Premium memang guna untuk malam tapi kat rumah ada 2 pack lagi size M. Huggies 1 pack RM30, 3 pack RM84. Boleh dapat harga lebih murah di Tesco, Econsave masa promotion. Sudahnya ini je hasil dari Mom & Baby Expo di SACC.
3 baju Anas - MU, Hard Rock & Gap = RM30
Baju belang dan seluar = RM20
4 pasang stokin + Bip = RM10
Pad + pantyliner = RM30
3 Autumz Nursing Bra = RM40
2 Nursing Bra (tak ingat brand) = RM35
No comments:
Post a Comment
Thanks :)