Saturday, October 26, 2013

Review Novel - Dandelion ditiup angin

Novel ini dibeli hasil dari ulasan teman di forum tapi kisahnya biasa-biasa saja. Sudah boleh di agak apa yang akan terjadi nanti dan penamatnya. Jujurnya saya kurang berminat kisah sebegini, kisah sedih, berat, penuh tangisan tapi di gagahkan jua baca laju-laju sebab tak sabar nak mula membaca CPM.

Sinopsis

Nurin Ardini tinggal bersama ibunya di rumah Datuk Mazlan dan Datin Zaharah sedari kecil iaitu setelah ayahnya meninggal dunia. Dia sering dibuli oleh anak tunggal mereka, Rifqi yang cemburu akan dirinya yang sering mendapat lebih perhatian dari umi dan abinya. Rifqi menfitnah Dini untuk mengusirnya keluar dari rumahnya dan dia berjaya apabila seisi rumah percaya akan fitnahnya. Malangnya Dini keluar bersama dengan iringan jenazah ibunya. Dia terkilan kerana ibunya tidak mengetahui kebenaran bahawa dia tidak bersalah. 10 tahun lamanya Dini membawa diri untuk melupakan kisah pahit itu dan kembali semula menggantikan Doktor Irdina di kliniknya. Malangnya, Rifqi yang bekerja di bangunan sama sering mengekorinya dengan menggunakan umi sebagai alasan namun sebenarnya Rifqi telah jatuh cinta dan merasai kehilangan Dini.
Berjayakan Rifqi menebus kesilapannya dan mendalat maaf dari Dini?

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...