Monday, April 21, 2014

Review novel - Bukan Kerna Aku Tak Cinta

Novel yang terjebak beli sebab hubby peminat tegar drama ni kat Astro. Hubby tanya ada tak novel ni? Jawapan xde. Kemudian adik lelaki saya lak tanya. Banyak betul peminat kisah ni. Saya pun menonton gitu-gitu je kat tv. Dah hubby buka, kena la menonton sama. G popular, ada promotion, 3 novel RM50 eh.. Ke 2 novel RM50. Dah tak de pilihan novel lain nak ambil, maka ambil la novel ni. Bila dah baca, eh bes plak. Mulanya hubby baca dulu. Baru bab 2 dia dah bosan. Tak sanggup nak habiskan satu novel, maka saya yang habiskan dan story kat dia ending nya. Maka 10 malam Isnin hingga Rabu, saya bersama suami, sama-sama menanti nak tengok drama ni walau masing-masing dah tau endingnya. Cuma saya tak tengok dari episod 1, start tengok episod 30++ kot. Hubby lak gigih cari kat youtube episod 1 sampai la yang latest.

Bila dah tau jalan cerita novel dan mengikuti drama, mula la nak buat perbandingan. Tak banyak beza pun adengan dalam drama dan jalan cerita novel. Memang tak ganggu jalan cerita la. Drama best sebab Jebat. Sangat lawak dan Mastura sangat manja. Memang menjadi lakonan mereka berdua tapi kalau ikut novel part romantikanya lagi melampau. Novel ni memang recommended. Saya bagi 4.8 bintang dari 5. Saya admire cinta Jebat dan Mastura.

Sinopsis

Seorang gangster, Jebat yang ingin berubah dari kegelapan dan melakukan kerja-kerja kampung. Mastura, adik ipar kepada majikannya telah jatuh cinta panda pertama padanya tetapi Jebat sedar akan kekurangan dirinya. Mastura melakukan pelbagai cara sehingga mereka di nikahkan dan ini menjadikan Aryan, sepupu Mastura yang juga polis berdendam dengan Jebat kerana dia memang menyimpan perasaan pada Mastura. Perkahwinan mereka bahagia walaupun hidup susah kerana Jebat menolak pertolongan keluarga Mas. Kemudian satu persatu dugaan hadir, yang hebatnya kehadiran Airen, sepupu merangkap teman tapi mesra Jebat yang menggangu rumah tangga mereka kerana cemburu. Pelbagai cara di lakukan olehnya untuk mereka berpisah tapi jodoh mereka kuat. Cinta Mas kepada Jebat mengatasi kekurangan dan kisah lampau Jebat.


Banyak je masalah rumahtangga mereka hingga Jebat di benci Tok Ayah tapi saya malas taip. Hahahaha.. boleh camtu? Sapa yang tonton drama sure tau ending kan?

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...